Memaparkan catatan dengan label Mark Adam. Papar semua catatan
Siapa sangka bakat penyanyi Mark Adam teserlah dalam dunia lawak apabila dinobatkan sebagai juara Super Bintang Bersama Bintang (SBBB) 2018. Malam kemuncak SBBB 2018 yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, di sini, diadili juri tetap, Saiful Apek dan juri jemputan, Fasha Sandha. 


Sebaik dinobatkan juara, Mark mengumumkan hasrat memberi RM15,000 setiap seorang kepada Achey, Ajak, Shuk dan Issey yang bersaing dengannya dalam program itu. Niat membahagikan RM60,000 daripada RM100,000 hadiah wang tunai yang dimenanginya pada pentas akhir program realiti itu diluahkan terus setelah diumumkan sebagai pemenang.

Pusingan awal yang dinamakan Arena Bintang Bersama Bintang 2018 adalah medan lawak era baharu yang menonjolkan cabaran enam peserta iaitu Ajak, Issey, Mark Adam, Achey, Shuk dan Abam. Bagaimanapun, Abam menjadi peserta tunggal yang tersingkir pada episod penyingkiran minggu keenam program realiti itu.

Setiap minggu, peserta paling menyerlah dengan sketsa sarat mesej berpeluang membawa pulang RM10,000.