Dato' Seri Siti Nurhaliza Tetap Artis No 1 Malaysia Bukti Kejayaan Konsert Di Axiata Arena | Dunia Penuh Gosip

Dato' Seri Siti Nurhaliza Tetap Artis No 1 Malaysia Bukti Kejayaan Konsert Di Axiata Arena

Siapa mampu menyangkal bahawa kedudukan dan kehebatan aura daripada artis No 1 Malaysia Dato Seri Siti Nurhaliza terus utuh dan menjadi pujaan ramai. Ini terbukti melalui kejayaan 3 siri konsert Siti Nurhaliza On Tour di Indonesia, Singapura dan Malaysia. Lebih 10,000 orang memenuhi Axiata Arena Bukit Jalil pada malam sabtu lepas menjadi tanda aras kepada konsert lebih besar akan datang.  


Pada malam konsert terbesar itu Siti menyampaikan lebih 25 buah lagu seperti Badarsila, Balqis, Hati Kama, Nirmala, Jerat Percintaan, Wajah Kekasih, Biarlah Rahsia, Demi Kasih Sayang, Siti Situ Sana Sini, Engkau Bagaikan Permata, Comel Pipi Merah, Percayalah, Bukan Cinta BiasaAnta Permana dan banyak lagi. Juga turut terkesan adalah persembahan secara medley lagu kegemaran ramai peminat tanpa iringan muzik satu yang luar biasa. 

3 Busana yang diperkenakan pada malam konsert di Malaysia.

Beliau juga menyanyikan lagu duet Seindah Biasa bersama penyanyi terkenal Indonesia, Tulus. Di malam ajaib itu, Siti Nurhaliza mengambil kesempatan berkongsi rasa mengenai orang-orang penting yang memainkan peranan dalam perkembangan kerjaya seninya. Ramai rakan artis juga turut sama memberi sokongan dan terpegun mereka melalui persembahan konsert lebih 2 jam ini antaranya seperti Khai Bahar, Siti Sarah Raisuddin dan Shuib, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah serta ramai lagi.



Selain Allahyarham Adnan, penghibur ini juga merakamkan penghormatan buat seniman Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah. Persembahan tribute buat kedua-dua komposer tersohor negara itu sebagai menterjemahkan rasa terima kasih Siti Nurhaliza buat mereka.



Pada malam konsert beliau juga membuatkan semua penonton dan peminat seperti berkaraoke bersama dengannya kerana kebanyakan lagu beliau diingati dan menjadi memori kepada peminatnya. Terharu dengan persembahan yang mantap ramai peminat meluahkan rasa makin cinta dan sayang kepada artis kesayangan mereka ini melalui #SitiNurhalizaOnTour. Dato' Seri Siti Nurhaliza tiada peganti dan pasti menjadi bintang terus bersinar sehingga hujung usianya.







1 ulasan: