Budak-Budak Baru Nak Up Menguasai Senarai Ke Anugerah Juara Lagu 32 | Dunia Penuh Gosip

Budak-Budak Baru Nak Up Menguasai Senarai Ke Anugerah Juara Lagu 32

Ini yang kita mahukan dimana pelapis kepada generasi pencipta dan penyanyi baru untuk terus mewarnai dunia hiburan tanah air. Ini telah dibuktikan apabila 8 buah lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke 32 kali ini adalah penyanyi baru dan dari komposer yang baru. Ini satu petanda baik yang akan tidak mematikan muzik Malaysia.


Tahniah kepada 8 penyanyi baru yang pertama kali menjejak kaki ke peringkat AJL nanti antaranya adalah Syamel yang mana dua lagu ciptaannya dan nyanyiannya berjaya ke peringkat akhir. Lagu Lebih Sempurna dan lagu Aku Cinta duet bersama Ernie berjaya menambat hati juri.


Juga penyanyi baru lain yang layak ker AJL adalah Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Hael Husaini, Salma, Ara dan Khai Bahar. Juga terdapat komposer baru yang pertama kali layak ke peringkat akhir gandingan Gouffran dan Ibnu melalui dua buah lagu iaitu Tergantung Sepi dan Menahan Rindu.


Tapi tidak lupa juga beberapa artis otai yang bakal memberikan saingan hebat kepada semua muka-muka baru ini. Tambahan bila nama Dayang Nurfaizah disebut layak ker peringkat akhir dan juga Hazama. Juga komposer berpengalaman dalam AJL Ajai turut berjaya dengan dua lagu iaitu Separuh Mati Ku Bercinta dan Akhirnya Cinta


Siapa bakal bergelar Juara Lagu ke 32 dan siapa pula bakal memberikan saiangan Vokal Terbaik adakah masih Dayang Nurfaizah lagi. Sama-sama kita nantikan AJL 32 pada bulan Jan 2018 nanti. Tahniah semua yang berjaya lakukan yang terbaik.

Senarai 12 lagu ke AJL32 :-

Haqiem Rusli - Tergantung Sepi
Khai Bahar - Bayang
Wany Hasrita -  Menahan Rindu
Heal Hussaini - Jampi
Ara Johari - Warkah Untukku
Syamel - Lebih Sempurna
Syamel & Ernie - Aku Cinta
Salma - Akhirnya Cinta
Azmi Caliph Busker - Sejati
Altimet - Amboi
Hazama - Aku Yang Sebenar
Dayang Nurfaizah - Separuh Mati Ku Bercinta







18 ulasan:

  1. Kesemua 12 lagu ni memang best dan sedap. Ok lah memang sepanjang tahun ada main kat radio. Otai Dayang Nurfaizah memang tak boleh dikalahkan tapi kita nak Khai Bahar menang AJL tahun ni.hehe

    BalasPadam
  2. Hahahha...
    Saya kenai dayang dgn altimet ja...yg lain nan hadooo

    BalasPadam
  3. Haqiem rosli, khai bahar , wany hasrita pelapis baru . Sayangnya aiman tino xdapat ke final . Apa2 pun tahniah buat kesemua pemenang

    BalasPadam
  4. AJL kali ini banyak pelapis nampaknya. ramai yg first time join AJL tu

    BalasPadam
  5. Dah lama akak x mengikuti dunia Muzik2 ni...maybe sebab faktor usia kot..dulu asal muzik2 je sure tak berganjak dari tv

    BalasPadam
  6. Budak baru nak up suara sedap takpe. 😀😀 lagu2 pun ada yg buat sendiri. Bgs betul.

    BalasPadam
  7. Tak kenal ramai antaranya...kenal 2,3 orang je. Bolehlah layan nanti ajl akhir kalau sempat

    BalasPadam
  8. Semua lagu best. Ruby suka budak budak baru nak up ni. Harap-harap final nanti best

    BalasPadam
  9. AJL memang banyak mempertaruhkan lagu lagu pelapis seni muzik.. walaupun BBNU, tapi bila dah tercalon tu nampaknya memang powerla lagu dorang kan.. good luck tuk semua yang bakal ke final AJL nnti.. mana tah artis lama?? takkan dah mereput??hehehe

    BalasPadam
  10. Hebat dorang ni sebagai pelapis pada masa hadapan. Yang pasti yang dapat ke final semua hebat hebat bukan calang calang.

    BalasPadam
  11. Rasanya 12 lagu ni hebat dan ada kekuatan masing2. Apa pun ara the best

    BalasPadam
  12. Malam AJL xdpt tgk tp semua lagu tu sedap2 belaka

    BalasPadam
  13. Kebanyakannya memang lagu budak budak baru nak up yang masuk..kalau vokal terbaik yang nampak cerah tuh Dayang lagi la kot..haha

    BalasPadam
  14. Budak2 baru nak up memang tak boleh nak diperlekehkan, walau mcm manapun ttp suka dengan Dayang..harap2 dia lagi le juara

    BalasPadam
  15. Mantap-mantap belaka yang masuk final, walaupun ramai wajah baru.

    BalasPadam
  16. puas hati dengan lagu-lagu AJL 32 ni, cuma beberapa lagu not in the list.

    BalasPadam
  17. semua best2, good luck semua peserta

    BalasPadam
  18. Of course Dayang akan menjuarainya lagi. Haha.
    Tapi lagu-lagu yang bertanding kali ini pun best semuanya.

    BalasPadam