Dunia Penuh Gosip - PUTEH Dunia Penuh Gosip: PUTEH - All Post
Memaparkan catatan dengan label PUTEH. Papar semua catatan
Melalui persembahan yang menyentuh hati bukan sahaja juri malah juga semua penonton sehingga ada yang mengalirkan air mata melayakkan PUTEH begelar juara Maharaja Lawak Mega 2019. Kemenangn ini sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.


Puteh berjaya memberikan persembahan mantap pada pusingan pertama bertemakan "Bebas" dengan memperolehi '5 HA' daripada Najip Ali. Kumpulan dianggotai Ali, Mamak dan ahli baru iaitu Man juga turut mendapat '5 HA' daripada juri Lisa Surihani yang kelihatan begitu menyentuh hati di pusingan kedua. Puteh juga turut menerima hadiah Oppo Punchline Machine, sebagai peserta yang mendapat markah tertinggi daripada pihak juri.

Manakala di tempat kedua menjadi milik kumpulan trio adik beradik, Zero yang membawa pulang wang tunai RM250,000. Tempat ketiga menjadi milik kumpulan Bocey yang memenangi hadiah wang tunai RM150,000.

Dua lagi finalis J-born dan Rare akur di tempat keempat dan kelima dengan masing-masing menerima wang tunai RM50,000 dan RM15,000. Kelima lima finalis turut membawa pulang trofi.

MLM 2019 berlangsung selama 12 minggu di Royal Teater, Shah Alam dengan Datuk AC Mizal selaku pengacara dan Datuk Jamal Abdillah, Inul, Najip Ali serta Lisa Surihani sebagai juri tetap. Tahniah kepada semua juara dan terus menjadi program lawak pilihan No 1 di Malaysia.