Dunia Penuh Gosip - Denaihati Network Dunia Penuh Gosip: Denaihati Network - All Post
Memaparkan catatan dengan label Denaihati Network. Papar semua catatan
Mesti ramai menanti2kan program Sepetang Bersama Blogger yang telah masuk tahun ke 5 tahun ini. Ini kerana bagi kebanyakkan blogger yang pernah menyertai program ini sebelum ini sangat berpuas hati dengan penganjuran program yang mengumpulkan seramai mungkin blogger seluruh Malaysia. 


Tahun ini pula program ini kembali kepada format yang asal dimana perkongsian ilmu dan juga program beramah mesra dengan blogger diadakan dalam satu dewan besar. Program tahun ini dianggarkan melibatkan lebih ramai daripada sebelum ini dan mungkin akan dapat mengumpulkan 500 orang blogger dan penggiat media sosial di Malaysia.

Pada korang yang rasa mahu sertai program terbesar blogger Malaysia ini boleh buat pendaftaran awal di laman sesawang SBB.my. Ini kerana pendaftaran awal akan dapat diskaun bayaran dan hanya perlu bayar RM30 sahaja untuk seorang. 

Jangan bimbang kerana bayaran yang dikenakan bebaloi dengan apa yang korang akan dalam sepenjang program sehari ini. Bukan setaka ilmu yang berguna tetapi hadiah2 yang menarik dan mewah menanti mereka yang bertuah. Juga buah tangan daripada penaja2 besar yang dikatakan paling banyak tahun ini.

Di antara penaja2 besar yang terlibat bagi merialisasikan program ini adalah amnahome.com, Aleeya's Kitchen, ZEETA dan Ephyra. Juga tidak ketinggalan penaja2 lain seperti CVS Production, Les'Copaque, Abang Hensem, AHB, Yeo's, eQurban, Kotak Lensa, Jus Abang Bob, Sohaini Cookies dan juga Denaihati Network