Dunia Penuh Gosip - Anugerah Melodi Dunia Penuh Gosip: Anugerah Melodi - All Post
Memaparkan catatan dengan label Anugerah Melodi. Papar semua catatan
Anugerah yang julung kalinya diadakan ini mengiktiraf artis dalam dunia hiburan ini melalui pilihan peminat mereka. Anugerah Melodi anjuran bersama TV3 dan disokong oleh TV9, portal video Tonton, Kool FM, HOT FM dan Studio 8 telah ditayangkan secara langsung pada 10 Disember 2016 bertempat di Dewan Tun Dr Ismail PWTC Kuala Lumpur.


Kemenangan juga banyak yang telah diramalkan dan tahniah buat semua barisan pemenang pada malam tersebut. Barisan pemenang telah ditentukan melalui undian sepenuhnya penonton di www.anugerahmelodi.com.my. Di senaraikan semua pemenang mengikut 10 kategori yang dipertandingkan. 

Personaliti Filem Melodi - Zizan Razak
Personaliti Muzik Melodi - Ayda Jebat
Personaliti Drama Melodi - Fattah Amin
Personaliti Pengacaraan Melodi - Neelofa
Personaliti Komedi Melodi - Jep Sephatu
Personaliti Sukan Melodi - Dato' Lee Chong Wei
Personaliti Pasangan Sensasi Melodi - Akim & Stacy
Personaliti Media Sosial Melodi - Ayda Jebat
Personaliti Fesyen Melodi - Nazim Othman
Personaliti Sensasi Melodi 2016 - Ayda Jebat

Anugerah Khas
Personaliti Luar Negara Melodi 2016 - Afghan
Personaliti Drama Korea Paling Berpengaruh - Park Bo-Gum




Buat julung kalinya, program infotainmen paling popular, Melodi mempersembahkan acara berprestij iaitu Anugerah Melodi 2016! Acara anugerah sensasi tanahair yang paling dinantikan ini bakal memberikan pengiktirafan kepada para aktivis seni tanahair yang pastinya memberikan impak hebat dalam pesada hiburan tempatan!


Mampukah anugerah ini menyaingi anugerah lain yang telah lama tertapak dalam industri atau hanya anugerah suka-suka sahaja. Korang boleh mula mengundi semua pencalonan akhir ini melalui dalam talian. Pastikan artis kesayangan anda menang mengikut kategori yang telah dicalonkan. Anugerah ini bakal berlangsung pada 10 Disember 2016 secara langsung di TV3.


Senarai penuh pencalonan Anugerah Melodi 2016.

PERSONALITI SENSASI MELODI 2016 (*Anugerah Utama / Ultimate Award)
1) Sharnaaz Ahmad
2) Mira Filzah
3) Janna Nick
4) Ayda Jebat
5) Zizan Razak

PERSONALITI FILEM MELODI
1) Shaheizy Sam
2) Zizan Razak
3) Shamsul Yusof
4) Nabila Huda
5) Bront Palare

PERSONALITI MUZIK MELODI
1) Yuna
2) Faizal Tahir
3) Akim Ahmad
4) Ayda Jebat
5) Shila Amzah

PERSONALITI DRAMA MELODI
1) Saharul Ridzwan
2) Mira Filzah
3) Janna Nick
4) Fattah Amin
5) Amyra Rosli

PERSONALITI PENGACARAAN MELODI
1) Awal Ashaari
2) Fauziah Dato Ahmad Daud
3) Alif Satar
4) Neelofa
5) Datuk Rosyam Nor

PERSONALITI SUKAN MELODI
1) Datuk Lee Chong Wei
2) Pandelela Rinong
3) Abdul Latif Romly
4) Ridzuan Puzi
5) Muhammad Ziyad Zolkifli

PERSONALITI KOMEDI MELODI
1) Abam
2) Achey
3) Mark Adam
4) Ebby Yus
5) Jep

PERSONALITI PASANGAN SENSASI MELODI
1) Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
2) Awal Ashaari & Scha Alyahya
3) Zain Saidin & Rozita Che Wan
4) Yusry & Lisa Surihani
5) Akim & Stacy

PERSONALITI MEDIA SOSIAL MELODI
1) Nelydia Senrose
2) Nora Danish
3) Emma Maembong
4) Ayda Jebat
5) Zizan Razak

PERSONALITI FESYEN MELODI
1) Wak Doyok
2) Nazim Othman
3) Rozita Che Wan
4) Fazura
5) Zahirah Mcwilson