Dunia Penuh Gosip - OzAsia Festival Dunia Penuh Gosip: OzAsia Festival - All Post
Memaparkan catatan dengan label OzAsia Festival. Papar semua catatan
Penyanyi kesayangan No 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru ini mengumumkan bakal mengadakan konsert di Festival Theatre, Adelaide, Australia pada tanggal 18 Oktober nanti. Menerusi temubual Siti bersama sebuah portal gaya hidup luar negara, konsert Siti Nurhaliza On Tour membuka mata penganjur untuk mempelawanya mengadakan konsert sempena OzAsia Festival itu nanti.


Konsert itu dijangka akan mirip konsert Siti Nurhaliza On Tour dengan rangkaian lagu irama tradisional malar segar seperti Nirmala dan Cindai selain diselitkan instrumen muzik tradisional. Siti juga bakal membawa penari serta pemuzik sama untuk konsert di Australia nanti.

OzAsia Festival kali ke-13 tahun ini akan diadakan bermula 17 Oktober hingga 3 November dan melibatkan pelbagai persembahan teater dan artis antarabangsa. Tiket konsert sudah mula dijual kepada peminat dengan harga bermula RM224.96 hingga RM429.76 menerusi laman sesawang rasmi OzAsia Festival mulai hari ini.

Ramai peminat telah mula membeli tiket konsert termasuk dengan tiket penerbangan dan juga penginapan bagi memberi sokongan kepada artis kesayangan negara ini. Ramai dah mula update status dan juga perkongsian teruja melihat bintang negera ini beraksi di peringkat antarabangsa. Semoga berjaya dan terus maju jaya buat Dato Seri Siti Nurhaliza.

Maklumat lanjut boleh layari https://www.ozasiafestival.com.au/events/siti-nurhaliza/.