Dunia Penuh Gosip - Hollywood Dunia Penuh Gosip: Hollywood - All Post
Memaparkan catatan dengan label Hollywood. Papar semua catatan
Bintang Hollywood Angelina Jolie dilaporkan memfailkan perceraian daripada suaminya, pelakon, Brad Pitt. Dia juga dilaporkan menuntut hak penjagaan terhadap enam anak mereka, lapor portal berita selebriti TMZ, hari ini.


TMZ mendakwa, Angelina, 41, memfailkan tuntutan cerai di mahkamah pada Isnin lalu atas alasan tiada persefahaman dengan tarikh perpisahan dinyatakan bermula 15 September lalu. Pasangan itu berkahwin pada 2014 selepas tinggal bersama selama 10 tahun. Peguam Angelina, Robert Offer mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan.


“Keputusan ini dibuat demi kebaikan keluarganya. Agelina tidak akan mengulas mengenai hal itu dan meminta dia sekeluarga diberi ruang dan privasi buat masaini,” katanya. Biasalah isu cerai berai dan juga putus dikalangan artis Hollywood seperti mana juga di Malaysia.





Terima kasih kepada ChurpChurp Malaysia kerana memberikan 2 tiket untuk pra tonton filem Into The Storm ini di TGV One Utama. Rasa teruja dan penuh menarik untuk menyaksikan sebuah filem documentari hebat kajian terhadap ribut taufan di Amerika. Mahagosip dapat mengembara dalam sepenjang durasi 1jam 30minit tentang kekuatan ribut taufan dan juga kemampuan manusia untuk menghadapinya.

 

Menonton triller filem ini sahaja dah membuatkan anda begitu teruja untuk merasai situasi sebenar berada di tentgah2 puting beliung yang terbesar dalam sejarah. Filem terbitan New Line Cinema membariskan pelakon2 hebat dan bekarisma seperti Richard Armitage, Sarah Wayne Callies, Matt Walsh, Alycia Debnam-Carey dan Arlen Escarpeta. Baca sedikit sinopsis filem ini yg mampu membuat hati anda sentiasa bedebar2 untuk menunggu setiap bahagian dalam filem ini.


Sipnosis
Dalam tempoh satu hari, bandar Silverton mampu dimusnahkan oleh serangan pernah berlaku sebelum tornado. Seluruh bandar berada dalam keadaan yang tidak menentu dan boleh membawa maut, walaupun penjejak puting beliung meramalkan yang paling teruk lagi akan datang. Kebanyakan orang mencari perlindungan, manakala yang lain berjalan ke arah vorteks, menguji sejauh mana seorang pemburu ribut akan pergi untuk mendapatkan kepuasan dan juga kisah sebenar bila berada dalam puting beliung paling ganas. 

 

Cerita garapan hebat pengarah Steven Quale ini sekali sekala mengusik emosi penonton dengan kisah sedih dan drama kekeluargaan. Di hebatkan lagi dengan aksi ribut yg tidak diduga dan menggerunkan. Namun masih ada kekurangan dalam penggunaan kamera kerana apa bila berada dalam situasi hebat tiada aksi dalam rakaman kamera hanya statik tidak menunjukkan situasi kamera sebenar. Ini filem dokumentari dan banyak pelakon pegang kamera sendiri tapi filem ini tidak menggunakan kedudukan kamera tersebut.

Yang lain filem ini hebat dan menarik untuk di tonton. Mahagosip bagi 3 bintang untuk filem ini. Kalau anda suka pada aksi yg menggerunkan dan juga melihat bagaimana puting beliung pada jarak yg dekat filem ini sesuai untuk anda bermula 8 Ogos 2014 di pawagam berhampiran anda. Walaupun Malaysia jauh daripada bencana ini tapi filem ini mampu membawa anda dekat dengan situasi sebenar.







Movei adaptasi daripada kisah dongeng zaman purba mengisahkan pokok kacang yang tumbuh tinggi sehingga menghubungkan negara manusia dan juga negara gergasi. Ia bagaikan trend pengarah dan penerbit Hollywood untk menjadikan kisah dongeng sebagai sebuah filem hebat. Daripada pengarah Filem X-Man ini telah menggunakan kesan CGI yg cukup hebat. Ia dpt di lihat daripada keserasian watak manusia dan juga gergasi yg tidak nampak genjil dan sungguh teliti.


Biasalah bila tgk citer2 dongeng ni mesti akan terbayang pada aksi dan kehebatan apabila mereka masuk medan perang. Saat2 itu paling seronok bila di tonton rasa mcm berada dalam suasana perang sebang penuh semangat perjuangan mempertahankan negara. Filem ni juga menggunakan kesan bunyi yang menarik dari segi teknikalnya.


Sedikit sinopsis hasil daripada tontonan pada hujung minggu lepas untuk filem ini.


Mengisahkan kehidupan seorang anak petani yg hidup menumpang dengan hanya beradu nasib dengan menjual kuda kepada org. Namun nasib mula berubah apabila beliau bertemu seorang sami yg dalam keadaan sama terdesak utk mendapatkan kuda telah menukarkan ia dengan beberapa butir kacang sakti. Nasihat sami supaya menjaga kacang ini dengan baik dan jgn terkena air. Kelalaian anak remaja ini telah mengakibatkan kacang ini tumbuh pada bawah rumahnya dan pada masa sama seorang putri raja telah lari dari istana dan menumpang di rumah petani tersebut. Nasib tidak menyebelahi putri raja itu apabila pokok kacang telah tumbuh dan membawah beliau bersama dengan rumah petani itu terus naik keatas sehingga ke jajahan tanah milik sekumpulan gergasi. Pengembaraan lebih dasyat apabila kumpulan gergasi ini telah menjumpai sekumpulan manusia yg naik untuk menyelamatkan tuan putri tersebut dan telah merancang untuk turun ke bumi bagi tujaun membalas dendam dan menakluk manusia. Apa kesudahan kena tonton sendiri di pawagam dalam bentuk 3D yg lebih real.


Pasti tidak jemu dan sungguh mengkagumkan degan kesan suasana dunia gergasi dan manusia yg jauh berbeza. Serta semangat perjuangan dan juga mempertahankan negara sangat kuat dalam cerita ini. Namun pasti berakhir dengan kesudahan yg baik dan menyeronokan. Nak tahu kena tonton sendiri dan rasai kehebatan cerita ini. Sesuai untuk di tonton bersama seisi keluarga dan juga anak2.

4.5 bintang / 5 bintang.