Dunia Penuh Gosip - MLS3 Dunia Penuh Gosip: MLS3 - All Post
Memaparkan catatan dengan label MLS3. Papar semua catatan
Kumpulan Ubi menepati ramalan ramai apabila diumumkan juara Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini malam tadi. Ubi yang dianggotai pelawak Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie bersyukur kerana dipilih sebagai pemenang bagi edisi kali ini.



Menerusi persembahan final, Ubi mendapat pujian hebat daripada juri tetap iaitu Najip Ali yang menyifatkan lawak mereka kreatif dan sungguh luar biasa. Kemenangan tersebut melayakkan Ubi pulang dengan hadiah wang tunai bernilai RM150,000.

Sementara itu, kumpulan Cili yang dianggotai Ali Puteh, Achey dan Shiha Zikir diumumkan sebagai naib juara dan menggondol wang tunai sebanyak RM75,000. Shiha yang juga pelakon dan penyanyi popular dan kali kedua menyertai MLS turut menerima gelaran Superstar Paling Gempak untuk edisi kali ini.



Tempat ketiga pula menjadi milik Bahroy yang dianggotai Nizam Jentik Jentik, Shashic Eiwan dan Roy Azman. Kemenangan tersebut melayakkan mereka memenangi wang tunai RM50,000.

Kumpulan OOD yang dianggotai Man Raja Lawak, Chiwan dan Zahid pula sekadar menduduki tempat keempat dengan membawa pulang RM25,000.

Finalis MLS3 diadili 75 peratus oleh juri tetap iaitu Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip, manakala 25 peratus lagi undian daripada penonton awam.