Dunia Penuh Gosip - Dai Dunia Penuh Gosip: Dai - All Post
Memaparkan catatan dengan label Dai. Papar semua catatan
Siapa sangka dari seorang Mualaf kini mampu bergelar juara DA’I musim keenam. Tahniah kepada  Muhammad Adam Muhibullah Abdullah yang berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM60,000 berserta trofi dan tiket umrah untuk dua orang tajaan Almas Beauty & Health. Anak kelahiran Ranau, Sabah itu turut diangkat sebagai Da'i Pilihan Almas menerima wang tunai RM2,000 dan produk Almas bernilai RM2,000.


Manakala dua lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Da'i Imran Mohd Zaki dan Da'i Haziq Safwan Norazman masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan berkenaan. Imran membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000, trofi dan tiket umrah untuk seorang, sementara Haziq pula memperoleh wang tunai RM10,000, tambahan wang sagu hati RM2,000 serta produk Almas bernilai RM2,000.

Haziq turut dinobatkan sebagai Da'i Pilihan penonton menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan juga sebuah trofi. Da'i Pendakwah Nusantara musim keenam diacarakan Datuk Rosyam Nor dan Da'i Izzhar dengan diadili juri tetap Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud serta Profesor Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail.

Peringkat akhir pertandingan itu turut diserikan dengan kehadiran Oki Setiana Dewi sebagai Tetamu Nusantara. Juga turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan iaitu Tomok, Aizat Amdan dan Azmi Caliph Busker. Tahniah kepada semua peserta Dai' tahun 2018.






Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga peserta peringkat akhit program dakwah di TV3 Da'i yang telah masuk musim ke 5 tahun ini. Tahniah sekali lagi kepada Da'i Hakim, Da'i Fahmi dan satu-satunya peserta wanita ke peringkat akhir iaitu Da'i Afiqah. Anda semua memang hebat dan hanya rezeki sahaja penentu pada malam akhir itu.


Akhir segala telah ditentukan tuhan juara milik Da'i Hakim yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai, trofi Da'i dan juga pakej umrah. Progrma ini telah berlangsung di Sri Pentas 2 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, minggu lalu. Difahamkan, rancangan dakwah musim terbaru dalam misi mencari pendakwah pada peringkat akhir Ahad lalu, berjaya meraiah 3.6 juta penonton.

Manakala Da’i Afiqah dan Da’i Fahmi yang telah merangkul tempat kedua dan ketiga. Selain itu, Da’i Aiman telah dipilih oleh penaja utama, Almas Beauty and Health sebagai Da’i Pilihan Almas.

Setiap peserta diberikan masa lima minit untuk dua tema persembahan iaitu Masyarakat Kini dan Bebas. Penilaian pada peringkat akhir itu dilakukan dua juri tetap iaitu Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail.







Program realiti berkonsepkan dakwah islamiah Dai Pendakwah Nusantara musim ke empat kini sudah menutup tirai pada Ahad 9 Oktober 2016 bertempat di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral Shah Alam. 3 peserta akhir bersaing pada malam tersebut untuk merebut gelaran juara.


Rezeki milik Dai Niezal yang telah dipilih oleh barisan juri pada malam tersebut. Anak kelahiran Terengganu ini membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, trofi, pakej umrah untuk 2 Orang dan hadiah iringan tajaan Almas. Tempat kedua pula milik Dai Nasrul dan ketiga milik Dai Saiful yang masing-masing membawa pulang hadiah RM5,000 berserta hadiah iringan tajaan Almas.

Tahniah TV3 sekali lagi berjaya melahirkan pendakwah melenia yang akan terus memperjuangkan sunnah Rasullullah di dunia akhir zaman ini. Moga lepas ini program tv lain juga turut mengikut jejak ini untuk meramaikan lagi pendakwah di negara kita.