Drama Suamiku Lelaki Pendosa Di Angkat Drama Terbaik Pada Malam Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 | Dunia Penuh Gosip

Drama Suamiku Lelaki Pendosa Di Angkat Drama Terbaik Pada Malam Tonton Anugerah Drama Sangat 2023

Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 telah berlansung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan bersiaran secara lansung di saluran TV3 pada hari Ahad, 12 Mac 2023 pukul 9:00 malam dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah.



TADS mempertandingkan 8 kategori undian penonton iaitu drama popular, drama adaptasi novel terbaik, pelakon lelaki popular, pelakon wanita popular, pasangan drama terbaik, OST terbaik, Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton.



Manakala 7 lagi kategori dari penilaian juri professional pula drama terbaik, pengarah terbaik, penulis skrip terbaik, pelakon lelaki terbaik, pelakon wanita terbaik, pelakon antagonis terbaik dan satu anugerah baharu iaitu drama tebaik yang di tayangkan di 8TV. 

Senarai Pemenang Tonton Anugerah Drama Sangat 2023

Drama Terbaik : Suamiku Lelaki Pendosa - Global Station Sdn. Bhd.
Drama Popular : Bisik-Bisik Gelora - Global Station Sdn. Bhd.
Drama Terbaik 8TV : My Dream My Wish
Pengarah Terbaik: Suamiku Lelaki Pendosa - Eyra Rahman
Penulis Skrip Terbaik : Ayahanda - Wan Mahani Wan Hassan & Maizura Mohd Ederis
Pelakon Lelaki Terbaik : Dato Aaron Aziz - Suamiku Lelaki Pendosa
Pelakon Wanita Terbaik : Ummi Nazeera - Risik Pada Hati
Pelakon Lelaki Popular : Redza Rosli - Kekasih Hati Mr. Bodyguard
Pelakon Wanita Popular : Anna Jobling - Melur Untuk Firdaus
Pelakon Antagonis Terbaik : Gambit Saifullah - Suamiku Lelaki Pendosa
Pasangan Drama Terbaik : Meerqeen & Anna Jobling - Melur Untuk Firdaus
OST Terbaik : Nafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul - Kekasih Hati Mr. Bodyguard
Drama Novel Adaptasi Terbaik: Melur Untuk Firdaus - A-Ten Alliance Sdn. Bhd.
Anugerah BBNU Tonton : Aniq Suhair - Tahyul
Oppa Pilihan Tonton : Cha Eun-Woo







0 comments: