Status Agama Yana Zein Sulit Disaat Pengembumian Setelah Meninggal Dunia Akibat Kanser | Dunia Penuh Gosip

Status Agama Yana Zein Sulit Disaat Pengembumian Setelah Meninggal Dunia Akibat Kanser

Pelakon sinetron popular HIDAYAH yang beradal dari Indonesia Yana Zein telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada tanggal 1 Jun 2017 dalam bulan Ramadhan yang mulia. Yana Zein pergi akibat penyakit kanser payudara setelah menjalani rawatan 4 bulan di Guangzhou, China.


Menurut kata Aurelia Callista anak pertama beliau, beberapa jam selepas menjejakkan kaki di tanah air, si ibu dilarikan ke hospital kerana mengalami penurunan keadaan kesihatan. 

Yana Zein sempat mengalami koma dan tak sedarkan diri beberapa jam selepas menjalani rawatan. Menurut Aurelia Calista, doktor yang merawat Yana Zein mengambil tindakan khusus saat mengetahui keadaan kesihatan pelakon itu terus menurun.



Namun satu drama telah berlaku disaat akhir pengembumian pelakon tersebut apabila status agama beliau dipertikai oleh kedua ibu bapanya. Si ibu mengatakan bahawa Yana harus dikebumikan cara kristian manakala sang ayah meminta beliau dikebumikan mengikut cara Islam kerana yakin anaknya tetap Islam dari kecil.

Meski pun berselisih pendapat sang ayah dan ibu saat ingin mengebumikannya, namun ayah beliau Nurzaman tetap bersyukur akhirnya anak beliau dikebumikan mengikut cara islam. Sang ibu pasrah dan berharap yang terbaik untuk anaknya walaupun apa cara pengembumian sekalipun. Moga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. dibulan yang mulia ini.





0 comments: