Memaparkan catatan dengan label DiGi Wwwow. Papar semua catatan
Ini tahun ke 3 anugerah untuk peminat dan juga pengguna internet teger di seluruh Malaysia daripada DiGi. Anugerah khas ini adalah untuk menghargai aktiviti dan juga jasa pengiat internet kepada bangsa, agama dan negara. Wow dah mcm besar jer anugerah ini tapi itulah sebenarnya besarnya pengaruh internet kepada pengguna dan juga pembaca di seluruh Malaysia.


Caya atau tidak sesuatu perkara boleh tersebar seluruh dunia kurang daripada 1 saat. Inilah kehebatan internet sekarang perkara baik atau buruk tiada batasan. Tapi sebagai pengguna yg bijak kita kena pandai menilai baik dan buruk sesuatu yg dtg dalam internet itu. Sebab itu munculnya anugerah DiGi Wwwow ini utk menghargai mereka yg menggunakan internet ke arah kebaikan. 


Dalam anugerah ini DiGi telah bekerjasama dengan 19 rakan kongsi jenama dan syarikat-syarikat yang percaya dalam kuasa Internet untuk memberikan RM165, 000 hadiah wang dan juga hadiah percutian ke beberapa negara untuk mengacari pengalaman berharga. Wow untunglah org glamor dalam internet ni kan. Anugerah ini terbuka bukan sahaja kepada pengiat blogger malah juga kepada pengguna Facebook, Twitter, Youtube dan sebagainya.

Calonkan diri anda utuk kategori2 yang di perntandingkan ini dan setelah itu dapatkan undian daripada peminat dan pengikut setia anda untuk memastikan anda terus berada di top 5 dan terus mara ke peringkat akhir. Pendaftaran di buka dari 18 mei-23 Jun 2013, di sini adalah 4 langkah mudah yang akan membawa anda ke sana:

 
  1.      Log masuk melalui Facebook, Twitter atau Akaun Google+ anda di www.wwwow.my.
  2.      Pilih kategori anda paling berminat untuk menyertai.
  3.      Hantar gambar anda dan termasuk semua butir-butir yang berkaitan dalam penghantaran anda.
  4.      Menyebarkan berita dan mendapatkan pengikut anda untuk mengundi untuk anda!