Dunia Penuh Gosip - Duta TN50 Dunia Penuh Gosip: Duta TN50 - All Post
Memaparkan catatan dengan label Duta TN50. Papar semua catatan
Tahniah satu lagi pencapaian yang sangat membanggakan buat pelakon dan host televisyen popular negara iaitu Neelofa apabila hari ini beliau secara rasminya dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia. Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata pelantikan tersebut telah diluluskan sebulat suara oleh ahli lembaga pengarah.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes, berkata Neelofa adalah tambahan hebat kepada lembaga yang dapat memberikan pengalamannya sebagai seorang usahawan, pencipta dan pemain industri.

Beliau berkata Neelofa akan dapat memberikan pandangan baru dalam perniagaan AirAsia kerana ia berubah menjadi sebuah syarikat penerbangan digital. Menurut Neelofa pula pelantikan itu bukan sahaja merupakan pencapaian bagi dirinya, tetapi untuk semua wanita di Malaysia.

Apakah perubahan yang bakal dibawakan oleh wakil Duta TN50 ini terhadap penerbangan tambang murah itu. Adakah selepas ini semua pramugari muslim akan digalakan untuk memakai hijab bagi membuktikan tiada diskriminasi dalam syarikat penerbangan untuk pekerja muslimnya. Juga tidak mustahil bahawa semua produk tudung Neelofa akan mula dijual dalam semua penerbangan AirAsia.

Apa pun ia satu keberanian yang bagus buat perubahan yang melihat bahawa wanita ini bukan sahaja cantik tapi perlu bijak dalam membuka mata semua orang. Go Neelofa walaupun ramai yang hentam kerana memperendahkan orang lain tapi ada sikap positif yang masih orang nampak dalam diri beliau.