Memaparkan catatan dengan label Kevin Zahri. Papar semua catatan
Sapa kata kita tidak mampu berusaha dalam mempelajari Al Quran pada usia yang lewat. Al Quran itu perlu di perlajari dan di ngajikan setiap masa dari mula usia muda sehingga kita meninggal dunia. Bukan lah perlu malu sekiranya usia sudah lewat untuk belajar mengaji Al Quran kerana walaupun kita melihat ayat Al Quran sudah mendapat pahala apatah lagi membacanya.


Bukan nak berceramah kepada semua pembaca tapi tersentuh dengan kesungguhan seorang personaliti kesihatan yang popular dengan ilmu senaman dan juga menjaga tubuh badan. Kevin Zahri meluahkan rasa syukur setelah berjaya khatam Quran walaupun pada usianya yang lewat. Status baru beliau pada laman facebook bukanlah bertujuan untuk menunjuk2 tapi nak bagi motivasi kepada semua orang di luar sana.

Korang boleh baca kenyataan yang di tulis oleh Kevin Zahri pada laman facebook mengapa beliau lewat belajar mengaji Al Quran. Tersentuh juga dengan kisah hidup beliau yang dulu langsung jauh kepada semua ilmu agama ini. 


Namun kini setelah berumah tanggah di tambahan pula mempunyai anak2 beliau tekat untuk mempelajari ilmu agama dan khatam Al Quran. Setelah 4 tahun berusaha dengan sikit2 dan kesibukan beliau bekerja maka buat pertama kali beliau khatam juga Al Quran. Tapi langsung tidak rasa malu dan malah rasa syukur sangat dengan kejayaan beliau. Lihat ustazah yang juga mengaja beliau begitu muda tapi langsung tidak melunturkan semangatnya.

Moga niat baik dan juga hasrat murni Kevin Zahri dapat di terima dan terus menjadi pemangkin semangat dan motivasi kepada semua orang di luar sana. Nak belajar Al Quran tidak kira usia dan masa yang penting kesungguhan dan juga niat perlu di betulkan. Agar semua kita mendapat petunjuk dan hidayah daripadaNya untuk mendalami ilmu agama.