Drama Pesan Dari Tuhan Dan Filem Hanyut Ungguli Anugerah Skrin 2017 | Dunia Penuh Gosip

Drama Pesan Dari Tuhan Dan Filem Hanyut Ungguli Anugerah Skrin 2017

Tahniah kepada semua pemenang pada malam Anugerah Skrin yang telah berlangsung secara langsung malam tadi di TV3 yang dipancarkan dari PWTC. Setelah berbulan-bulan semua drama dan filem yang tercalon diadili oleh juri profesional pada malam tadi semua 33 anugerah telah diumumkan.


Dimana sebalum itu pada sesi petang diadakan majlis anugerah prelude yang menyampaikan 13 anugerah kepada mereka yang terlibat dibelakang tabir. Manakala 20 lagi anugerah disampaikan pada malam kemuncak ASK 2017 yang diacarakan oleh gabungan 3 orang pengacara iaitu pelakon Fahrin Ahmad dan 2 orang pelawak Jihan Muse dan Syuk.

Pada malam itu penuh gemilang menobatkan Drama Terbaik kepada drama Pesan Dari Tuhan arahan Eirma Fatimah dari Rumah Karya Citra Sdn Bhd. Juga turut memangi 3 lagi anugerah lain termasuklah anugerah Pengarah Terbaik Drama.

Manakala filem Hanyut arahan U-Wei Haji Saari mengungguli kategori filem apabila membawa pulang 5 anugerah pada malam tersebut. Termasuk anugerah utama Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik Filem serta Pelakon Pembantu Terbaik Filem Lelaki dan Wanita

Paling best adalah kemenangan Sangeeta Krishnasamy dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem yang pernah dimenangi pada FFM yang lepas melalui filem sama iaitu Adiwiraku. Apa pun tahniah kepada pemenang dan persembahan pada malam ASK ini pun sangat menarik terutama persembahan daripa Hael dengan lagu Jampi yang seperti taraf persembahan malam AJL jer tengok.

Senarai penuh pemenang 

Malam Kemuncak ASK 2017

DRAMA TERBAIK
Pesan Dari Tuhan (Rumah Karya Citra Sdn Bhd)

FILEM TERBAIK
Hanyut (Tanah Licin Sdn Bhd)

DRAMA RANTAIAN TERBAIK
My Sweet Lavender (Orangetree Production Sdn Bhd)

PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA
Hasnul Rahmat (Kapcai Ayah)

PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA
Fasha Sandha (Terima Kasih Ramadan)

PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM
Khir Rahman (Rock Bro)

PELAKON WANITA TERBAIK FILEM
Sangeeta Krishnasamy (Adiwiraku)

PENGARAH TERBAIK FILEM
U-Wei Haji Saari (Hanyut)

PENGARAH TERBAIK DRAMA
Eirma Fatima (Pesan Dari Tuhan)

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA
Remy Ishak (Pesan Dari Tuhan)

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK DRAMA
Azizah Mahzan (Terima Kasih Ramadan)

LAKON LAYAR TERBAIK
U-Wei Haji Saari (Hanyut)

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM
Khalid Salleh (Hanyut)

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM
Diana Danielle (Hanyut)

LAKON TV TERBAIK
Eirma Fatima (Pesan Dari Tuhan)

DRAMA KOMEDI TERBAIK
Budak Ijat (Radius One Sdn Bhd)

PELAKON KOMEDI TERBAIK
Ellie Suriaty (Papa Sayang)

RANCANGAN ANUGERAH TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 31 - Zamzuri Zaini

RANCANGAN REALITI TERBAIK
Mentor Milenia 2017 (Akhir) - Khirul Fikry Mustafa

RANCANGAN MAJALAH TERBAIK
Misi-K 2016 (Misi Kemanusian Pulau Cebu Filipna) - Mazlin Nordin & Christine Lee Mei Chin

ANUGERAH BINTANG OLAY
Anim Ezati

Majlis Prelude ASK 2017

VIDEOGRAFI DRAMA TERBAIK
Terima Kasih Ramadan - Mahadi Said

PENYUNTING DRAMA TERBAIK
Terima Kasih Ramadan - S.C Elliot

DRAMA RANTAIAN POPULAR MEDIA SOSIAL
Pergilah Air Mata (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)

RANCANGAN DOKUMENTARI TERBAIK
Jejak Rasul As-Salam (Batu Terapung) - Mohd Fasil Mohd Idris

RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK
Wanita Hari Ini - Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan

RANCANGAN HIBURAN TERBAIK
Melodi Raya - Michelle Wee

LAPORAN KHAS BERITA TERBAIK
Buletin Utama (Ulat Parkir) - Hafizi Rosli

VIDEOGRAFI TERBAIK
Mahligai Cinta - Mohd Adli Maaris

SUNTINGAN TERBAIK
Mana Kawan Adik - Dzulkifli Shaari

PENATAAN CAHAYA TERBAIK RANCANGAN SIARAN LANGSUNG
Anugerah Juara Lagu 31 - Nageswaran Ramanujem

PENATAAN BUNYI TERBAIK RANCANGAN SIARAN LANGSUNG
3 Juara - Nor Azhar Md Amin

REKA BENTUK SET TERBAIK
Rentak Juara Ke-17 Akhir - Siti Nur Mat Arip

MONTAJ TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 31 - Hafiz Mohd Nordin







0 comments: