Dunia Penuh Gosip - Misha Omar Dunia Penuh Gosip: Misha Omar - All Post
Memaparkan catatan dengan label Misha Omar. Papar semua catatan
Lama sebelum ini kita tidak mendengar cerita dan kisah tentang artis yang dulu popular dengan lagu Bunga-bunga Cinta. Misha Omar yang dulu juga pernah popular dengan lagu Pulangkan dan juga Angin Syurga pada tahun 2012. Agak lama menyepi setelah berumah tangga pada tahun 2014 bersama pasangan pilihan Firos.


Kali ini Misha Omar telah kembali dengan lagu baru tapi lagu kali ini duet bersama Hafiz Suip. Lagu Terimaku Seadanya ciptaan sepenuhnya oleh komposer popular iaitu Ajai. Official video muzik lagu ini juga telah berada di youtube sejak 22 Jan 2016 lagi dan telah di tonton 6 ribu orang. 


Misha juga tahun ini lebih banyak menonjol di kaca tv melalui beberapa program seperti Juara Parodi dan Seiras Seirama di Astro. Adakah tahun 2016 ini akan melonjak semula nama Misha Omar seperti mana pada tahun 2002 dahulu. Mampukan Misha Omar mengembalikan sengatnya kepada kerinduan peminat2nya. Terus menyokong artis tempatan.