Memaparkan catatan dengan label Ikhlas. Papar semua catatan
Jarang kita dapat lihat artis dari 3 buah negara bregabung dalam stu lagu. Kalau ada pun mungkin kadang-kadang jer. Tapi kali ini Dato' Sri Siti Nurhaliza dari Malaysia, Nissa Sabyan dari Indonesia dan Taufik Batisah dari Singapura muncul dengan gandingan melalui lagu Ikhlas. Projek ini telah lama dirancang dan siap sepenuhnya masa bulan Ramadhan yang lalu.


Tapi ia sudah mula dimuat turun di laman Youtube pada raya kedua. Kini muzik video itu telah mendapat lebih daripada 600ribu tontonan dan akan terus meningkat apabila mendapat tontonan peminat 3 selebriti ini daripada 3 buah negara. Ternyata ramai yang memuji kehebatan gabungan ini dan meninggalkan komen yang memberangsangkan.


Lagu hasil dari idea dan kreativiti 3 orang komposer hebat iaitu John Jeevas, Ikhwan Fatanna & Omar K. Video klip ini telah dirakamkan di Taman UPM Serdang. Kalau dengar pada bait-bait lirik ini membuat kita insaf dan ikhlas kepada kurnia dari yang Maha Esa.

Lirik :

Nissa : Sedingin salju
            Selembut bayu
            Menenangkan hatiku
Taufik: Cahaya malam
            Terangi alam
            Memuji kebesaran
Siti : Saat gembira
        Hari bahagia
        Nikmat disyukuri bersama
        Tabah berdoa
        Mohon afwahNya
        Moga dirahmati semua

Pelita hati yang terbuka
Sahut kemenangan akhirnya
Setelah ku harungi dugaanNya
Ikhlaskan jiwa dan setia
Ku laung namaNya dengan cinta
Bergema keagungan di dunia

Taufik : Gema suara
             Syahdu irama
             mewarna suasana
Nissa :  Lautan rindu
             Berombak pilu
             Membawaku padamu

Siti :  Saat gembira
          Hari bahagia
          Nikmat syukuri bersama
          Tabah berdoa
          Mohon afwahNya
          Moga dirahmati semua

Chorus 

Pelita hati yang terbuka
Sahut kemenangan akhirnya
Setelah ku harungi dugaanNya
Ikhlaskan jiwa dan setia
Ku laung namaNya dengan cinta
Bergema keagungan di dunia

Bridge 
Ku yakin akan ada hikmah
Di sebalik segala resah
Ku besyukur atas nikmatMu Yang Esa

Chorus

Kalau sambil nak tidur dengar lagu ni memang rasa sangat mendayu dengan kemerduan suara Biduanita Malaysia Dato' Sri Siti Nurhaliza dimantapkan lagi dengan kelunakan suara Nissa Sabyan serta Taufik Batisah. Satu gandingan yang menjadi dan sangat dinantikan. Moga kerjasama ini dapat diteruskan dengan banyak lagi artis lain agar ukhwah antara 3 negara terus terjalin Tahniah semua.