Dunia Penuh Gosip - Datuk Aznil Hj Nawawi Dunia Penuh Gosip: Datuk Aznil Hj Nawawi - All Post
Memaparkan catatan dengan label Datuk Aznil Hj Nawawi. Papar semua catatan
Tak habis2 timbulkan kontrol versi seorang DIVA yang dapat status artis paling suka timbul kontrol versi di Malaysia sapa lagi kalau bukan Diva AA atau Azwan Ali. Sebelum ini isu pasal restoran steak "Menate" beliau memaki hamun peminat2nya di laman twitter. Kemudian isu pasal rendang Azwan yang juga jadi isu apabila peminat melaga2kan beliau dengan Datuk Aznil setelah pengacara tersebut menghadiahkan sticker rendang kepada AA. 


Banyak lagi kontrol versi yang nampak seperti saja diprovok kepada Diva AA ini. Tapi Azwan juga cepat melatah dan cepat memandang sesuatu itu kepada isu yang berat padahal ia adalah salah tafsir sahaja. Kini Azwan Ali timbul pula dengan isu tentang status beliau di laman Instagram terhadap satu produk kicap.

Kalau korang perasan iklan kicap ini telah keluar tahun 2015 lepas dengan terlihat kelibat pengacara popular Pak Nil yang menjadi antara pelakon dalam iklan tersebut. Produk kicap yang di maksudkan adalah Kicap Tirana. Azwan menerusi laman Instagramnya sebelum ini, memuat naik komen dan video berunsur provokasi ke atas iklan Kicap Tirana yang ditayangkan di televisyen, yang menampilkan pengacara popular tersebut. Azwan turut mengajak pengikut Instragramnya bersama-sama mengutuk iklan tersebut dengan menawarkan rendang buatannya secara percuma.

Atas sebab2 rasa seperti satu penghinaan dan juga kritikan yang sangat2 menjatuhkan produk tersebut maka pihak pengurusan Tirana Products Sdn Bhd telah mengambil tindakan untuk menyaman Azwan Ali. Namun mereka masih memberi peluang kepada diva ini untuk membuat tindakan maaf secara bertulis dalam tempoh 14 hari yang di tetapkan.

Apa pun seperti nampak Azwan tidak takut atas tindakan itu dan seperti mahu melawan semula daripada pihak Kicap Tirana. Sudah2lah tu Azwan sebelum ni orang kritik kau punya produk rendang yang tak seberapa tu kau marah dan melenting. Kali ni kau kutuk produk orang pula memang lah dia marah dan kau sebagai seorang selebriti pulak tu. Apa pun tindakan untuk maaf- bermaafan adalah terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku ini. Moga Diva AA terus mendapat hidayah dari kebaikan beliau menunaikan umrah sebanyak 8 kali Amin.








Program rancangan TV terbaru keluaran Astro, Seiras Seirama telah mula siaran pada 20 Dec 2015 yang lepas di Astro Ria. Menampilkan ikon pertama yang menjadi idola semua orang iaitu Dato Jamal Abdillah. Pada malam tersebut seramai 4 orang peserta yang telah datang ujibakat telah di pilih bagi peringkat saringan itu. Ujibakat yang di adakan sebelum ini melalui online dan juga ujibakat di studio telah menarik ramai penyertaan.


Pada malam tersebut 4 peserta bertuah berentap dengan menyanyikan lagu pilihan mereka yang berkaitan dengan ikon mereka sendiri iaitu Dato Jamal Abdillah. Daripada 4 peserta 2 sahaja akan layak untuk peringkat kedua pada malam tu di mana ia adalah peringkat battle. Mereka akan menyanyikan satu lagu pilihan Ikon tersebut dan kedua2 akan menyanyikannya. Seorang juara mingguan akan di pilih dan di bawa keperingkat seterusnya.


Namun ada cerita yang kurang menyenangkan buat pengacara pada malam tersebut. Tersebar di apps whatapps yang menunjukan bahawa pakaian yang dikenakan oleh pengaraca pada malam itu adalah pakaian murah. Dalam whatapps tersebut membandingkan pakaian pengacara tersebut dengan alas meja rumah yang boleh di beli di kedai pekakasan. Namun tidak di nyatakan lebih detail tentang pembandingan tersebut.


Untuk pengetahuan semua pengacara pada malam itu adalah Datuk Aznil Hj Nawawi. Adakah perkara ini benar atau hanya tuduhan semata2 itu hanya Datuk yang boleh jawab. Bagaimana pemilihan pakaian dan sekiranya ia adalah tajaan pakaian pada malam rakaman program ini bagaimana ia dibuat. Sapa tak kenal Datuk Aznil Hj Nawawi pengacara popular yang telah menang anugerah itu sebanyak 9 kali dalam ABPBH.