Dunia Penuh Gosip - PMJB Dunia Penuh Gosip: PMJB - All Post
Memaparkan catatan dengan label PMJB. Papar semua catatan
Buat julung kalinya, dunia keceriaan dan keseronokan Tokidoki akan mewarnai Paradigm Mall Johor Bahru (PMJB) Ogos ini. Bersempena dengan musim cuti persekolahan, perayaan Kuih Bulan dan sambutan Hari Kebangsaan; Paradigm Mall Johor Bahru bakal menawarkan anda pengalaman Tokidoki yang eksklusif mulai 15 Ogos sehingga 16 September, 2019.


Sebuah Ekspedisi Ceria!


Dengan keluasan sepanjang 24 meter, Paradigm Mall Johor Bahru telah menyediakan taman permainan ‘belon kembung’ bersama gelongsor Unicorno dengan ketinggian lima meter di atrium utama pusat beli-belah ini. Kanak-kanak boleh menikmati keseronokan taman permainan ‘belon kembung’ dengan melompat pada trampolin donut, meluncur ke gelongsor pelangi yang besar dan menuruni kolam yang penuh dengan bebola berwarna-warni di mana mereka boleh menemui belon-belon kembung seperti Donutella, SANDy, Carina, Mozarella, Latte, and Kaiju. Anda dan seluruh ahli keluarga boleh menikmati pelbagai aktiviti dan permainan eksklusif yang menyeronokkan.


Paradigm Mall Johor Bahru turut mengadakan pameran eksklusif barangan Tokidoki, koleksi Tokidoki edisi terhad, cenderamata menarik, patung permainan dan banyak lagi!

Tidak cukup dengan itu, pengalaman interaktif yang penuh mendalam turut menanti anda seisi keluarga. Paradigm Mall turut mengadakan beberapa siri aktiviti yang menarik sepanjang musim cuti persekolahan, perayaan Kuih Bulan dan Hari Kebangsaan ini.

Gerai Karnival 

Tarikh: 15 Ogos - 16 September, 2019 
Masa: 10 pagi – 10 malam 
Lokasi: Aras G, Atrium Utama

Keseronokan tidak terhenti begitu sahaja kerana anda sekeluarga boleh menikmati pelbagai jenis permainan di gerai karnival seperti lempar gelang, menembak tin dan cari pasangan itik. Harga bagi setiap permainan hanya RM5 dan anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Camp 5 Rock Climbing 

Tarikh: 15 Ogos - 16 September, 2019 
Masa: 10 pagi – 10 malam 
Lokasi: Aras G, Atrium Utama

Dengan setiap pembelian minimum RM80 dalam satu resit, anda berpeluang untuk menebus pas rock-climbing untuk kanak-kanak. Kanak-kanak berpeluang untuk melompat dan bermain di ruang kemudahan rock-climbing PMJB ini. Pertandingan rock-climbing untuk kanak-kanak turut diadakan dari 30 hingga 31 Ogos 2019.


Untuk menyertai pertandingan ini, anda boleh mendaftarkan anak anda di https://bit.ly/2STEz4D Pertandingan ini terbuka kepada 20 kanak-kanak terawal bagi setiap sesi. Tiga pemenang utama akan memenangi Parti Hari Jadi Rock Climbing bernilai sehingga RM 550.

*Tertakluk pada terma & syarat, siapa cepat, dia dapat.

Perayaan Kuih Bulan 

Tarikh: 15 Ogos - 12 September, 2019 
Masa: 10 pagi – 10 malam 
Lokasi: Aras G & Aras UG

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan menakjubkan berserta dekorasi tanglung yang istimewa sempena festival Kuih Bulan sambil menikmati keenakan kuih bulan. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman membuat sendiri tanglung dan kuih bulan menerusi bengkel-bengkel yang akan dianjurkan sepanjang festival ini berlangsung.

Hari Kebangsaan 

Tarikh: 31 Ogos - 15 September 2019 
Masa: 2 – 6 petang 
Lokasi: Aras UG, berdekatan Shoopen

Bersempena dengan Hari Kebangsaan ini, nikmati pelbagai persembahan kebudayaan daripada berbilang kaum: persembahan daripada Encore Melaka, konsert pelajar Yahama dan persembahan tarian Satu Malaysia. Nikmati juga keseronokan lukisan patriotik pada muka demi Malaysiaku yang tercinta!

Pengunjung juga boleh menunjukkan semangat patriotisme mereka sebagai rakyat Malaysia dengan memakai Unity Ribbon, reben buatan tangan masyarakat yang terabai di bawah PROJEK57. Unity Ribbon ini boleh ditebus di kaunter Concierge dengan pembelian RM50 dan ke atas dalam satu resit.

Exclusive redemptions


PMJB menawarkan program penebusan eksklusif dengan pembelian RM200 dan ke atas dalam dua resit, di mana anda boleh menebus satu Fail Berzip Saiz A4 edisi terhad Tokidoki. Bagi mereka yang berbelanja RM500 dan ke atas, sekurang-kurangnya dalam lima resit, anda berpeluang untuk menebus bangku penyimpanan eksklusif Tokidoki. Anda juga berpeluang untuk mendapatkan pas masuk ke taman permainan Tokidoki dengan pembelian minimum RM50 dan ke atas dalam satu resit. Bagi yang berbelanja sekurang-kurangnya RM50 dalam satu resit layak untuk menebus satu Unity Ribbon.

*Tertakluk pada terma & syarat, siapa cepat, dia dapat.

Jadi, jangan lupa untuk berkunjung ke Paradigm Mall JB Ogos ini dan jadikannya kenangan terindah buat anda dan keluarga tersayang. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi lain, sila layari laman web dan saluran media sosial Paradigm Mall Johor Bahru di:

Laman web: http://www.paradigmmall.com.my/jb/ 
Facebook: https://www.facebook.com/ParadigmJB/ 
Instagram: https://www.instagram.com/paradigm.jb/?hl=en






Paradigm Mall Johor Bahru (PMJB), pusat beli-belah terbesar di Johor, buat julung kalinya menganjurkan pertandingan luncur ais, Johor Ice Skating Challege 2019 (JISC) yang telah berlangsung pada 12 hingga 13 Julai lalu.


Pertandingan tersebut mendapat penyertaan hebat 85 peluncur dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand, memberi mereka pengalaman pertandingan di peringkat antarabangsa. Pertandingan ini dianjurkan oleh Blue Ice Skating Rink, gelanggang luncur ais pertama dan terbesar di negeri Johor yang berkeluasan 45 meter x 25 meter (1,125 meter persegi) dan telah mendapat kelulusan daripada Ice Skating Institute of Asia.

Lebih 20 kategori bakal dipertandingkan yang dibahagikan kepada peringkat profesional dan amatur. Cabaran ini menyaksikan peserta mahir dan baru berumur lima hingga 30 tahun bertanding di gelanggang yang sama.


Diadili oleh barisan pengadil yang terdiri daripada jurulatih berpengalaman luas dan arif dalam sukan hoki ais dan luncur ais berirama dan penilaian akan dijalankan selaras dengan Sistem Pengadilan Ice Sport Industry (ISI) dari Amerika Syarikat. Para peserta akan dinilai berdasarkan teknik, keaslian, kesempurnaan dan persembahan.

Menerusi pertandingan ini, PMJB berharap dapat menaikkan semangat kesukanan sesama atlet dan menyediakan platform buat mereka memperkemas kemahiran dan bakat yang mereka ada. Jadi, jangan ketinggalan dan ayuh meluncur beramai-ramai ke Paradigm Mall Johor Bahru untuk menyaksikan para atlet berentap!.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi layari:
Laman Web: www.paradigmall.com.my/jb
Facebook: https://www.facebook.com/ParadigmJB
Instagram: https://www.instagram.com/paradigm.jb