Dunia Penuh Gosip - Movie Dunia Penuh Gosip: Movie - All Post
Memaparkan catatan dengan label Movie. Papar semua catatan
Selalu kita tengok hero pujaan ramai sapa lagi kalau bukan Datuk Aaron Aziz memegang watak seorang lelaki romantik dan juga seorang pengganas dalam filem sebelum ini. Tapi kali ini nampaknya Aaron tampil dengan watak seorang pegawai anggota seragam yang berketrampilan dan dedikasi dalam menjalankan tugasnya.


Begitu juga dengan penampilan Datuk Awie dalam filem ini akan membuatkan anda rasa lama tidak lihat aksi serius dan ganas Awie. Kalau sebelum ini selalu tonton Awie yang sering dikaitkan dengan filem unsur komedi tapi kini penampilan Awie sebagai seorang pengganas. Tapi beliau masih mengekalkan sedikit humor yang dapat menjentik rasa kelakar dalam diri penonton.



Itu yang dibawakan dalam filem terbaru yang hangat diperkatan 2018 terbitan Dream Pictures Production. Filem yang bakal menggegarkan pawagam seluruh Malaysia iaitu filem Operasi X. Dari trailer yang telah keluar di laman Facebook atau Youtube anda boleh dapatk rasakan bagaimana jalan cerita dan aksi yang dilakukan. Juga kesan bunyi dan stunt yang menarik bersama dengan effect yang tiada dalam filem-filem sebelum ini. Korang boleh tonton trailer penuh kat bawah ni untuk dapatkan mood bagi pergi tonton kat pangung nanti.


Saya banyak kali juga play menonton trailer Operasi X Movie memang sangat gempak. Dalam trailer tu ternampak penampilan khas Datuk Yusof Haslam. Lama datuk tidak muncul berlakon dalam filem. Sedikit sinopsis tentang filem ini yang telah dikomen oleh mereka yang telah menonton filem ini.

'Kisah tentang ASP Redzuan lakonan Aaron Aziz kehilangan kepercayaan terhadap rakan-rakannya ketika dia menyaksikan kematian sahabatnya, Inspektor Aman lakonan Hairi Safwan, yang menurutnya telah dibunuh oleh polis. Beliau kemudian memutuskan perhubungan dengan semua orang dan mula hidup di pulau terpencil, menyembunyikan identiti sebenar dari penduduk di sana. Namun Dato 'Mokhtar lakonan Datuk Yusuf Haslam dari Bukit Aman berjaya mengesannya. Beliau kemudian ditugaskan mengetuai operasi yang dikenali sebagai Operasi X untuk membanteras Belut Gang yang diketuai oleh Belut lakonan Awie.'


Terdapat gandingan pelakon baru dan lama dalam filem ini seperti Hanna Aqeela, Hairul Azreen, Hefny Sahad, Shima Aris, Amerul Affendi, Nashra, Nasir Bilal Khan, Rahhim Omar, Azzahra Ahmad dan Zaidi Omar. Pastinya ia satu filem yang menarik dan penuh dengan suspend serta menggunakan teknologi CGI untuk merealisasikan suasana ganas dan mendebarkan.


Filem ini akan mula tayangan 1 November 2018 di seluruh pawagam di Malaysia dan bakal membuat anda rasa nak ke panggung menonton filem ini. Nak tahu adakah gabungan Aaron Aziz dan Awie dalam filem Operasi X satu yang menarik atau hanya retorik. Rasa tak sabar nak pergi tonton hujung minggu ini dengan kawan kerana nak tahu sangat penghujung kepada filem bukan aksi tapi mengandungi aksi didalamnya.







Kelainan yang di bawa kali ini menurut penerbit Aziz M.Osman yang telah lebih 20 tahun dalam dunia seni lakonan ini cukup meyakinkan. Sebelum ini beliau cukup di kenali dengan filem cinta dan juga komedi. Namun kerana peredaran masa membawa beliau untuk berubah angin kepada filem seram yang lain daripada lain.


Oleh sebab itu maka wujudnya sebuah filem baru yang kini telah berada di pawagam iaitu Jengka. Filem seram berdurasi 1jam 20minit ini menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Riezman Khuzaimi sebagai Basir, Ramona Zamzam (Nini) Afida Es (Mak Fida), Raja Azrey (Along), Eyka Farhana (Aqish), Jobot (Ustaz Mizi) dan Sahiddin (Nyun).


Menurut beliau kisah ini di filemkan selepas mendengar sendiri cerita yang sebenar di ceritakan kepada beliau oleh penduduk Jengka semasa beliau melakukan pengambaran 10 tahun lalu. Oleh kerena ia adalah sebuah cerita yang benar dan menarik kini telah di filemkan untuk tontonan umum. 

Sinopsis filem Jengka

Cerita mengisahkan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata mereka tetapi dengan keadaan yang tidak mengizinkan membuatkan si isteri ingin bersalin di kampung halaman beliau iaitu Jengka Pahang. Bagaimanapun, mak bidan yang dijemput datang ke majlis itu menasihatkan Nini supaya tidak dibebankan dengan tekanan perasaan. Ini kerana, Nini akan diganggu ‘semangat tidak baik’. 


Malangnya, pada majlis kenduri itu Nini mengetahui kecurangan Basir yang memiliki kekasih gelap. Akibat kecewa dan memberontak, Nini akhirnya lari dari rumah. Nini menyusup masuk ke ladang kelapa sawit yang didakwa ‘berpenunggu’ dan hilang secara tiba-tiba. Bahkan, paling megejutkan Basir, along dan orang kampung hanya mendengar jeritan Nini dan tangisan bayinya. Apa yang berlaku dan bagaimana kesudahan filem ini saksikan di pawagam berhampiran anda sekarang.








Kini satu lagi animasi bakal menggegarkan dunia kartun di Malaysia setelah kejayaan Upin & Ipin. Puteri adalah sebuah lagi siri animasi hasil karya syarikat animasi Les' Copaque Production yg popular di Malaysia. Animasi ini telah mula ditayangan di TV3 pada 20 November yg lalu pukul 9 malam. Hari pertama tayangan sahaja telah mendapat sambutan yg luar biasa di Malaysia.


Animasi ini menceritakan tentang kisah 5 org Puteri yang hidup di sebuah Kerajaan Limau. Manis mempunyai suara yang merdu, Kasturi mempunyai hati seorang pahlawan, Purut yang pemalu, Bali seorang yang penyayang and Nipis si budak nakal bersama kucingnya bernama Jebat. Masing-masing dari lima beradik mempunyai kemampuan yang luar biasa yang apabila digabungkan, mampu menjaga keamanan dan keharmonian dalam kerajaan dengan mengalahkan ancaman jahat, makhluk mistik, dan sihir gelap


Animasi yg di hasilkan ini adalah dari team yg sama seperti animasi sebelum ini namun keperincian di jelaskan dan segala pegerakan dan warna juga telah di tambah baik untuk hasil yg lebih kemas. Animasi ini juga mempunyai runut bunyi lagu Puteri yg di nyanyikan oleh penyanyi cilik Adreena. Menonton untuk episod pertama sahaja begitu mengujakan sekali hasilnya dan pasti ia akan menjadi fenomena hebat seperti Upin & Ipin.






Kali ni review sebuah filem animasi berteknologi tinggi dari penerbit Laika. Terima kasih kepada ChurpChurp atas tayangan perdana filem ini di TGV One Utama baru2 ini. Mahagosip teruja juga untuk tonton filem animasi walaupun rasa filem ini sesuai untuk kanak2. Filem yg di adaptasi daripada sebuah novel "Here Be Monsters!" mengisahkan kehidupan The Boxtrolls di dunia bawah tanah.


Sedikit sinopsis tentang filem ini.
"The Boxtrolls, komuniti yang aneh, makhluk nakal tapi penuh kasih sayang telah dibangkitkan seorang budak lelaki yatim bernama Eggs. Membina rumah gua yang menakjubkan di bawah jalan-jalan di kampung Cheesebridge. Apabila penjahat di bandar ini, Archibald Snatcher datang dengan rancangan untuk menyingkirkan The Boxtrolls, Eggs memutuskan untuk meneroka di atas tanah di mana dia bertemu dengan Winnie Portley-Rind. Bersama-sama, mereka merangka pelan berani untuk menyelamatkan keluarga Eggs. Adakah misi mereka berjaya bagaimana kesudahannya..."


Membariskan suara latar dari pelakon hebat seperti Isaac Hempstead-Wright suara Eggs, Elle Fanning suara Winnie Portley-Rind, Ben Kingsley suara Archibald Snatcher penjahat, Dee Bradley Baker suara Fish, Wheels dan Bucke. Cerita ini ringan dan mudah untuk di fahami sesuai untuk golongan kanak2 yg suka kepada watak comel dan kelakar. Dalam jalan cerita ini di terapkan unsur humor untuk menghiburkan penonton.


Bagi Mahagosip filem ini bagus untuk tontonan kanak2 di musim cuti sekolah ini, jadi ibu bapa gunakan masa cuti ini untuk bawa anak2 anda menoton filem ini yg bermula tayangan di Malaysia 11 September 2014 ini. Bagi Mahagosip filem ini 3 bintang dan animasi juga bagus. Jgn lupa untuk menonton ok.







Kali ni Mahagosip dpat undangan untuk tayangan perdana filem As Above So Below di TGV One Utama. Terima kasih kepada ChurpChurp atas undangan anda. Satu lagi filem seram 2014 dari Amerika mendapati rakaman filem seram yang diarahkan oleh John Erick Dowdle dan ditulis oleh Dowdle dan adiknya Drew. Filem ini dihasilkan oleh Pictures Legenda dan diedarkan oleh Universal Pictures, menjadikannya filem pertama dalam perjanjian Legenda dengan Universal.

 

Filem yg berlatar belakangkan menara Efil di Paris adalah filem tentang bagaimana seorang pengamal sejarah dan pencari kesan tinggalan lama agar tidak lupus. Pencarian di lakukan bukan di salam hutan atau di kawasan lama tapi di bawah tanah kerana tinggalan sejarah itu ada di situ. Barisan pelakon yg hebat seperti Perdita Weeks sebagai Scarlet Marlowe watak utama dalam filem ini, Ben Feldman sebagai George teman kepada Scarlet dan Edwin Hodge sebagai Benji jurukamera dalam pengembaraan ini. Manakala 3 lagi watak adalah pakar pengembara iaitu François Civil sebagai Papillon, Marion Lambert sebagai Souxie dan Ali Marhyar sebagai Zed.


Mahagosip tuliskan sedikit sinopsis di sini untuk anda dan selebihnya kena tonton sendiri di pawagam.
"Scarlett, seorang bekas pelajar ahli kimia sarjana muda, memulakan kerjaan pencarian sejarah dan kisah mistik lama yg di kajinya oleh bapanya yg telah meninggal dunia. Pengembaraan seram bermula dari bantuan sekumpulan peneroka untuk mencari Catacombs di bawah Paris, Perancis. Mereka tidak lama lagi mendapati diri mereka terperangkap di dalam kedalaman Catacombs, yang dihantui oleh penglihatan batin dan makhluk. Kerana mereka berjuang untuk terus hidup, mereka menyedari bahawa mereka benar-benar boleh dalam neraka itu sendiri, sebagai visi yang besar salahnya dari masa lampau mereka lumus mengejar mereka."


Sekiranya anda mahu melihat sebuah karya filem menggunakan kaedah kamera begerak seperti filem2 pencarian entiti seram. Mahagosip galakan untuk anda sedia dari dalaman kerama keseraman ini bukan datng dari hantu atau makluk halus tapi dari suasana dan kesan kepada barisan pelakon mereka. Untuk filem ini Mahagosip bagikan 4 bintang bagi anda yg mahu menonton dah mula di tayangkan bermula dari 4 September 2014 di seluruh pawagam.


Tapi ada sedikit kekurangan pada babak penghabisan di mana watak utama Scarlett telah berpatah balik ke dalam torowong dengan cepat sekali tanpa masalah dan ia berlaku begitu cepat seolah tidak logik. Filem untuk 18SG sahaja barisan pelakon juga hebat2. Tontonlah sekarang...











Bila rasaksa menjelma apa yang kita akan buat. First mesti kita siap2 kemas untuk melarikan diri dan juga mencari tempat perlindungan. Tapi kalau rasaksa tu lebih besar dan lebih tinggi daripada banggunan 30 tingkat mcm mana nak lari tak cukup tanah rasanya. Kalau rasaksa lawannya mesti ramai kata Ultraman tak pun Power Ranger hehehhehe... Tapi dalam Pacific Rim rasaksa lawannya adalah juga sama saiz dengannya baru padan.

 

Itulah yg ditonjolkan dalam Pacific Rim lakonan Charlie Hunnam di mana robot di cipta untuk berlawan dengan rasaksa. Tetapi robot yg di kawal dengan 2 kuasa dan tenaga manusia di dalam kepala robot tersebut. Cerita ini mengisahkan bagaimana bumi telah di ancam oleh rasaksa yang keluar dari kerak bumi. Rasaksa yang di gelar Kaiju mempunyai beberapa level kekuatan. 


Elemen kekuatan dan juga kerjasama antara team yg di terapkan dalam filem ini menjadikan jalan cerita yg lebih kuat dan menarik. Kekuatan pasangan dalam mengawal robot di sangkut paut dengan kekuatan mengawal emosi antara kedua-dua pemandu robot. Filem ini memang hebat dengan kesan rasaksa Kaiju yg real dan juga bunyi menjadikan filem ini hebat dan membangkit semangat.


Daripada 5 bintang Mahagosip bagi 4 bintang untuk filem ini. Memang tak bosan dan penuh dengan aksi2 lawan yang mantap antara robot dan rasaksa. Boleh di tonton untuk semua peringkar umur dan boleh bersama kawn2 meluang masa hari minggu. Selamat menonton....





Sekali lagi movie lakonan hebat pelakon yang cukup terkenal dengan watak2 yg unik dan pelik di bawahnya Johny Depp berganding dengan pelakon yg hebat juga Armie Hammer menjadikan movie "The Lone Ranger" sebuah kisah sejarah yang kelakar. Mana tak kelakar apabila watak Johny Depp memang cukup sinonim dengan seorang yang serius tapi ada unsur humor dalam lakonannya. Kali ni nak buat review pasal movie ni tapi apa pun terima kasih kepada SinarFM kerana memberikan tiket percuma tayangan perdana movie ini.


Filem ini berkisahkan kepada kisah sejarah pembinaan landasan kereta apa antara dua benua besar. Daripada America Utara kepada America Selatan menyeberangi sebuah gurun yg menempatkan kaum Red Indian. Di situ bermula segala suka duka san gelak ketawa yg di muatkan dalam cerita ini. Apabila menonton filem yg berdurasi 2 jam ini anda tidak akan rasa kebosanan langsung malah tertunggu-tunggu aksi seterusnya yg bakal keluar. Semua bermula apabila pemusnahan kau Red Indian oleh org kulit putih yg tamak dan cuba untuk mengusai tanah gersang yg kaya dengan biji timah.


Maka landasana keretapi adalah cadangan mereka bertujuan untuk memberi kemudahan kepada kesemua pihak apabila ia siap. Tetapi sesetengah pihak mengambil keuntungan di sebalik pembinaan landasan kereta api ini. Di situlah kuasa seorang peguam muda yg pulang ke kampung halaman untuk menegakkan keadilan lakonan Armie Hammer di jadikan cerita. Bertemu dengan seorang kawn baru dari suku kaum Red Indian lakonan Johny Depp menjadikan ia sebuah filem kelakar pula. 


Watak Johny Depp hidup sebagai seorang bangsa Red Indian yg begitu kuat kepada kepercayaan kuno meraka sehinggakan seekor kuda putih di gelarnya Penyampai Roh yg hidup semula. Namun niat mereka untuk membalas dendam terhadap org kulit putih yg membelot melalui liku-liku dan suka duka sebagai seorang Lone Ranger. Bagaimana kesudahannya kena tonton sendiri di pawagam berhampiran anda dan juga filem ini sesuai di tonton oleh semua kaum dan peringkat umur bermula 4 Julai ini. Daripada 5 bintang saya bagi 4 bintang untuk filem ini. Thaniah sebuah karya yg berat tapi mempunyai jalan cerita yg mudah di fahami dengan element humor yg di selitkan dalam cerita ini menjadi.







Sebuah lagi movie yg masih hangat di tayangkan di seluruh panggung wayang seluruh Malaysia sekrang OZ The Great and Powerful. Sebuah kisah adaptasi daripada sebuah novel menggunakan kena 3D lebih hebat dan lebih mantap. Kisah kehidupan seorang ahli silap mata yg mahu mencari kejayaan dalam dunia silap mata. Barisan lakonan hebat seperti James Franco selaku OZ manakala Mila Kunis sebagai Thedora dan Rachel Weisz sebagai Evanora dan ramai lagi.


Daripada hasil tontonan di pawagan cerita ini sesuai untuk totonan seisi keluarga kerana ia berunsur kecerian dan juga di selitkan dengan jenaka bersahaja daripada watak2 yg di cipta untuk merancakkan lagi jalan cerita ini. Namun cerita ini masih mempunyai kekurangan kerana terlalu byk unsur yg meleret daripada segi dialog dan juga kurang kepada aksi sebenar seorang ahli silap mata dan ahli sihir.


Di sini sedikit ulasan terhadap jalan cerita movie ini untuk rujukan anda yg mahu menonton cerita ini.


Cerita yg mengisahkan seorang ahli silap mata yg masih mencari kejayaan dalam kerjaya silap matanya mengalami sesuatu kisah yg sungguh pelik dan aneh. OZ telah di bawa kepada sebuah dunia yg jauh berbeza oleh puting beliung yg melanda kawasan beliau membuat silap mata. Setelah berada di sebuah negara yg bernama OZ yg jauh lebih unik hebat dan lain ini merubah kehidupan OZ. Bertemu dengan Thedora telah membawa beliau kepada sebuah jajahan dua beradik yg di miliki oleh Evanora. Mereka memerlukan seorang ahli sihir untuk melawan kuasa jahat yg mengusai kawasan mereka di panggil Wicked Witch. Ahli sihir yg di katakan adalah Wicked Witch iaitu pemilik jajahan tempat yg rakyatnya jauh lebih baik dan mesra. Akibat pegelutan kuasa dan hak penjajahan maka kesemua adik beradik ini bertelengkah dan saling bergaduh satu sama lain. Dalam perjalanan untuk mencari Wicked Witch OZ telah bertemu dengan Finley iaitu sekor monyet terbang dan juga China Girl anak patung seramik yg yatim piatu. Untuk menyaksikan kehebatan dan kuasa OZ dalam cerita ini dan bagaimana beliau mengalahkan kuasa jahat anda boleh tonton sendiri di pawagam berhampiran anda. 


Tidak tugi gak lah pergi tonton dengan belanja tiket wayang bagi movie ini. Untuk rangking daripada 5 bintang saya bagi 3 bintang sahaja. Kepada semua selamat menonton....



Movei adaptasi daripada kisah dongeng zaman purba mengisahkan pokok kacang yang tumbuh tinggi sehingga menghubungkan negara manusia dan juga negara gergasi. Ia bagaikan trend pengarah dan penerbit Hollywood untk menjadikan kisah dongeng sebagai sebuah filem hebat. Daripada pengarah Filem X-Man ini telah menggunakan kesan CGI yg cukup hebat. Ia dpt di lihat daripada keserasian watak manusia dan juga gergasi yg tidak nampak genjil dan sungguh teliti.


Biasalah bila tgk citer2 dongeng ni mesti akan terbayang pada aksi dan kehebatan apabila mereka masuk medan perang. Saat2 itu paling seronok bila di tonton rasa mcm berada dalam suasana perang sebang penuh semangat perjuangan mempertahankan negara. Filem ni juga menggunakan kesan bunyi yang menarik dari segi teknikalnya.


Sedikit sinopsis hasil daripada tontonan pada hujung minggu lepas untuk filem ini.


Mengisahkan kehidupan seorang anak petani yg hidup menumpang dengan hanya beradu nasib dengan menjual kuda kepada org. Namun nasib mula berubah apabila beliau bertemu seorang sami yg dalam keadaan sama terdesak utk mendapatkan kuda telah menukarkan ia dengan beberapa butir kacang sakti. Nasihat sami supaya menjaga kacang ini dengan baik dan jgn terkena air. Kelalaian anak remaja ini telah mengakibatkan kacang ini tumbuh pada bawah rumahnya dan pada masa sama seorang putri raja telah lari dari istana dan menumpang di rumah petani tersebut. Nasib tidak menyebelahi putri raja itu apabila pokok kacang telah tumbuh dan membawah beliau bersama dengan rumah petani itu terus naik keatas sehingga ke jajahan tanah milik sekumpulan gergasi. Pengembaraan lebih dasyat apabila kumpulan gergasi ini telah menjumpai sekumpulan manusia yg naik untuk menyelamatkan tuan putri tersebut dan telah merancang untuk turun ke bumi bagi tujaun membalas dendam dan menakluk manusia. Apa kesudahan kena tonton sendiri di pawagam dalam bentuk 3D yg lebih real.


Pasti tidak jemu dan sungguh mengkagumkan degan kesan suasana dunia gergasi dan manusia yg jauh berbeza. Serta semangat perjuangan dan juga mempertahankan negara sangat kuat dalam cerita ini. Namun pasti berakhir dengan kesudahan yg baik dan menyeronokan. Nak tahu kena tonton sendiri dan rasai kehebatan cerita ini. Sesuai untuk di tonton bersama seisi keluarga dan juga anak2.

4.5 bintang / 5 bintang.



2012 merupakan tahun yang agak perlahan buat industri perfileman Malaysia. Jika ingin dibandingkan dengan hasil kutipan jualan tiket untuk 2011 (dengan kutipan tertinggi RM11.74 juta untuk "KL Gangster" dan RM10.90 juta buat "Ombak Rindu"), tahun 2012 menyaksikan penurunan hasil kutipan yang agak mendukacitakan.

Mungkin kerana penonton Malaysia sudah mula bosan dengan genre seram komedi yang sudah terlalu banyak dan berulang-ulang? Atau mungkin kehadiran begitu banyak filem-filem pecah panggung dari Hollywood yang tidak tersaing? Walau apa pun, kami senaraikan filem-filem terbaik (mengikut kutipan tiket) tahun 2012. 

1. ADNAN SEMPIT 2
Filem sekuel kepada filem keluaran Metrowealth Pictures paling laris tahun 2010, "Adnan Sempit" ini mungkin tidak menerima kutipan sebanyak filem asalnya, namun begitu, populariti filem lakonan Shaheizy Sam ini masih mampu menarik penonton ke pawagan sekaligus menjadikan filem ini antara filem pecah panggung tertinggi untuk tahun 2012 dengan hasil kutipan sebanyak RM6.82 juta. 

2. JALAN KEMBALI
Syamsul Yusof mungkin tidak berjaya mengulangi kejayaan tahun 2011, namun dia masih mampu meletakkan filemnya di tempat kedua dalam senarai hasil kutipan paling laris. Dengan tayangan selama 28 hari di 80 buah pawagam, sekuel filem "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam" ini berjaya mengaut sebanyak RM4.98 juta. Nampaknya penonton Malaysia lebih mempercayai hasil sekuel berbanding yang asli. 

3. MAEL LAMBONG
Kejayaan "Mael Lambong" yang memperoleh kutipan RM 4.88 juta ini merupakan satu kejayaan buat Ahmad Idham dan syarikat penerbitannya, Excellent Pictures. Namun yang pasti, kejayaan filem ini sendiri berkemungkinan disebabkan personifikasi Zizan ini sudah pun popular melalui pertandingan "Maharaja Lawak" sebelum filem ini lagi, selain hasrat penonton melihat gandingan dengan pelakon Juliana Evans yang seringkali digosipkan dengan pelawak tersebut pada ketika itu. 


4. ISTANBUL AKU DATANG
Meletakkan sebuah filem yang masih dalam tayangan (pada waktu artikel diterbitkan) mungkin akan dianggap tidak adil. Namun kami kecualikan filem lakonan Lisa Surihani dan Beto Kusyairi ini kerana sekalipun masih dalam tayangan, ia sudah pun mengalahkan filem-filem lain yang sudah tamat waktu tayangan. Dengan kutipan RM3.58 juta (dan angka tersebut terus meningkat), ini merupakan filem gandingan pengarah Bernard Chauly dan penulis Rafidah (sebelum ini menghasilkan "Gol dan Gincu" dan "Pisau Cukur" bersama) yang paling berjaya. 

5. HANTU GANGSTER
Rekod yang agak baik buat pendatang baru Namewee, sekalipun dia memegang banyak peranan dalam filem terbitan Prodigee Media ini (sebagai pengarah, pelakon, penyunting, dan lakonlayar). Kehadiran nama-nama popular seperti Farid Kamil dan Diana Danielle sebagai teraju utama selain para bintang berbilang kaum seperti David Arumugam, Amber Chia, Reshmonu dan Mizz Nina juga mungkin banyak membantu filem ini untuk mendapatkan kutipan sebanyak RM3.45 juta melalui tayangan di 99 buah panggung. 

6. HANTU KAPCAI
Menyambut tuah filem-filem perlumbaan dan juga filem-filem seram yang menjadi pilihan utama sejak dua tiga tahun lalu, pengarah Ghaz Abu Bakar menggabungkan kedua-dua genre tersebut dan menggunakan khidmat Zizan Raja Lawak, Fizz Fairuz dan Remy Ishak untuk menghasilkan sebuah filem seram komedi mengenai seorang mat rempit yang perlu menyelesaikan masalah duniawinya sebelum dia boleh mati dengan aman. "Hantu Kapcai" berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM3.19 juta selepas 35 hari tayangan di 71 buah panggung di seluruh Malaysia. 

7. AKU TERIMA NIKAHNYA
Tidak kisahlah jika filem lakonan Nora Danish dan Adiputra ini menerima kritikan kerana persamaannya dengan filem Hollywood, "The Vow". Ia tetap mengaut RM1.3 juta dalam tempoh empat hari tayangan, dan jumlah bersih RM2.75 juta selepas 21 hari dalam tayangan. Ketika pawagam dipenuhi banyak filem-filem seram dan komedi, mungkin filem melodrama ini mendapat tempat di hati para penonton yang inginkan sesuatu yang tidak melibatkan Zizan Razak, hantu, motosikal atau muzik lucu! 

8. BUJANG TELAJAK
Katakan apa saja tentang Prof. Madya A. Razak Mohaideen, filemnya tetap berjaya memasuki carta top 10 2012 dengan kutipan sebanyak RM2.6 juta. Filem lakonan Saiful Apek, Johan dan Nabil Raja Lawak ini berkisarkan tiga orang ahli silap mata yang cuba memikat gadis yang sama (lakonan Fazura) dan melakukan pelbagai cara untuk mendapatkannya. Mungkin ramai yang mengharapkan gandingan hebat antara tiga pelawak ini mampu untuk menghiburkan mereka. 

9. JANGAN PANDANG-PANDANG
Filem komedi, lakonan Zizan Raja Lawak, memasuki carta top 10. Bunyi macam deja vu, kan? Sekali lagi filem lakonan pelawak kelahiran rancangan realiti "Raja Lawak" ini berjaya memasuki senarai kutipan pecah panggung melalui filem pengembaraan komedi seram arahan Ahmad Idham. Filem yang turut dilakonkan oleh Nas-T, Miera Liyana dan Sara Ali ini berada di panggung selama 26 hari dan berjaya mengaut RM 2.51 juta. 

10. 8 JAM
Filem aksi arahan Ahmad Idham dan dilakonkan oleh Shaheizy Sam dan Yana Samsudin ini berjaya mengutip RM2.30 juta di pawagam seluruh Malaysia, sekaligus meletakkannya di tempat terakhir dalam senarai Top 10, itu pun jika tidak ditolak keluar oleh filem-filem lain yang masih dalam tayangan.


*Sumber daripada Yahoo Malaysia