Memaparkan catatan dengan label Juara Pujaan. Papar semua catatan
Selepas sembilan minggu bersiaran, Juara Pujaan akhirnya menjadi milik Mohamad Syahrul bin Mohamad atau Syahz, 28 yang disiarkan secara langsung di TV2 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri malam tadi. 

Kiri juara Syahz dan kanan tempat ke3 Mimi

Syahz menerima hadiah wang tunai berjumlah RM20 ribu, sijil, trofi dan sebuah motorsikal Modenas. Tempat kedua, Nur Athirah binti Abdul Rahim (Atira Rahim), 24, menerima RM15 ribu, sijil, trofi dan juga sebuah motorsikal Modenas, manakala Norshammeme Arzayma binti Shamsuddin (Mimi), 29, menduduki tempat ketiga dengan membawa pulang RM10 ribu beserta sijil dan trofi. 

Untuk kategori Vokal Terbaik, Atira turut membawa pulang RM5 ribu manakala Muhammad Syafiq Ikhwan bin Ghazali atau Syafeek yang mendapat sorakan paling kuat daripada peminat menerima Kategori Finalis Paling Popular dengan hadiah berjumlah RM 5 ribu. 


Finalis diadili sepenuhnya lima juri profesional iaitu Juliza Adlizan sebagai juri tetap manakala Ketua Juri pada malam akhir ialah pengarah muzik Datuk Mokhzani Ismail. Dalam pada itu komposer Fauzi Marzuki, penyanyi Jaclyn Victor dan Mus May dijemput sebagai juri jemputan.