Dunia Penuh Gosip - Nabila Huda Dunia Penuh Gosip: Nabila Huda - All Post
Memaparkan catatan dengan label Nabila Huda. Papar semua catatan
Filem pertama Malaysia yang mengadakan majlis pelancaran trailer bersama media dan juga barisan pelakon. Itu yang diungkapkan oleh pengarah muda Syamsul Yusof merupakan salah seorang pelakon utama dalam Filem Makrifat Cinta . Beliau berkata begitu dihadapan hampir 100 orang yang hadir dalam jemputan pelancaran trailer filem baru ini yang bertempat di IRDKL Mall Shah Alam.


Filem ini bakal ditayangkan sepenuhnya pada 1 Februari 2018 nanti tapi seakrang semua media dan tetamu dapat menonton trailer filem ini. Pada sidang itu juga turut diadakan acara roadtour ke menara IRDKL Shah Alam yang baru milik penuh TSR Flims Sdn Bhd. Dalam bangunan itu bukan sahaja ada kedai tapi dilengkapi dengan pawagam sendiri TSR Cinemax dan dewan conference.


Berbalik kepada filem Makrifat Cinta ia adalah adaptasi daripada kisah benar yang diarahkan oleh pengarah muda Kamal G. Barisan pelakon lain yang juga turtu hadir pada malam gala tersebut adalah Dato Adi Putra, Puteri Balqis dan Sabrina Ali. Filem ini juga membariskan pelakon hebat seperti Nora Danish, Nabila Huda dan Datuk Aznil Haji Nawawi.

Sinopsis Filem


Ia adalah filem kisah kekeluargaan dan juga terselit aksi dan emosi menjadikan penonton lebih terjua untuk menghabiskan filem ini. Ia berkisarkan kehidupan sepasang suami isteri iaitu Mahathir lakonan Sayamsul Yusof dan Zara lakonan Nabila Huda serta mempunyai seorang anak perempuan iaitu Aisha lakonan Puteri Balqis.


Kehidupan yang miskin ditengah kota memberi tekanan kepada Mahathir ditambah dengan mengahwini seorang isteri yang hidup penuh dengan kemewahan. Akhirnya Mahatir berjaya mencipta satu applikasi yang mampu untuk merubah hidupnya menjadi jutawan sekelip mata.


Tapi kerena hutang beliau bersama Ah Long yang masih banyak juga adik iparnya Rizal lakonan Adi Putra seorang pengedar dadah membuatkan beliau terus terhimpit. Bertemu dengan Sophea lakonan Nora Danish mengubah kehidupan beliau kepada yang penuh masalah menjadi tenang. Namu banyak dugaan yang Mahathir lalui sepanjang beliau mengenali Sophea dan juga adakah mereka akan jatuh cinta. 

Kelebihan filem ini 


Filem ini paling dihadapan dari segi penggunaan kamera kerana menjadi filem melayu pertama di Malaysia yang menggunakan lensa kamera Cooke Optics yang di sewa khas dari Mumbai, India. Filem terbitan Dhananwood Films Sdn Bhd ini menelan belanja hampir 4 juta untuk merealisasikan semua itu. 


Termasuk juga menggunakan 20%-30% kesan CGI kalau korang tengok beberapa aksi lasak kemalangan, letupan dan pelbagai menjadikan ia lebih rea. Kami yang datang tengok trealer ini pun dah rasa filem ini menarik dan mampu membawa penonton jauh menghayati jalan ceritanya dan juga gaya barisan pelakon yang hebat.


Nantikan filem ini akan ditayang pada 1 Februari 2018 nanti di semua pawagam seluruh Malaysia. 

Layari laman di bawah untuk info lanjut:-








Telah berlangsung dengan gemilangnya Festival Filem Malaysi ke 28 telah di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).  Seperti yang dijangkakan, filem Munafik  karya Syamsul Yusof menang besar didalam FFM 28. Bukan sekadar filem tetapi juga pelakon-pelakon juga turut menang.


Tahniah buat Nabila Huda pertama kali menang anugerah sepanjang kareernya sebagai pelakon. Kemenangan ini sangat-sangat bertepatan dengan hasil kerjanya dan juga gaya lakonan yang memang mantap. Mendapat sokongan ramai selepas nama beliau diumumkan sebagai pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Munafik.

Senarai penuh pemenang mengikut ketegori pada malam FFM28 baru-baru ini.

FILEM BOX OFFICE
Polis Evo - Astro Shaw

FILEM TERBAIK NASIONAL
Munafik

FILEM TERBAIK MALAYSIA
Jagat

PENGARAH TERBAIK
Syamsul Yusof - Munafik

PELAKON LELAKI TERBAIK
Pekin Ibrahim - Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit

PELAKON WANITA TERBAIK
Nabila Huda - Munafik

FILEM ANIMASI TERBAIK
BoboiBoy The Movie

PELAKON KANAK - KANAK TERBAIK
Tan Qin Lin - The Kid From The Big Apple

PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK
Falisha Crosley - Mat Moto

PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK
Adam Shahz - Juvana 2

PENGARAH BAHARU TERBAIK
Shanjey Kumar Perumal - Jagat

PENYUNTING TERBAIK
Syamsul Yusof - Munafik

SINEMATOGRAFI TERBAIK
Haris Hue Abdullah - Polis Evo

LAKON LAYAR TERBAIK
Bea Tanaka - Nota

CERITA ASAL TERBAIK
Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Hushairi Husain - Polis Evo

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Fauziah Dato' Ahmad Daud - Langit Cinta

ANUGERAH KHAS JURI  1
Ola Bola - Angkat nilai perpaduan dan kekeluargaan menerusi semangat kesukanan

ANUGERAH KHAS JURI  2
Polis Evo - Angkat nilai produksi dan nilai komersial yang tinggi

ANUGERAH KHAS JURI  3

The Kid From The Big Apple - Trasnformasikan nilai budaya dan rapatkan jurang generasi

ANUGERAH KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN
Deddy M. Borhan