Julia Perez Meninggal Dunia Setelah Melawan Sakit Kanser Serviks

Seorang lagi artis Indonesia yang cukup popular sebagai seorang penyanyi dangdut dan juga pelakon Julis Perez mengehembus nafas terakhir hari ini 10 Jun 2016 dalam bulan Ramadhan yang mulia. Julia Perez atau lebih mesra dipanggil Jupe meninggal akibat penyakit kanser Serviks tahap 4 yang dialaminya dan menjalani rawatan sejak 5 bulan lalu.


Sapa tak kenal Jupe satu masa dulu pernah menggempakkan Malaysia dengan status twitter yang kurang menyenangkan. Pada pertengahan April 2017 beliau dikhabarkan kritikal. Hal itu yang membuat barisan artis melawatnya di RSCM termasuk bekas suaminya Gaston Castano.

Penyakit yang dialami beliau sejak September 2014 dan beliau berulang alik berubat dari Indonesia ke sebuah hospital di Singapura. Beliau sanggup menjual rumah dan keretanya untuk pembiayaan rawatannya itu sehingga beliau pernah berstatus muflis.


Kepastian kabar pemergiaan Jupe diperoleh dari akun instagram adiknya Nia Anggia yang berbunyi Innalilahiwainailahirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez". Semoga rohnya dirahmati dan ditempat dalam golongan orang-orang yang beriman sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini.







 

0 comments: