Dunia Penuh Gosip - Wany Hasrita Dunia Penuh Gosip: Wany Hasrita - All Post
Memaparkan catatan dengan label Wany Hasrita. Papar semua catatan
Penyanyi popular dengan lagu Menahan Rindu dan Canggung, Wany Hasrita selamat bernikah dengan lelaki pilihannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun, dengan dua kali lafaz, di Glam Hall, Damansara Perdana, di sini, kira-kira jam 9.11 malam, hari ini.



Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.



Wany, 30, yang popular menerusi lagu Menahan Rindu dalam kenyataannya memberitahu, dia rasa bersyukur kerana majlis pernikahan yang dianjurkan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.



Berkongsi mengenai Adib, 30, yang berjaya menambat hatinya yang juga bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak itu, Wany berkata hubungan mereka mula rapat sejak 2019.

Semoga terus bahagia sehingga ke anak cucu dan mendapat zuriat yang sihat comel dan juga cantik seperti pasangan pengantin ini juga. 







Ini yang kita mahukan dimana pelapis kepada generasi pencipta dan penyanyi baru untuk terus mewarnai dunia hiburan tanah air. Ini telah dibuktikan apabila 8 buah lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke 32 kali ini adalah penyanyi baru dan dari komposer yang baru. Ini satu petanda baik yang akan tidak mematikan muzik Malaysia.


Tahniah kepada 8 penyanyi baru yang pertama kali menjejak kaki ke peringkat AJL nanti antaranya adalah Syamel yang mana dua lagu ciptaannya dan nyanyiannya berjaya ke peringkat akhir. Lagu Lebih Sempurna dan lagu Aku Cinta duet bersama Ernie berjaya menambat hati juri.


Juga penyanyi baru lain yang layak ker AJL adalah Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Hael Husaini, Salma, Ara dan Khai Bahar. Juga terdapat komposer baru yang pertama kali layak ke peringkat akhir gandingan Gouffran dan Ibnu melalui dua buah lagu iaitu Tergantung Sepi dan Menahan Rindu.


Tapi tidak lupa juga beberapa artis otai yang bakal memberikan saingan hebat kepada semua muka-muka baru ini. Tambahan bila nama Dayang Nurfaizah disebut layak ker peringkat akhir dan juga Hazama. Juga komposer berpengalaman dalam AJL Ajai turut berjaya dengan dua lagu iaitu Separuh Mati Ku Bercinta dan Akhirnya Cinta


Siapa bakal bergelar Juara Lagu ke 32 dan siapa pula bakal memberikan saiangan Vokal Terbaik adakah masih Dayang Nurfaizah lagi. Sama-sama kita nantikan AJL 32 pada bulan Jan 2018 nanti. Tahniah semua yang berjaya lakukan yang terbaik.

Senarai 12 lagu ke AJL32 :-

Haqiem Rusli - Tergantung Sepi
Khai Bahar - Bayang
Wany Hasrita -  Menahan Rindu
Heal Hussaini - Jampi
Ara Johari - Warkah Untukku
Syamel - Lebih Sempurna
Syamel & Ernie - Aku Cinta
Salma - Akhirnya Cinta
Azmi Caliph Busker - Sejati
Altimet - Amboi
Hazama - Aku Yang Sebenar
Dayang Nurfaizah - Separuh Mati Ku Bercinta