Memaparkan catatan dengan label Filem Terbaik. Papar semua catatan
Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) telah berlangsung dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) iaitu pada 10 Disember 2021 jam 9.00 malam yang siarkan secara langsung di RTM TV2. FFM merupakan acara kemuncka bagi industri filem Malaysia dimana ianya diadakan setiap tahun bagi menghargai dan menilai mutu kerja filem sepanjang tahun.



Edisi kali ini telah diadakan dengan konsep norma baharu dimana bagi meminimumkan risiko keselamatan dan mengekang penularan Covid-19. Selain itu juga, kali ini pihak penganjur tidak menghebahkan calon Top 5 bagi setiap kategori dan tiada siapa tahu tahu senarai finalis kecuali mereka yang tersenarai sahaja. Terdapat 55 penyertaan filem cereka yang tercalon dalam Festival Filem Malaysia Ke-31 kali ini bagi bersaing dan merebut 28 kategori termasuk trofi utama, Filem Terbaik. Sebanyak 32 filem Bahasa Malaysia, 11 filem Tamil, 8 filem Mandarin dan masing-masing 2 filem Bahasa Inggeris dan Bahasa Iban.



Senarai Pemenang Bagi Setiap Kategori Di Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31)

Filem Terbaik - ROH (Kuman Pictures Sdn. Bhd.)
Pengarah Terbaik - Kabir Bhatia (Sangkar)
Lakon Layar Terbaik - Emir Ezwan (Roh)
Cerita Asal Terbaik - Tan Twan Eng (The Garden Of Evening Mists)
Sinematografi Terbaik - Low Soon Keong (Fly By Night)
Pengarah Harapan - Zahir Omar (Fly By Night)
Pelakon Lelaki Terbaik - Zul Ariffin (Sangkar)
Pelakon Wanita Terbaik - Sinje Lee (The Garden of Evening Mists)
Pelakon Lelaki Harapan - Anding Indrawani (Headhunter)
Pelakon Wanita Harapan - Fify Azmi (Wira)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Remy Ishak (Sangkar)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Junainah M. Lojong (Roh)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Putri Qaseh (Roh)
Penyunting Terbaik - Heng Yin Chau (Fly By Night)
Penataan Bunyi Terbaik - Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal, Shafiq Isa (Ejen Ali The Movie)
Penataan Seni Terbaik - Nazrul Asraff Mahzan (Sangkar)
Anugerah Kesan Khas Visual Terbaik - VHQ Post (M) Sdn. Bhd. (The Garden Of Evening Mists)
Skor Muzikal Asal Terbaik - Reinchez Ng (Roh)
Lagu Tema Terbaik - Ayuhlah - Dato Zainal Abidin (Suatu Ketika)
Tatarias Terbaik - Ella Sandera (Sangkar)
Rekaan Busana Terbaik - Tengku Syahmi (Roh)
Poster Terbaik - Christopher Chua Eng Hui (Walk With Me)
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman - Hajah Fauziah Nawi
Anugerah Khas Belakang Tabir - Dato Seri Dr. Ahmad Nawab
Anugerah Khas Juri 1 - Suatu Ketika (Kash Pictures Sdn. Bhd.)
Anugerah Khas Juri 2 - GERAN (Layar Pictures Sdn. Bhd.)
Anugerah Khas Juri 3 - Headhunter (Indera Asahan Sdn. Bhd.)
Anugerah Box Office - Ejen Ali The Movie