Dunia Penuh Gosip - Lumut Eco Run Dunia Penuh Gosip: Lumut Eco Run - All Post
Memaparkan catatan dengan label Lumut Eco Run. Papar semua catatan
Para pecinta alam, atlet, dan pecinta kecergasan dari seluruh pelosok negara dan juga dari negara luar akan beramai-ramai berkunjung ke Lumut dalam negeri Perak Darul Ridzuan yang indah untuk menyertai Lumut Eco Run 2019 pada 2 Mac 2019 (Sabtu).


Acara ini yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia atau Permastautin Tetap dan juga pelari antarabangsa yang berumur 16 tahun dan ke atas sahaja, merupakan julung kali diadakan dan ianya sebahagian daripada kempen larian yang bakal dianjurkan untuk empat tahun berturut-turut bermula tahun ini. Setiap tahun akan membawakan konsep unsur alam semulajadi yang berbeza iaitu :- 

> Tahun 2019 = Tanah
> Tahun 2020 = Air
> Tahun 2021 = Api
> Tahun 2022 = Angin



Acara larian mesra keluarga ini dianjurkan oleh Patriot Malaysia dengan 5 objektif murni yang ingin disemai sebelum, semasa dan selepas berlangsungnya acara larian ini, iaitu :- 

1) Menghidupkan kembali semangat berkomuniti untuk menjaga, memelihara, dan memulihara kawasan setempat.

2) Melibatan semua pihak baik dari peringkat pelajar sekolah dan pengajian tinggi kepada golongan dewasa dan kanak-kanak dalam bersama-sama menggembling tenaga serta idea untuk menjaga alam sekitar.

3) Memupuk semangat anak muda untuk memajukan ekonomi tempatan melalui pelbagai aktiviti perniagaan dengan mengambil kita kehadiran khalayak ramai yang datang berkunjung.

4) Menyegar kembali bandar Lumut sebagai salah satu destinasi pelancongan utama edngan mempromosikan Lumut kembali ke dalam kalender tahunan pelancongan Malaysia.

5) Mempromosikan industri desa dan warisan sekitar Lumut, Setiawan dan Manjung sebagai daya tarikan kepada pengunjung luar. 

Peta laluan untuk larian boleh didapati dalam laman Facebook Lumut Eco Run 2019 di pautan https://tinyurl.com/lumutecorun2019. Manakala maklumat lanjutan berkenaan acara larian ini termasuklah yang berkaitan dengan kategori larian, yuran penyertaan, kutipan pek larian, hadiah-hadiah untuk para pemenang dan dan banyak lagi.





Sekira korang nak mendaftar menjadi peserta larian ini boleh menggunakan kod promo 'BG 003' bagi mendapatkan diskaun 5% untuk pendaftaran. Korang hanya buat pendaftaran di pautan ini  https://www.ticket2u.com.my/event/12497. Daftar sekarang sebelum terlambat kerana penyertaan amat terhad.




Baru-baru ini juga telah diadakan sidang media untuk mempromosikan Lumut Eco Run 2019 yang bertempat di Dorsett Hotel Kuala Lumpur. Juga majlis penyerahan tajaan daripada penaja utama iaitu ULTRON dan Dorsett Hotel sebagai penaja penginapan. Turut hadir merasmikan acara ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk M Noor Azman Bin Taib