Dunia Penuh Gosip - AME2021 Dunia Penuh Gosip: AME2021 - All Post
Memaparkan catatan dengan label AME2021. Papar semua catatan
Setelah beberapa kali ditangguhkan akibat pandemik bermula daripada tahun lepas lagi hingga ke tahun ini majlis Anugerah MeleTOP ERA 2021 telah berlangsung dengan jayanya di PICC Putrajaya dan secara langsung di Astro. Penyanyi, Shiha Zikir mencipta sejarah tersendiri apabila mendominasi Anugerah Meletop Era 2021 (AME 2021) dengan membawa pulang lima anugerah termasuk anugerah Top Top MeleTOP Wanita.



Bagi kategori tersebut Shiha membawa pulang RM10,000 dan sebuah trofi. Shiha pada malam berprestij itu turut membawa pulang empat anugerah lain termasuk Artis Versatil MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP serta dua anugerah yang dimenangi bersama penyanyi rap, Noki iaitu Duo MeleTOP dan Lagu MeleTOP. Pencapaian Shiha itu meleburkan rekod dipegang penyanyi Siti Nordiana yang memenangi tiga anugerah pada AME 2020.

Sementara itu, penyanyi berbakat besar, Khai Bahar tidak pulang dengan tangan kosong apabila merangkul anugerah Top Top MeleTOP Lelaki sekaligus membawa pulang RM10,000 dan trofi.



Malam gilang gemilang itu juga diserikan dengan persembahan istimewa antaranya daripada penyanyi nombor satu negara, Dato' Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu 'Kuasa Cinta' serta penyanyi berprofil tinggi, Dayang Nurfaizah dan Kumpulan Search. AME 2021 dikendalikan tiga pengacara tersohor, Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Senarai penuh pemenang AME 2021 :

Lagu MeleTOP: Shiha Zikir & Noki (Aewo)
Filem MeleTOP: Ada Apa Dengan Dosa
Bintang Filem MeleTOP: Shiha Zikir
Personaliti TV MeleTOP: Jihan Muse
Penyanyi MeleTOP: Khai Bahar
Couple MeleTOP: Emma Maembong & Muhammad Shazli
Si Cilik MeleTOP: Arianna Aubrey & Karl Kareef
Pelakon MeleTOP: Fasha Sandha (Sihir Pemisah)
Program MeleTOP: Konsert Minggu Ini (Khai Bahar)
Artis Baharu MeleTOP: Dini Schatzmann
Artis Versatil MeleTOP: Shiha Zikir
Video MeleTOP: Wany Hasrita (Canggung)
Grup/Duo MeleTOP: Shiha Zikir & Noki
Drama MeleTOP: Kampung Pisang Bersiri-Siri
Influencer MeleTOP: Dr. Say
BBNU MeleTOP: Alyssa Dezek
Anugerah Legend MeleTOP: Roslan Aziz
Anugerah Sepanjang Zaman: Hamid Ghurka
Anugerah Khas MeleTOP: Datuk Aznil Hj Nawawi
Top Top Duo MeleTOP: Dolla
Top Top MeleTOP Lelaki: Khai Bahar
Top Top MeleTOP Wanita: Shiha Zikir