Dunia Penuh Gosip - Anugerah Dunia Penuh Gosip: Anugerah - All Post
Memaparkan catatan dengan label Anugerah. Papar semua catatan
Persidangan dan Pameran Haji, Umrah dan Pelancongan Islam Asia (AITEX) 2023 telah berlansung pada 13 sehingga 15 September 2023 bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Ekspo juga diadakan di Sunway Hotel Resort dan Sunway Pyramid Convention Centre.



Pelbagai acara telah disusun sepanjang tiga hari tersebut. Kemuncaknya adalah acara anugerah The World Islamic Tourism Award (WITA 2023) yang telah di adakan Sunway Resort Hotel, Selangor. Malam anugerah dilaksanakan bertujuan untuk mengangkat dan menghargai jasa pemain industri pelancongan untuk dibawa ke peringkat antarabangsa.

TV AlHijrah selaku stesen televisyen yang memperjuangkan gaya hidup Islam telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah khas bagi kategori Best Islamic Tourism TV Station. 

Majlis penyampaian anugerah itu telah disempurnakan oleh Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohd Din dan disaksikan oleh Presiden Persatuan Agensi Pelancongan, Datuk Dr Mohd Khalid Harun. Anugerah disampaikan kepada kepada Pegawai Khas Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Salehhuddin Jurimi yang hadir mewakili Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.



Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris sewaktu ditebak tentang kejayaan anugerah ini berkata, pengiktirafan bertaraf global itu dibuat oleh panel juri yang sangat mahir dan berpengalaman luas bagi menentukan kriteria pemilihan pemenang.

Pihak penganjur sepandapat bahawa TV AlHijrah sentiasa cakna tentang keperluan menyokong industri pelancongan negara. Kita terbitkan dan siarkan banyak program-program yang menyokong industri pelancongan Islam. Tidak dinafikan, industri ini banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Kemanisan kejayaan ini saya tujukan khas kepada kakitangan TV AlHijrah yang sentiasa dedikasi dan komited dalam menjalankan tugas mereka sehingga berjaya mengharumkan nama baik TV AlHijrah ke persada antarabangsa.

Kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada TV AlHijrah dalam melaksanakan gerak kerja dakwah kontemporari dengan istiqamah.  Penghargaan turut saya zahirkan kepada barisan asatizah yang selama ini sentiasa bersama-sama TV AlHijrah.



Penganugerahan ini pastinya membantu TV AlHijrah melonjak pada tahap yang lebih tinggi dan mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan selari dengan visi kami iaitu sesuai dan relavan untuk masyarakat tempatan dan antarabangsa,” kata Namanzee.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengurus Kanan Kumpulan Integrasi Media dan Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah, Saifulizan Sidek. Hadir sama meraikan kejayaan TV AlHijrah, Mohd Ashrudy Borhan, Pengurus Jabatan Penerbitan dan Zulkarnaen Mokhtar, Pengurus Penjenamaan dan Kajian Pengguna TV AlHijrah.








TikTok Awards' People's Choice yang julung kali diadakan di Malaysia akan menghimpunkan nama-nama besar dalam kalangan pencipta kandungan di negara ini.



Platform sosial dan video pendek utama itu dalam satu kenyataan memaklumkan, anugerah berkenaan dibuat untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada pencipta ‘luar biasa’ sehingga menjadikan TikTok sebagai medium penyebaran maklumat yang positif serta bermanfaat kepada masyarakat.

Anugerah TikTok ini adalah acara tahunan terbesar yang kita anjurkan untuk meraikan kejayaan pencipta Malaysia yang telah memberi impak besar dengan cerita dan bakat mereka yang kreatif, memberi inspirasi serta pendidikan. Bagi menjayakan anugerah ini, orang ramai boleh menunjukkan sokongan dengan mengundi pencipta kandungan kegemaran mereka di TikTok bermula dari 15 Ogos hingga 26 Ogos 2023 mengikut kategori yang dipertandingkan.

Pengguna TikTok yang menetap di Malaysia juga boleh menjadi sebahagian daripada acara terbesar kami dengan menyerahkan penyertaan anugerah mereka untuk kategori Judge's Pick. Mereka hanya perlu berkongsi kisah inspirasi sendiri di TikTok dari 30 Julai hingga 14 Ogos 2023 dengan hashtag #RoadtoTikTokAwardsMY untuk dikira sebagai penyertaan. Peserta juga akan bertanding untuk memenangi Telefon Pintar HONOR 90 (12 512GB). Maklumat lanjut tentang kempen #RoadtoTikTokAwardsMY boleh didapati di https://vt.tiktok.com/ZSL9kB5fo/.

TikTok Malaysia juga akan mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur pada 15 Ogos depan untuk mengumumkan calon bagi kategori Judge's Pick serta barisan penghibur, pengacara dan hakim untuk anugerah berkenaan. Hari kemuncak TikTok Awards' People's Choice akan berlangsung pada 27 Ogos depan.

TikTok Awards' People's Choice akan menampilkan pelbagai kategori, dan calon nama besar seperti  :-



1) Creator Of The Year
- @khairulaming
- @bossjames_oe
- @lawyergandhi
- @auntiepurple248
- @sallywhoo 
- @ceddyornot 

2) Rising Star of The Year
- @gastonpong
- @ikhmaln0ur
- @penceritatv
- @zarul.hafiz
- @chefdaveveganjourney
- @yuki_dance

3) Popular Creator of the Year
- @drbengee 
- @alexhkf
- @sofyank96
- @ryanbakery
- @gigicheoh
- @itsjovynn

4) Celebrity of The Year
- @aerilzafrel8
- @jannanickofficial
- @dollaofficial
- @sitinordiana84
- @hairul_azreen88
- @zizanrazak869

5) Popular Animation Account of The Year
- @yimotapir
- @upinipin.official
- @boboiboy
- @officialejenali
- @papapipi
- @official_didiandfriends

6) LIVE Creator Of The Year
- @garyislit_
- @quehaidar
- @hafizalonggs
- @wafiy_aan
- @tigerlabu
- @ervan818

7) TikTok Shop Creator of the Year
- @anaszahrin
- @tangsiewsiang
- @vicky.littlewolf
- @dapur_mahir
- @watermummy_oe
- @dearcarynn









TV AlHijrah telah diiktiraf sebagai penerima anugerah khas bagi kategori Program Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik oleh Media Home pada majlis Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia (MBBA2023). Hadir menerima penganugerahan itu, Suffian Yahya, selaku Pengurus Besar Kejuruteraan dan Sokongan Penyiaran TV AlHijrah mewakili Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.



Majlis anugerah MBBA2023 yang diadakan pada 24 Jun 2023 yang lalu menyaksikan pengiktirafan itu dianugerahkan kepada stesen TV AlHijrah di atas bantuan kemanusiaan dan program kemasyarakatan yang disumbangkan oleh stesen penyiar Islam itu kepada masyarakat di negara ini, menerusi jenama Hijrah Prihatin.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris menyifatkan kemenangan itu sebagai penghargaan kepada TV AlHijrah di atas sekelumit usaha membantu masyarakat yang kurang bernasib baik di negara ini menerusi siri bantuan yang dirancang sepanjang tahun.

Hijrah Prihatin beriltizam untuk menjadi tulang belakang masyarakat yang memerlukan bantuan. Kami bukan sahaja memberikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan seharian, malahan sokongan emosi turut diberikan menerusi barisan asatizah yang kami bawa setiap kali turun membuat CSR.

“Semenjak tahun 2020 lagi, kami berusaha memperkasakan jenama Hijrah Prihatin sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kami kepada masyarakat Malaysia. Jiwa kami besar untuk tahun-tahun mendatang, bagi menyemarakkan lagi budaya tanggungjawab sosial korporat di kalangan masyarakat Malaysia MADANI.



Namanzee Harris berkata penganugerahan itu juga adalah buah tangan buat rakan sinergi korporat stesen itu yang sentiasa tampil menghulurkan jalinan kerjasama terutamanya yang membabitkan kumpulan B40, asnaf, muallaf dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Selain itu, Namanzee turut berkata tahun 2023 bakal menyaksikan lebih banyak program berimpak tinggi yang akan dihasilkan TV AlHijrah bagi memenuhi aspirasi penyiaran negara dan selera penonton yang dahagakan program ilmiah yang mendidik dan menghiburkan selari dengan ajaran agama, perkembangan zaman, batasan budaya dan norma masyarakat majmuk di Malaysia.

“Kami akan menyiarkan dua rancangan realiti TV pada suku ketiga dan suku keempat 2023 iaitu Rancangan Realiti Akademi Muda YADIM (Musim 4) dan program realiti baru Marhaban. Denyut nadi kedua-dua rancangan realiti ini sangat istimewa dengan suntikan keseimbangan duniawi dan ukhrawi. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk melahirkan masyarakat penonton yang berilmu pengetahuan dan agama tinggi untuk membangunkan masyarakat MADANI,” katanya.



Beliau turut berharap agar TV AlHijrah terus bersaing dan kekal relevan mendepani arus permodenan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa walaupun mendapat persaingan daripada media-media baru. Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia (MBBA2023) diadakan bagi meraikan dan menghargai sumbangan individu dan syarikat korporat daripada pelbagai sektor seperti makanan, penyiaran, hotel dan pelancongan, kecantikan & kosmetik, sukan, kesihatan, fesyen, kewangan Islam, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), dan konsultan yang menyokong dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Malaysia.

Untuk rekod, pada April yang lalu, TV AlHijrah turut menerima anugerah Corporate Media Company of The Year- Malaysia di Majlis Anugerah The Middle East Prestige Awards 2022/23 anjuran The Corporate LiveWire, sebuah syarikat penerbitan yang bernaung di bawah Fenicemedia, Bermingham, UK. Anugerah ini diberikan atas peranan dan tanggungjawab TV AlHijrah sebagai penyiar kandungan Islam di peringkat global.








Dunia sosial media sekarang tidak boleh dinafikan lagi dalam memberi pengaruh yang kuat kepada masyarakat. Makin ramai anak muda dan tak kurang juga yang berusia cuba menjadi pempengaruh sebagai kerjaya. Maka dengan itu Astro terus mengiktiraf mereka ini melalui satu malam anugerah Gempak Most Wanted 2022.



Gempak Most Wanted 2022 telah berlangsung dengan meriah pada malam Ahad lepas dan mengiktiraf golongan pempengaruh ini. Sebelas anugerah telah disampaikan pada malam tersebut manyaksikan usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad, dinobatkan sebagai pemenang utama Anugerah Gempak Most Wanted 2022, sekali gus bergelar individu paling berpengaruh di media sosial.

Meraih jumlah undian tertinggi iaitu 125,288, Hafiz membawa pulang trofi dan mata ganjaran McDonald’s. Selain kemenangan tersebut, Hafiz turut membawa pulang trofi Anugerah Digital Influencer Tergempak 2022, menewaskan calon lain iaitu Nelysa Norazlan, Imran Bard, Ceddy Ang dan Azfar Heri.



Sementara itu, trofi Gempak Hall of Fame pula dijulang personaliti media sosial, Sofyank yang popular dengan bahan kandungan kreatif. Kreativiti Sofyank diakui apabila anak kelahiran Kelantan itu mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, termasuk di Hollywood menerusi penghasilan bahan kandungan di media sosial.

Tuah turut berpihak kepada kumpulan Dolla yang membawa pulang dua anugerah menerusi kemenangan dalam kategori Video Muzik Tergempak dan Lagu Trending Tergempak. Dolla mengetepikan persaingan daripada nama besar seperti Datuk Vida, Janna Nick, Joe Flizzow dan SonaOne.



Sementara itu, Meerqeen pulang dengan senyuman apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Video Trending Tergempak dan Drama Trending Tergempak menerusi naskhah Melur Untuk Firdaus.

Senarai penuh pemenang bagi kategori dipertandingkan:
1) Gempak Most Wanted Awards 2022 : Hafiz Mahamad
2) Gempak Hall Of Fame 2022 : Sofyank
3) Drama Trending Tergempak 2022 : Melur Untuk Firdaus
4) Video Muzik Tergempak 2022 : Bad - Dolla
5) Lagu Trending Tergempak 2022 : Bad - Dolla
6) Digital Content Creator Tergempak 2022: Ryan Bakery
7) Digital Influencer Tergempak 2022 : Hafiz Mahamad
8) Motivator Digital Tergempak 2022: Cikgu Fathi
9) Personaliti Gamer Tergempak 2022: Kambing Golek
10) Selebriti Digital Tergempak 2022: Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin
11) Video Trending Tergempak 2022: Meerqeen, Swipe Challenge








Penutup tahun 2022 yang manis buat TV AlHijrah apabila stesen penyiar berkonsepkan gaya hidup Islam pertama Malaysia ini merangkul pengiktirafan Pesanan Khidmat Awam Terbaik Kategori Penyiaran pada Majlis Anugerah Penarafan Bintang 2021, anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).



Anugerah ini adalah antara bukti pencapaian serta komitmen TV AlHijrah dalam bertindak sebagai penyiar bertanggungjawab yang menyampaikan mesej secara terancang yang berkepentingan awam kepada masyarakat.

Hadir mewakili Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah pada majlis pengiktirafan tersebut adalah Ketua Kumpulan Integrasi Media dan Hal Ehwal Korporat, Saifulizan Sidek. Beliau menerima anugerah yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Seri Mohammad Mantek.



Saifulizan berkata anugerah itu adalah pengiktirafan kepada TV AlHijrah kerana tidak pernah culas menyokong inisiatif kementerian dan agensi kerajaan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai dasar, perkhidmatan, program, aktiviti atau sesuatu isu yang berkepentingan awam.

Anugerah ini juga adalah bukti dedikasi, semangat, dan usaha warga TV AlHijrah mendukung aspirasi pihak kerajaan sekaligus menjalankan amanah sebagai penyiar yang memartabatkan syariah serta mempromosikan nilai-nilai Islam yang turut sama giat dipromosikan oleh agensi-agensi agama di bawah naungan Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar,” jelasnya.



Saifulizan turut berkata, anugerah itu juga satu penghargaan kepada TV AlHijrah atas usaha dan sifat prihatin terhadap keperluan masyarakat melalui kandungan televisyen.

Kita sentiasa berusaha menghasilkan kandungan-kandungan bermanfaat dan diperlukan rakyat terutama dari sudut rohani. Usaha seperti ini pastinya akan diteruskan dan anugerah ini merupakan satu motivasi kepada warga kerja TV AlHijrah,” katanya lanjut.



Anugerah Penarafan Bintang 2021 diadakan bagi meraikan industri telekomunikasi, penyiaran dan industri kurier yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan serta servis terbaik kepada rakyat Malaysia. Anugerah yang dianjurkan dua tahun sekali ini memberi pengiktirafan kepada pemegang lessen di bawah bidang kuasa SKMM.

Turut hadir pada majlis ini adalah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching dan Ketua Pegawai Operasi SKMM, Dato' Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.










‘McMillan Global Awards 2022’ menyaksikan selebriti tempatan seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Penyanyi terkenal Malaysia), Maya Karin (Pelakon terkenal Malaysia), Elizabeth Tan (Pelakon Malaysia), Jestinna Kuan (Penyanyi Malaysia) dan Joey Leong (Pelakon & penyanyi Malaysia) beserta artis-artis Hong Kong seperti Just Cheung, Wiyona Yeung, Ophelia 3 dan Eric Lau menerima anugerah di atas pencapaian mereka dalam bidang seni. Acara gilang-gemilang itu turut dihadiri artis Hong Kong iaitu Maryjane Kwong dan Kit Lam. Acara tersebut dianjurkan oleh McMillan Woods Global di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, Malaysia, bertemakan “Vol. 9”, diinspirasikan oleh novel James Bond tahun 1953, bersempena dengan ulangtahun McMillan Woods Global yang ke-9.



‘McM Global Awards 2022’ merupakan manifestasi komitmen ahli-ahli McM Woods Global seluruh dunia untuk mempromosikan kepimpinan bertauladan dan mengiktiraf kejayaan para usahawan dari setiap sektor industri. Anugerah tersebut memberi penghormatan kepada sumbangan besar mereka secara keseluruhan ke arah pembangunan ekonomi global, terutamanya pada masa yang sukar ini.

Presiden McMillan Woods Global, Dato’ Seri Dr. Raymond Liew berkata, “2022 merupakan tahun yang penting kepada semua industri untuk pulih atau perniagaan untuk dimulakan semula akibat pandemik. Tahun ini amat mencabar dan kami di McMillan Woods Global akan lakukan yang terbaik untuk menjadi medium bagi membantu para pemain industri yang sedia ada ataupun yang akan datang lantas memudahkan proses pemulihan dengan menyediakan acara rantaian perniagaan, ceramah industri, pameran dan sebagainya dengan tujuan untuk mengembangkan perniagaan mereka dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia.



McMillan Woods Global yang terkenal dengan inisiatif kebajikannya melalui program ‘McM Cares’ telah menyumbang sebanyak RM 2 juta kepada pelbagai usaha kebajikan. Pada tahun ini, McMillan Woods Global mensasarkan untuk mengumpul dana lebih dari RM 500,000 dan menyumbang kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan pertubuhan akhbar seperti Yayasan Sinar Untuk Malaysia, Yayasan Nanyang Press dan Yayasan Sin Chew, beserta penerima lain.

Kami menyumbang kesemua kutipan pada acara anugerah ini kepada usaha kebajikan. Secara peribadi, saya menjamin bahawa kami menyumbang tidak kurang dari RM 100,000 untuk tujuan kebajikan pada setiap tahun. Disebabkan itu, para penyumbang yakin dengan McMillan Woods Global Awards, kerana kami tidak mengambil apa yang lebih. Justeru, pada tahun ini, dalam era pasca pandemik, kami meningkatkan tahap kutipan kepada RM500,000.” tambah Dato’ Seri Raymond Liew.



Acara ini turut dihadiri oleh para peneraju korporat global berwawasan, selebriti terkenal dan para usahawan yang sedang meningkat dari Australia, Indonesia, Thailand, Sri Lanka, India, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (USA) dan lain-lain, yang memiliki kualiti seperti prestasi kewangan yang cemerlang, impak skala global, pengaruh, inovasi dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Ini merupakan tahun yang luar biasa yang mana acara ini menarik lebih ramai peserta dan akhirnya 46  orang penerima bakal menerima anugerah di ‘McMillan Global Awards 2022’ melalui tiga kategori utama iaitu Anugerah ‘McM Icons’, Anugerah ‘McM Masters’ dan Anugerah ‘McM Rising Star’. Para hadirin turut disajikan dengan pelbagai persembahan yang mengagumkan termasuk persembahan istimewa oleh Bintang TikTok Malaysia, Yazmin Aziz, serta pendedahan dunia pembangunan perniagaan. McMillan Woods Global mensasarkan acara ini bakal mencetuskan inspirasi pemain-pemain industri yang sedang meningkat supaya menjadi pemangkin kepada kemunculan potensi perniagaan baharu dan merangsang pertumbuhan industri global pada masa akan datang.



Berikut merupakan senarai penerima-penerima anugerah yang dihormati:

1) Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (Kepimpinan Cemerlang) - Arbiter Datuk Seri Dr. Suthiphan Sririkanon
2) Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (Keusahawanan Cemerlang) - Dato’ Dr. Lai Kim Teng (Sphere Corporate Sdn. Bhd)
3) Anugerah Perkhidmatan Amanah Swasta Cemerlang - Aida Othman (UBB Amanah Berhad)
4) Anugerah Penyanyi Berwawasan Inspirasi - Dato’ Sri Siti Nurhaliza 
5) Anugerah Kecemerlangan Industri Hiburan - Maya Karin
6) Anugerah Personaliti Paling Dinamik - Dato’ Sri Dr. Sherwin Chew (Potential Excelerate Group Holding Sdn. Bhd)
7) Anugerah Peneraju Inovatif Berwawasan - Datuk Goh Cheh Yak (Gintell (M) Sdn. Bhd)
8) Anugerah Persona Jurutera Profesional Berwawasan - Ir. Professor Dr. Leong Wai Yie (INTI International University)
9) Anugerah Usahawan Bersiri Berwawasan - Dato’ Sri Azmin Mustam Abdul Harim (Petro Teguh (M) Sdn. Bhd)
10) Anugerah Usahawan Cemerlang - Prof. Dr. CocoAlex Yeoh (EMPRO)
11) Anugerah Ratu Cantik Abadi Cemerlang - Carrie Lee Sze Kei
12) Anugerah Artis Wanita Cemerlang - Elizabeth Tan
13) Anugerah Pelakon Lelaki Harapan Asia Pacific - Justin Cheung Kin Sing
14) Anugerah Pelakon Wanita Harapan Asia Pacific - Wiyona Yeung
15) Anugerah Pelakon Wanita Harapan Asia Pacific - Ophelia So
16) Anugerah Bintang Pop Kantonis Baharu - All For One – Eric Lau
17) Anugerah Atlit Inspirasi - Goh Liu Ying
18) Anugerah Pelakon Wanita Harapan - Joey Leong
19) Anugerah Penyanyi Wanita Harapan - Yazmin Aziz
20) Anugerah Pempengaruh Wanita Harapan - Jestinna Kuan







Setelah beberapa kali ditangguhkan akibat pandemik bermula daripada tahun lepas lagi hingga ke tahun ini majlis Anugerah MeleTOP ERA 2021 telah berlangsung dengan jayanya di PICC Putrajaya dan secara langsung di Astro. Penyanyi, Shiha Zikir mencipta sejarah tersendiri apabila mendominasi Anugerah Meletop Era 2021 (AME 2021) dengan membawa pulang lima anugerah termasuk anugerah Top Top MeleTOP Wanita.



Bagi kategori tersebut Shiha membawa pulang RM10,000 dan sebuah trofi. Shiha pada malam berprestij itu turut membawa pulang empat anugerah lain termasuk Artis Versatil MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP serta dua anugerah yang dimenangi bersama penyanyi rap, Noki iaitu Duo MeleTOP dan Lagu MeleTOP. Pencapaian Shiha itu meleburkan rekod dipegang penyanyi Siti Nordiana yang memenangi tiga anugerah pada AME 2020.

Sementara itu, penyanyi berbakat besar, Khai Bahar tidak pulang dengan tangan kosong apabila merangkul anugerah Top Top MeleTOP Lelaki sekaligus membawa pulang RM10,000 dan trofi.



Malam gilang gemilang itu juga diserikan dengan persembahan istimewa antaranya daripada penyanyi nombor satu negara, Dato' Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu 'Kuasa Cinta' serta penyanyi berprofil tinggi, Dayang Nurfaizah dan Kumpulan Search. AME 2021 dikendalikan tiga pengacara tersohor, Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Senarai penuh pemenang AME 2021 :

Lagu MeleTOP: Shiha Zikir & Noki (Aewo)
Filem MeleTOP: Ada Apa Dengan Dosa
Bintang Filem MeleTOP: Shiha Zikir
Personaliti TV MeleTOP: Jihan Muse
Penyanyi MeleTOP: Khai Bahar
Couple MeleTOP: Emma Maembong & Muhammad Shazli
Si Cilik MeleTOP: Arianna Aubrey & Karl Kareef
Pelakon MeleTOP: Fasha Sandha (Sihir Pemisah)
Program MeleTOP: Konsert Minggu Ini (Khai Bahar)
Artis Baharu MeleTOP: Dini Schatzmann
Artis Versatil MeleTOP: Shiha Zikir
Video MeleTOP: Wany Hasrita (Canggung)
Grup/Duo MeleTOP: Shiha Zikir & Noki
Drama MeleTOP: Kampung Pisang Bersiri-Siri
Influencer MeleTOP: Dr. Say
BBNU MeleTOP: Alyssa Dezek
Anugerah Legend MeleTOP: Roslan Aziz
Anugerah Sepanjang Zaman: Hamid Ghurka
Anugerah Khas MeleTOP: Datuk Aznil Hj Nawawi
Top Top Duo MeleTOP: Dolla
Top Top MeleTOP Lelaki: Khai Bahar
Top Top MeleTOP Wanita: Shiha Zikir








Selaras dengan misinya untuk membina komuniti yang lebih sihat dan mampan, Sun Life Malaysia - penyedia insurans hayat dan takaful keluarga – telah melancarkan anugerah biasiswa sulungnya “Nurturing Sun Brighter Talent”, untuk memupuk seterusnya -menjana bakat untuk memacu pertumbuhan syarikat serta industri insurans dan takaful.



Penerima yang membanggakan, Nor Halizah Binti Md Yusop dan Hng Chong Khen, dari Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains & Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menerima anugerah mereka pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Sun Life Malaysia dan UKM di pejabat cawangan 1 Utama Sun Life Malaysia baru-baru ini.

Setiap penerima dianugerahkan anugerah biasiswa bernilai RM65,000, sijil dan sebuah MacBook. Selain itu, penerima anugerah akan menerima penempatan latihan, dan kontrak pekerjaan tetap dengan Sun Life Malaysia selepas tamat pengajian. Sun Life Malaysia juga akan menyokong yuran peperiksaan profesional kedua-dua penerima.

Raymond Lew, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden/Ketua Negara Sun Life Malaysia mengulas, “Sun Life Malaysia melihat orang ramai sebagai aset paling berharga. Kami sentiasa melabur dalam kakitangan kami dengan matlamat utama untuk membantu mereka mengeluarkan potensi penuh mereka. Melalui anugerah ini, selain membantu lebih ramai pelajar yang bercita-cita tinggi untuk meneruskan pendidikan impian mereka, kami juga komited untuk memajukan ilmu pengetahuan dengan memberi peluang kepada bakat tempatan menerokai membina kerjaya dalam industri insurans dan takaful.



Penerima telah disenarai pendek selepas proses penilaian menyeluruh yang merangkumi sesi temu bual dan pembentangan kepada ahli Jawatankuasa Pengurusan Sun Life untuk menilai merit akademik, kualiti kepimpinan serta kecekapan kemahiran insaniah mereka.

Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan UKM, yang dipandang tinggi atas kecemerlangan penyelidikan dan kebolehpasaran pelajar, untuk anugerah biasiswa pertama kami. Dengan tuntutan dan peluang baharu yang timbul dalam industri, kami mahu menyokong pelajar dalam aspirasi akademik mereka, dan membolehkan bakat tempatan kami sentiasa berada di hadapan dalam dunia yang berubah dengan pantas,” jelas Raymond.

Prof ChM Dr Ishak Ahmad, Dekan Fakulti Sains & Teknologi UKM, berkata, “Kami sentiasa bersemangat untuk memupuk belia kami untuk mengambil peranan sebagai pemimpin masa depan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Sun Life Malaysia kerana menyokong UKM dalam memperkasakan generasi muda untuk cemerlang dalam bidang akademik dan kerana memberi peluang untuk pengalaman pembelajaran holistik untuk pelajar kami menjadi ‘sedia industri’.”

Mengulas mengenai biasiswa itu, salah seorang penerima, Nor Halizah binti Md Yusup, 21 tahun yang berasal dari Johor Bharu menyatakan, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, pensyarah dan semua orang dari universiti yang telah menyokong saya dan sudah tentu kepada Sun Life Malaysia untuk sokongan kewangan. Saya sangat menghargai biasiswa dan saya percaya Sun Life Malaysia akan menjadi tempat kerja yang sesuai untuk menyemarakkan kreativiti saya dalam bidang sains data.

Untuk maklumat lanjut tentang Sun Life Malaysia, layari www.sunlifemalaysia.com.







Tahniah kepada TV Alhijrah apabila dinobat pemenang Anugerah The BrandLaureate The World’s First E-Branding Award bagi kategori Anugerah Rakan Strategik Perniagaan pada 8 Januari 2021.



Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris berkata, kemenangan itu adalah kemenangan kali ketiga bagi TV AlHijrah, yang merupakan satu-satunya stesen televisyen Malaysia yang memenangi anugerah itu.

“Penganugerah ini merupakan satu penghormatan kepada TV AlHijrah dan bukti stesen kami mampu kekal berdaya saing meski pun berdepan cabaran yang tidak dijangka,” katanya.

“Ini hasil kerja keras dan komitmen daripada semua rakan-rakan di TV AlHijrah kerana kita melihat pada 2020 ramai terkesan dengan pandemik, banyak perniagaan terkesan namun kita kekal berdaya saing dan itu perkara yang membanggakan,” jelas Namanzee.



Selain itu, Namanzee turut berkata tahun 2021 bakal menyaksikan lebih banyak program berimpak tinggi yang akan dihasilkan dan dsiarkan oleh stesen gaya hidup Islam itu demi memenuhi aspirasi penyiaran negara dan selera penonton yang dahagakan program ilmiah yang mendidik dan menghiburkan selari dengan ajaran agama, batasan budaya dan norma masyarakat majmuk di Malaysia.

“Kami akan terbitkan program impak tinggi seperti program MY H.A.U.S, Dengarkan dan Hijrah Berselawat (bersiri). Ketiga-tiga program ini menjadi nadi kepada kempen Musa’adah Covid-19 2021 serta memposisikan TV AlHijrah sebagai stesen yang mendengar nadi denyut rakyat serta stesen penenang jiwa yang memeluk emosi rakyat Malaysia tatkala negara menghadapi masalah ancaman Covid-19 dan kemuraman ekonomi.

My H.A.U.S yang disiarkan setiap Isnin, 9 malam bermula 25 Januari 2021 adalah sebuah program realiti ubah suai rumah golongan asnaf yang memerlukan perhatian khusus bagi mendapatkan tempat kediaman selesa dan boleh diduduki seisi keluarga.



Dengar pula merupakan program separa realiti yang mencari individu yang kisahnya tular akibat kesusahan hidup dan akan dibantu agensi kerajaan yang berkaitan.

Beliau turut berharap agar TV AlHijrah terus bersaing dan kekal relevan mendepani arus permodenan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa walaupun mendapat persaingan daripada media-media baru.

Anugerah The BrandLaureate The World’s First E-Branding Award yang berlangsung buat pertama kalinya secara maya diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada syarikat-syarikat korporat yang sentiasa berusaha secara konsisten membina jenama hingga dikenali di pasaran tempatan dan global merangkumi sektor-sektor seperti Makanan, Hotel dan Pelancongan, Kecantikan & Kosmetik, Sukan, Kesihatan, Fesyen, Perbankan dan Kewangan dan banyak lagi.








Siapa sangka sebelum ini penuh dengan rintangan sehingga pernah menghadapi mild depression penyanyi muda Haqiem Rusli dipilih sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH ke- 33 (ABPBH 33) yang berlangsung baru-baru ini di Axiata Arena Bukit Jalil.



Meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia dengan 22,332,676 undi, populariti yang diraih Haqiem tidak dapat dinafikan sekali gus layak diangkat sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 33.

Kemenangan itu melayakkan Haqiem membawa pulang hadiah utama, kereta Nissan LEAF Serba Baharu dengan kuasa elektrik 100 peratus dan sifar emisi, berharga RM181,263, sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd berserta trofi.

ABPBH 33 juga melakar kenangan menarik apabila pengacara Sherry Alhadad memenangi dua kategori iaitu Artis Komedi Popular dan Pengacara TV Popular. Menewaskan beberapa nama besar sebelum ini dijangka menang.

Senarai penuh pemenang bagi 13 kategori utama ABPBH 33 :

Pelakon Filem Lelaki Popular: Zahiril Adzim
Pelakon Filem Wanita Popular: Mawar Rashid
Pelakon TV Lelaki Popular: Ben Amir
Pelakon TV Wanita Popular: Siti Saleha
Penyanyi Lelaki Popular: Haqiem Rusli
Penyanyi Wanita Popular: Wany Hasrita
Pengacara TV Popular: Sherry Alhadad
Penyampai Radio Popular: DJ Lin
Artis Komedi Popular: Sherry Alhadad
Artis Versatil Popular: Siti Nordiana
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Khai Bahar & Siti Nordiana
Artis Baru Lelaki Popular: Chubb-E
Artis Baru Wanita Popular: Isyariana Che Azmi
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Francissca Peter







Majlis anugerah yang setiap tahun dinantikan oleh semua peminat dan juga pecinta muzik tempatan telah berlangsung dengan meriah dan penuh kontroversi. Tak sah lah kalau program live kat tv tiada drama dan kontroversi tak meriah betul kan. Mungkin sehingga sebulan semua ini akan diperkatakan oleh netizen dan juga media diluar sana.


Bermula dengan kemunculan istimewa penyanyi kesayangan negara setelah membuat keputusan untuk tidak menyertai AJL sejak tahun 2007 siapa lagi kalau bukan Dato Seri Siti Nurhaliza. Pada malam akhir AJL34 TokTi muncul pada penghujung lagu Anta Pemana walaupun bukan sepenuhnya. Kenapa kemunculan ini dilakukan pada malam tersebut.


Penyanyi no 1 negara itu telah memuat naik video kenapa beliau mengambil keputusan untuk muncul semula walaupun sekajap adalah untuk memberi sokongan kepada penyayi yang membawakan lagu tersebut iaitu Bob. Juga mendapat restu daripada suami dan juga semua orang untuk memberi sokongan kepada peminat lagu Anta Pemana.


Apa pun kemunculan TokTi yang sekejap itu juga menjadi lebih kontroversi lagi ini setelah mikrofon yang digunakan oleh TokTi pada acara langsung tersebut tidak berbunyi. Banyak pihak netizen dan juga peminat lagu penyanyi ini menghentam pihak produksi yang tidak peka terhadap isu seperti ini dan ramai meluahkan rasa kecewa dan sedih mereka.


Selain itu juga, persembahan daripada Aina Abdul mendapat kecaman hebat pada malam tersebut. Ini kerana persembahan akhir lagu Sumpah itu membawa konsep seorang yang tertekan dan membunuh diri dengan menikam dadanya melalui gimik darah yang keluar pada persembahan tersebut. Menurut Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA) konsep persembahan itu memberi satu gambaran tidak sihat kepada rakyat Malaysia. Akhirnya video persembahan Aina Abdul terpaksa dikaburkan bahagian darah tersebut dan masih boleh tonton di Channel Youtube TV3.


Juga mendapat kecaman hebat persembahan pada malam akhir AJL34 adalah persembahan daripada Drama Band yang membawa lagu Drama. Vokalis kumpulan tersebut membawa watak hantu dan juga menampilkan beberapa figura yang penuh kontroversi di Malaysia sejak kebelakangan ini seperti bekas Juara Dewi Remaja tahun lepas. Watak Da'i Farhan dan PU Abu, Penyanyi Haqiem Rusli dan juga watak bekas Perdana Menteri Malaysia bersama isteri yang kes masih dalam siasatan.


Ada sesetengah netizen mengatakan persembahan itu keterlaluan dan juga cuba mengaibkan banyak pihak. Terbaru kumpulan tersebut telah membuat permohonan maaf atas persembahan tersebut yang tidak menyangka ia akan menimbulkan kecaman hebat daripada penonton.


Juga timbul kontroversi keputusan juri yang memberi kemenangan bagi Kategori Vokal Terbaik kepada Hafiz Suip daripada persembahan Ernie Zakri yang nampak lebih mantap dan hebat bertaraf antarabangsa. Kalau diperhatikan betul persembahan Hafiz ada banyak kekurangan kalau nak dibandingkan dengan nyanyian Ernie pada malam tersebut. Namun keputusan telah dibuat oleh juri profesional mereka lebih mengetahui.


Pada malam akhir AJL34 menyaksikan lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel dinobatkan sebagai juara. Lagu ciptaan Naim dan juga Omar K itu menyaksikan beliau berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai RM50,000, trofi AJL dan juga baucer CJ WowShop bernilai RM10,000. Manakala tempat kedua pula milik lagu Bangun nyanyian Aman Ra, tempat ketiga pula lagu Anta Pemana nyanyian Bob. Persembahan terbaik dan juga Vokal Terbaik dimenangi oleh Hafiz Suip. Manakala Haqiem Rusli berjaya membawa pulang juara Anugerah Pilihan Peminat SETEL







Filem arahan Namron, One Two Jaga berjaya merangkul trofi Filem Terbaik di malam Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019). Selain itu, filem ini turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Dr. Rosdeen Suboh), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Zahiril Adzim) dan Lakon Layar Terbaik (Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq).


Drama bersiri Di Sisi memenangi lima trofi menerusi kategori Drama Terbaik, Pengarah Terbaik (Wan Afzam Wan Daud), Penyunting Drama Terbaik (Izar Masuri), Lakon TV Terbaik (Amin Masyur) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Ruzaidi Rahman). Masih mengekalkan kelainan seperti tahun lepas dengan tidak menggunakan pengacara seperti program lain.


12 penyampai anugerah tersebut adalah Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin, Eira Syazira dan Azad Jasmin serta Elly Mazlein dan Shuk Sahar.

Berikut merupakan senarai keputusan ASK 2019:

1. Drama Terbaik - Di Sisi (Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia)
2. Pengarah Terbaik Drama - Wan Afzam Wan Daud (Di Sisi)
3. Lakon TV Terbaik - Amin Masyur (Di Sisi)
4. Penyunting Drama Terbaik - Izar Masuri (Di Sisi)
5. Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Faizal Hussein (Samad Tedung)
6. Pelakon Wanita Terbaik Drama - Nabila Huda (Dia Tidak Berdosa)
7. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Ruzaidi Rahman (Di Sisi)
8. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Amyza Aznan (Batik Zakiah)
9. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) - Kamar Kamariah (Suhan Movies & Trading Sdn.Bhd.)
10. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina) - Sweet Delicacy (The Rock Production Sdn. Bhd.)
11. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian - Datuk Fizz Fairuz (Kamar Kamariah)
12. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian - Zara Zya (Pia)
13. Drama Komedi Terbaik - Budak Usin (Radius One Sdn.Bhd.)
14. Videografi Drama Terbaik - Junaimeramfizal Rahmat (Telingkah)
15. Rancangan Majalah Terbaik - Sahabat Backpackers
16. Rancangan Realiti Terbaik - The Z Power
17. Rancangan Dokumentari Terbaik - Majalah 3 (Pertabalan Yang Dipertua Agong Yang Ke-16) Christine Lee Mee Chin & Zerry Fancis)
18. Rancangan Bual Bicara Terbaik - Feel Good Show (Istimewa Deepavali) Intan Noorbaizura & Thayalan Krishna
19. Laporan Khas Berita Terbaik - Buletin Utama (Aduan Rakyat - Kampung Sampah) Khairul Rizuan Azizan & Khairul Azwan Khalid
20. Rancangan Hiburan Terbaik - Konsert Minggu Ini (Ratu 2.0) Ellia Norni Elias & Rashidah Ali
21. Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Juara Lagu 33 (Nurhul Huda Haji Khalid & Hamsiah Biri)
22. Rekabentuk Set Terbaik - Mohd. Rafi & Mohd.  Rashidy Samsudin (Anugerah Skrin 2018)
23. Montaj Terbaik - Mohd Rizuan And Rahman & Zarul Eskandar (Halaqah 2019)
24. Filem Terbaik - One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)
25. Lakon Layar Terbaik - Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq (One Two Jaga)
26. Pengarah Terbaik Filem - Mamat Khalid (Hantu Kak Limah)
27. Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Dr. Rosdeen Suboh (One Two Jaga)
28. Pelakon Wanita Terbaik Filem - Diana Danielle (Gol & Gincu Vol.2)
29. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Zahiril Adzim (One Two Jaga)
30. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Siti Saleha (7ujuh)







Pelakon dan pengacara Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH) yang berlangsung malam tadi. Selain itu juga Mira turut memenangi tiga lagi kategori lain iaitu Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Pelakon Filem Wanita Popular serta kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular melalui gandingan beliau dengan Remy Ishak dalam drama Pujaan Hati Kanda.


Majlis anugerah yang bersiaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein. ABPBH 32 diserikan lagi dengan persembahan bertenaga daripada Ismail Izzani, Sufian Suhaimi, Idayu, Liza Hanim, Ernie Zakrie dan ramai lagi. Berikut merupakan senarai pemenang bagi 15 kategori utama ABPBH 32, satu Anugerah Khas dan lima kategori online:

Kategori Utama:

Bintang Paling Popular ABPBH : Mira Filzah
Artis Baharu Wanita Popular : Haneesya Hanee
Artis Baharu Lelaki Popular : Adam Lee
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular : Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Artis Versatil Popular : Janna Nick
Artis Komedi Popular : Zizan Razak
Artis Indonesia Popular : Laudya Cynthia Bella
Artis Korea Popular : BTS
Penyampai Radio Popular : DJ Lin
Pengacara TV Popular : Siti Nordiana
Penyanyi Wanita Popular DuitNow : Siti Nordiana
Penyanyi Lelaki Popular DuitNow : Khai Bahar
Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa : Mira Filzah
Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa : Syafiq Kyle
Pelakon Filem Wanita Popular : Mira Filzah
Pelakon Filem Lelaki Popular : Fattah Amin

Kategori Online

Pelakon Watak Antagonis Popular : Shukri Yahaya
Artis Sensasi Popular : Haqiem Rosli
Lagu Paling Boom : Selamat Tinggal Sayang- Haqiem Rusli
Gandingan Serasi Drama Popular : Mira Filzah & Remy Ishak (Pujaan Hati Kanda)
Gandingan Serasi Filem Popular : Syafiq Kyle & Hanna Dalisha (Langsuir)

Anugerah Khas

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Raihan







Anugerah Instafamous telah kembali mempertandingkan 18 kategori yang melibatkan Instafamous dan personaliti pelbagai bidang yang menyerlah dalam industri seni tanah air. Dalam penganjuran kali ini, Anugerah Instafamous menampilkan 9 kategori dipertandingkan bagi Instafamous manakala 9 kategori khas pula diberikan kepada personaliti yang telah memaparkan dedikasi di dalam bidang mereka ceburi dan pengaruh dibawa mereka kepada generasi digital kini.


Anugerah Instafamous 2019 telah berlangsung di Vogue Lounge, Menara Suezcap, Kuala Lumpur malam 9 Ogos 2019. Pada malam anugerah itu juga hurr.tv selaku penganjur yang memasuki tahun kedua menganugerahkan kepada mereka yang menerima undian terbanyak. Berikut merupakan senarai penuh penerima Anugerah Instafamous 2019.

Anugerah Instafamous Paling Ohsem - Cupcake Aisyah @cupcake_aisyah

Anugerah Instafamous Paling Bro - Megat Rahim @megatrahim_

Anugerah Instafamous Paling Chantek - Dahlia Rizal @itsdshazal

Anugerah Instafamous Paling On-Point - Nisha Ezzati @nishxnish

Anugerah Instafamous Paling Stylo - Johanis Sani @jo.ms

Anugerah Instafamous Paling Versatil - Sean LJE @seanlje 

Anugerah Instafamous Paling Layan – Kucaimars @kucaimars

Anugerah Instafamous Paling BBNU (Budak Baru Nak Up) – Farah Khairina @n.frrah

Anugerah Instafamous Paling Fit - Syafiq Farhain @syafiqfarhain

Malam itu juga turut memberikan anugerah khas kepada sembilan personaliti lain yang memaparkan kewibawaan dan komitmen dalam bidang yang mereka ceburi. Disenaraikan penerima anugerah khas. 

Anugerah Instafamous Unggul – Vivy Yusof

Anugerah Instafamous Versatil – Ain Edruce

Anugerah Instafamous Adiwira – Izzue Islam

Anugerah Instafamous Pujaan Hati – Eyra Hazali

Anugerah Instafamous Fenomena – Floor 88

Anugerah Instafamous Stylista – Amelia Henderson

Anugerah Instafamous Idola #MudahTerhibur – Mark Adam

Anugerah Instafamous Couple Sejati – Elfira Loy & Faris Khairol Anuar

Anugerah Instafamous Inspirasi – Tun Dr. Mahathir Mohamad








Sempena ulang tahun EH! yang ke-20, sidang editorial EH! Malaysia membariskan 20 kategori secara keseluruhan pada tahun ini yang melibatkan selebriti lama dan baharu, pereka fesyen, influencer, model, jurusolek serta pendandan rambut yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada industri hiburan tanah air.


Diacarakan oleh influencer tersohor, Yaya Zahir serta hos Gempak TV, Isha Norisham, majlis yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan-persembahan yang hebat daripada penyanyi popular tanah air seperti Ayda Jebat, Datin Alyah, Khai Bahar dan juga Zizi Kirana.

Penganjuran kali ke-7 yang mengetengahkan Alter Ego sebagai tema bagi edisi tahun ini, turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti ternama Malaysia antaranya Neelofa, Scha Alyahya, Sherry Alhadad, Hael Husaini, Zahirah MacWilson, Awal Ashaari dan ramai lagi.

Majlis yang turut mendapat kerjasama dari rakan media Astro Ria, Hlive! dan Gempak TV itu juga bertujuan mengangkat selebriti tempatan serta individu-individu yang bergiat aktif dalam bidang seni yang sering menjadi perhatian pelbagai cabang media massa terutamanya media sosial.

Lebih menarik, jumlah undian yang mencecah 45,290 undian itu difahamkan dua kali ganda berbanding edisi sebelum ini. Malah, di atas sokongan yang tidak putus daripada pembaca setia EH! Malaysia, beberapa nama selebriti popular mendominasi carta Anugerah Stail EH! bagi edisi kali ini.

Di sini, senarai penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan termasuk satu anugerah utama iaitu “Anugerah Stail EH! 2019”.

Anugerah Style EH! 2019 - Scha Alyahya 
Selebriti Lelaki Paling Bergaya - Syafiq Kyle
Selebriti Wanita Paling Bergaya - Scha Alyahya 
Selebriti Pilihan Kulit Majalah - Neelofa
Jurusolek Selebriti Pilihan - Khir Khalid
Model Pilihan - Malek Mccrone
Video Muzik Paling Stylish - Temberang (Ayda Jebat)
Influencer Kecantikan Pilihan - Aisha Liyana
Penata Gaya Selebriti Pilihan - Tym Fatimah
Pereka Fesyen Baru Pilihan - Ridzuan Alias
Selebriti 'True Colour' - Sherry Alhadad
Influencer Fesyen Pilihan - Yaya Zahir
Selebriti Kulit Cantik - Zahirah Macwilson
Selebriti Harapan Pilihan - Khai Bahar
Pereka Fesyen Selebriti - Dato' Rizalman Ibrahim 
Pasangan Selebriti Pilihan - Fattah Amin & Nur Fazura
Selebriti Lelaki Seksi - Remy Ishak 
Selebriti Wanita Seksi - Zizi Kirana
Selebriti Pencapaian Terbaik - Hael Husaini
Pendandan Rambut Selebriti Pilihan - Ckay Liow









Hari yang dinanti-nantikan telah tiba, dimana EH! sekali lagi ingin memartabatkan selebriti tempatan dengan mempertaruhkan 19 kategori secara keseluruhan dan kuasa untuk memilih ada di tangan anda!


Pemilihan lima calon akhir bagi setiap kategori telah dipilih oleh sidang Editorial EH!. Siapakah bakal selebriti lelaki paling bergaya, wanita paling seksi mahupun pasangan selebriti pilihan anda?

Kategori Anugerah Stail EH!
1) Selebriti Lelaki Paling Bergaya
2) Selebriti Wanita Paling Bergaya
3) Selebriti Lelaki Seksi
4) Selebriti Wanita Seksi
5) Selebriti Pilihan Kulit Majalah
6) Pasangan Selebriti Pilihan
7) Jurusolek Selebriti Pilihan
8) Pereka Fesyen Selebriti
9) Model Pilihan
10) Selebriti Harapan Pilihan
11) Pendandan Rambut Selebriti Pilihan
12) Video Muzik Paling Stylish
13) Influencer Kecantikan Pilihan
14) Influencer Fesyen Pilihan
15) Penata Gaya Selebriti Pilihan
16) Pereka Fesyen Baru Pilihan
17) Selebriti Pencapaian Terbaik
18) Selebriti Kulit Cantik
19) Selebriti ‘True Colour’

Setiap undian anda penting untuk mereka mengungguli kategori masing-masing.

15 pembaca bertuah turut berpeluang untuk menangi hadiah menarik dari LANCÔME. Bukan itu sahaja, anda berpeluang untuk dapatkan satu Lancôme Starter Kit di pengakhiran undian ini nanti.

Jadi cepat undi artis pilihan anda sekarang di https://anugerah.stail.eh.my/.