Dunia Penuh Gosip - MLM Dunia Penuh Gosip: MLM - All Post
Memaparkan catatan dengan label MLM. Papar semua catatan
Gabungan tiga orang dalam kumpulan Tiro Syarif, Syaiful dan Daniel menjadikan kumpulan ini berjaya bergelar juara MLM 2021 yang telah berlangsung pada malam Jumaat yang lalu. Ini sekali gus mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM500,000.00 dan juga trofi kemenangan pada malam akhir tersebut. Kumpulan ini juga berjaya menewaskan empat lagi kumpulan lain iaitu Puteh yang berjaya ditempat kedua, Boro di tempat ketiga dan juga Bahye dan Tobat berada di tempat keempat dan kelima.



Malah, MLM 2021 musim ini menampilkan sedikit kelainan dengan mewujudkan ‘Sang Bara’ iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad yang menjurikan peserta secara misteri sebelum didedahkan identitinya malam akhir tersebut. Juga turut dijurikan oleh juri tetap iaitu Dato Rosyam Noor, Dania Daniel, Noh Hujan dan Uqasha Senrose. 

Kumpulan Tiro berjaya mendapat lima HA untuk persembahan pertama yang bertemakan bebas dan juga lima HA lagi untuk persembahan kedua untuk tema Muzikal. Maharaja Lawak Mega 2021 telah berlangsung selama 10 minggu dengan disertai oleh 11 barisan peserta yang terdiri daripada gabungan pelawak terkenal tanah air.



Setiap minggu peserta ditugaskan untuk menyampaikan sebuah sketsa lawak dan mereka akan diadili oleh orang ramai iaitu melalui undian online sebanyak 30%, manakala 70% lagi adalah daripada markah juri tetap. Tahniah kepada semua pelawak tanahair dan diharap akan ada pelapis pelawak seperti ini selepas ini kerana sekarang tengan berlangsung di Astro program Mencari Sepahtu Yang Hilang iaitu program realiti mencari pelawak pelapis. Boleh ditonton setiap minggu pada hari Khamis di Astro Warna jam 9.00 malam. 









Melalui persembahan yang menyentuh hati bukan sahaja juri malah juga semua penonton sehingga ada yang mengalirkan air mata melayakkan PUTEH begelar juara Maharaja Lawak Mega 2019. Kemenangn ini sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.


Puteh berjaya memberikan persembahan mantap pada pusingan pertama bertemakan "Bebas" dengan memperolehi '5 HA' daripada Najip Ali. Kumpulan dianggotai Ali, Mamak dan ahli baru iaitu Man juga turut mendapat '5 HA' daripada juri Lisa Surihani yang kelihatan begitu menyentuh hati di pusingan kedua. Puteh juga turut menerima hadiah Oppo Punchline Machine, sebagai peserta yang mendapat markah tertinggi daripada pihak juri.

Manakala di tempat kedua menjadi milik kumpulan trio adik beradik, Zero yang membawa pulang wang tunai RM250,000. Tempat ketiga menjadi milik kumpulan Bocey yang memenangi hadiah wang tunai RM150,000.

Dua lagi finalis J-born dan Rare akur di tempat keempat dan kelima dengan masing-masing menerima wang tunai RM50,000 dan RM15,000. Kelima lima finalis turut membawa pulang trofi.

MLM 2019 berlangsung selama 12 minggu di Royal Teater, Shah Alam dengan Datuk AC Mizal selaku pengacara dan Datuk Jamal Abdillah, Inul, Najip Ali serta Lisa Surihani sebagai juri tetap. Tahniah kepada semua juara dan terus menjadi program lawak pilihan No 1 di Malaysia.







Setalah bertahun menyertai program realiti ini akhirnya kumpulan Shiro semalam berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega (MLM 2018) dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 beserta trofi. Ini kali pertama kumpulan ini melakar kemenangan dalam program terbitan Astro ini.


Duo gandingan Ajak dan Sharol ini mempamerkan persembahan mencuit hati dengan diselitkan pengajaran. Pada malam akhir semua lima peserta MLM membuatkan dua persembahan iaitu bertema bebas dan muzikal.

Shiro menumpaskan juara dua kali berturut-turut Bocey yang akur ditempat kedua dengan hadiah wang tunai RM250,000 dan trofi. Manakala di tempat ketiga milik Zero yang membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 dan trofi.


Dua lagi finalis Puteh dan Taman di tempat keempat dan kelima dengan masing-masing menerima wang tunai RM50,000 dan RM15,000. MLM 2018 berlangsung selama 13 minggu di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam dengan Datuk AC Mizal selaku pengacara. Juga empat juri tetap iaitu Douglas Lim, Tya Arifin, Remy Ishak dan juga Scha Alyahya. 





Siapa sangka dari kumpulan yang di gelar Under Dog sejak mula menyertai Maharaja Lawak Mega tahun 2013. Kumpulan Bocey menepati ramalan apabila mereka bertiga diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2016. Kejayaan ini juga membolehkan kumpulan Bocey menerima hadiah wang tunai RM500,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro.


Kumpulan Joras pula merangkul gelaran naib juara dan memenangi wang tunai RM250,000 berserta sebuah trofi. Kumpulan Puteh sebelum ini yang juga selalu tersingkir awal dalam program ini dan kurang populariti berjaya mendapat tempat ketiga dan memenangi wang tunai RM150,000 berserta trofi. Kumpulan LOL berpuas hati di tempat ke-4 dan memenangi RM50,000 berserta trofi.


Di pertarungan akhir ini, dua tema telah diberikan kepada setiap finalis. Bagi pusingan pertama, mereka akan membuat persembahan bebas dan untuk pusingan kedua, tema muzikal harus dipersembahkan. Siaran langsung ini telah berlangsung dari Stadium Tertutup Perbadanan Pasir Gudang, Johor Bahru. Maharaja Lawak Mega 2016 Akhir telah disiarkan di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula jam 10.00 malam.