Jemputan Untuk Artis Berbakat: Tempa Nama Dengan Menghasilkan Karya Warisan Budaya Malaysia

Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas kembali lagi buat tahun yang ke-21 dan barisan artis baharu di Malaysia dijemput untuk meraikan kekayaan sejarah budaya negara melalui karya seni. 



Pertandingan tahunan ini dianjurkan oleh Kumpulan Usaha Tegas, sebuah syarikat pelaburan milik ahli perniagaan terkemuka di Malaysia, Encik T. Ananda Krishnan. Kumpulan Usaha Tegas mempunyai kepentingan di dalam pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa yang beroperasi dalam beberapa industri termasuk telekomunikasi, media, hartanah, serta minyak & gas. 


Sejajar dengan sokongan Kumpulan Usaha Tegas terhadap bidang seni, pertandingan yang dianjurkan sejak tahun 2001 ini telah membantu ramai pelajar kreatif menelusuri kerjaya seni yang cemerlang, sekaligus mewarnai industri seni Malaysia melalui sumbangan bakat mereka. 



Dengan tema utama tahun ini ‘Warisan Malaysia’, para peserta digalakkan untuk meraih inspirasi daripada warisan tidak ketara negara kita. 


Pertandingan ini turut menyedari kesan pandemik COVID-19 terhadap negara kita, termasuk kawalan pergerakan dan pembatasan interaksi orang ramai, yang secara tidak langsung telah memberi peluang untuk kita menghargai keindahan dalam kesederhanaan kehidupan seharian. Kesedaran ini telah mendorong pertandingan tahun ini untuk menyoroti aspek warisan yang mungkin sering dipandang remeh. 


Warisan budaya tidak ketara merangkumi tradisi lisan, persembahan kesenian, amalan adat dan sosial serta bahan atau alatan kebudayaan. Para peserta digalakkan untuk memberi olahan seni daripada lagenda, tarian rakyat, ritual dan kraftangan negara kita yang tiada tandingnya. 



Bakat-bakat seni muda Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi dijemput untuk menyertai pertandingan ini dan merebut berpeluang untuk memenangi wang tunai dan hadiah berjumlah sehingga RM82,000.


Pemenang tempat pertama untuk setiap kategori akan memenangi wang tunai berjumlah RM8000, naib juara RM3000, pemenang tempat ketiga RM2000. Manakala dua pemenang hadiah saguhati masing-masing akan menerima wang berjumlah RM500. Tidak kurang dari itu, semua pemenang akan turut memenangi sijil penghargaan dan baucar TGV Cinemas bernilai RM500 atau setaraf dengannya, berserta katalog pemenang. 




Pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menghantar penyertaan mereka sehingga 15 Oktober 2020. Peserta boleh menghantar seberapa banyak hasil seni yang ingin ditandingkan. Karya yang dihasilkan perlulah terdiri daripada salah satu kategori berikut: minyak atau akrilik, cat air, arang, pensel atau dakwat, seni cetakan serta media campuran. 


Para pelajar boleh mendaftarkan penyertaan di tiny.cc/UTH2020 atau menghubungi Jawatankuasa Usaha Tegas Heritage untuk maklumat lanjut seperti yang tertera:


Alamat Emel:  utheritage@ut.com.my

Nombor Telefon:  03 2380 6688 (Ranjina/Faridah)                     

Instagram: @heritageartcompetition






0 comments: