Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan
Semakin ramai rakyat Malaysia yang mula keluar rumah untuk bercuti, semakin bertambahlah sorotan terhadap pelbagai pilihan destinasi pelancongan yang terdapat di dalam negara. Pelancongan domestik telah meningkat sejak kebelakangan ini kerana penumpuan para pelancong ke tempat-tempat peranginan popular. Namun begitu, tidak banyak tempat, jika ada, yang boleh mendabik dada dengan “memiliki segalanya” di satu kawasan dan pada masa yang sama, memastikan penjarakan fizikal dalam percutian, jauh daripada kesesakan orang ramai – mungkin kecuali satu.


Merdeka ini, permata di persisiran pantai selatan Semenanjung Malaysia telah menyediakan pelbagai tawaran yang terbaik bagi menarik para pelancong ke sana untuk menikmati semula apa yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat. Dengan keluasan 3,900 ekar di sepanjang persisiran pantai 17-km yang tidak tercemar, Desaru Coast Destination Resort (Desaru Coast) sudah tentu memiliki segalannya – hotel dan pusat peranginan yang terkenal di seluruh dunia, keindahan alam semulajadi, salah sebuah taman tema air yang terbesar di dunia, golf, dan juga kemudahan membeli-belah dan gaya hidup, semuanya terletak di lokasi yang kaya dengan kepelbagaian alam yang mudah diakses melalui jalan raya, udara dan laut.

Seperti alunan lagu, mengenali Malaysia adalah mencintai Malaysia. Menjelangnya hujung minggu Merdeka yang panjang ini, Desaru Coast mengalu-alukan kedatangan semua rakyat Malaysia untuk jatuh cinta semula dengan Malaysia dengan pengalaman percutian yang sukar untuk dilupakan.

Jika ada satu destinasi percutian yang boleh menawarkan sesuatu untuk setiap ahli keluarga anda, ia sudah tentunya Desaru Coast!” kata Hoe Teck Wei, Ketua Jualan dan Pemasaran Desaru Development Holdings One Sdn Bhd.

Sebagai sebuah negara yang majmuk, Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya, festival dan hari perayaan dan keunikan ini terserlah di Desaru Coast.  Selain daripada tempat-tempat tarikan dan pantai yang indah, para pengunjung  boleh menikmati pengalaman yang terbaik dari timur mahupun barat melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang  dengan teliti dan pilihan makanan serta minuman yang menyelerakan di destinasi kami. Khas sempena Merdeka kali ini, kami telah menyediakan pelbagai tawaran untuk meraikannya,” jelas beliau.


Keseronokan @ Adventure Waterpark

Tidak dapat disangkal bahawa Adventure Park merupakan salah satu tarikan terbesar untuk keluarga di Desaru Coast. Dengan keluasan melebihi 25 ekar, Adventure Waterpark adalah salah sebuah taman tema air yang terbesar di dunia yang menampilkan lebih daripada 20 jenis permainan, gelongsor dan tarikan yang unik, sama ada basah atau kering. Taman air ini berlatarbelakangkan perkampungan nelayan Melayu, di mana pengunjung boleh menikmati pelbagai permainan dan tarikan yang sesetengahnya tidak terdapat di tempat-tempat lain di dalam negara ini, seperti water coaster yang pertama di rantau ini.

Bagi memudahkan keluarga untuk menikmati pelbagai tarikan yang wajib dikunjungi ini, Adventure Waterpark menawarkan promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ untuk semua pemegang MyKad, yang membolehkan anda untuk mendapatkan tiket kedua secara percuma dengan setiap pembelian tiket harian dewasa atau kanak-kanak. Tawaran ini sah sehingga 31 Ogos dan boleh didapati secara eksklusif di laman sesawang Desaru Coast dengan kod promosi ‘WEAREOPEN’.

Kemeriahan bakal berlanjutan di taman tema. Pada tarikh 30 dan 31 Ogos kelak, para pengunjung akan disambut di pintu masuk utama dengan muzik rancak yang diputarkan oleh DJ Murdoc. Namun begitu, muzik tidak berakhir di situ, pengunjung bakal dihiburkan oleh perarakan pancaragam (10.00 pagi, 1.30 petang dan 5.30 petang), persembahan nyanyian jalanan, permainan kuiz kilat dan pesta muzik bersama DJ pada jam 1.00 petang pada kedua-dua hari tersebut. Salah satu acara yang tidak harus dilepaskan adalah sesi berzumba di dalam air yang boleh disertai oleh seisi keluarga pada jam 3.00 petang.

Pelbagai aktiviti, cabaran dan permainan akan disediakan untuk pengunjung dewasa dan juga kanak-kanak pada kedua-dua hari tersebut. Ini termasuk gerai permainan percuma (dibuka pada jam 10.00 pagi), zon permainan berisi angin (inflatable) (dibuka pada jam 12.00 tengah hari), peraduan mewarna Merdeka pada jam 1.00 petang, cabaran Wira Warrior (2.00 petang dan 4.00 petang), Persembahan Solo Angklung Merdeka (10.30 pagi, 2.30 petang dan 5.00 petang). Jika ini tidak mencukupi untuk memenuhi masa lapang sekeluarga, pengunjung juga boleh menikmati permainan dam gergasi, permainan Ular & Tangga gergasi dan beraneka permainan karnival lagi.

Para pengunjung ke Adventure Park pasti merasa rambang mata dengan pilihan makanan dan minuman yang disediakan di sini. Anda sekeluarga boleh mendapatkan penjimatan besar dengan ‘63 Merdeka Combo’ di River Grill. Terdapat dua set pilihan untuk tawaran ini. Set pertama termasuk Sosej Gril, dua hidangan Nasi Ayam Panggang dan tiga cawan minuman ringan. Set kedua pula termasuk satu hidangan Rooster & Cheese Hot Dock, empat ketul ayam goreng, setiap hidangan disertakan dengan kentang goreng kekisi dan sayuran coleslaw pelangi, tiga cawan minuman ringan dan tiga manisan Tropicana Lime Vanilla. Kedua-dua set hidangan ini boleh didapati dengan harga bernilai hebat pada RM63.00 sahaja. Sementara itu, para pengunjung juga boleh mendapatkan tawaran-tawaran lain yang hebat di Beachside Cabana!


Oh! Rasai kenikmatan hidangan Malaysia

Setelah meluangkan masa di Adventure Waterpark dan sekitar Desaru Coast, tibalah masa untuk menjamu selera dengan pelbagai pilihan hidangan yang disediakan khas  di hotel-hotel dan tempat-tempat tarikan di Desaru Coast. Bermula pada 17 sehingga 31 Ogos, para pengunjung boleh menikmati beraneka juadah yang enak, termasuk makanan tradisional tempatan dan hidangan yang dicipta khas untuk memperingati latar belakang Malaysia yang berbilang bangsa dan budaya.

“Kepelbagaian citarasa makanan adalah sesuatu yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Malah, makanan juga boleh mengeratkan lagi perpaduan di antara kita. Dengan itu, Desaru Coast meraikan Hari Kemerdekaan dengan menawarkan pelbagai pilihan makanan dari seluruh negeri dengan citarasa yang terhasil daripada integrasi pelbagai budaya yang telah berlaku sejak berdekad lamanya,” kata Hoe Teck Wei.

Para pengunjung ke Desaru Coast pada hujung minggu Merdeka ini berpeluang untuk menikmati pelbagai hidangan seperti  minuman istimewa, manisan dan juadah tradisional di restoran-restoran yang mengambil bahagian di Desaru Coast, termasuk Els Club Desaru Coast, Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort dan Anantara Desaru Coast Resort & Villas.

Pelbagai pilihan dan tawaran tempat penginapan

Bermalam di Desaru Coast adalah satu cara yang terbaik untuk menikmati destinasi ini dengan sepenuhnya memandangkan terdapat banyak tempat untuk dikunjungi dan pelbagai aktiviti untuk dilakukan di sini. Anda pasti akan merasa rambang mata dengan pilihan penginapan yang ditawarkan di Desaru Coast untuk percutian hujung minggu yang jauh daripada kesibukan kota. Inilah destinasi untuk ‘menikmati segalanya, yang jauh dari segalanya!’

Untuk memeriahkan lagi percutian hujung minggu Merdeka, Desaru Coast bakal menawarkan dua pakej percutian yang diperhebatkan –Sun-tastic Getaway dan Golf Galore @ Desaru Coast – dengan penjimatan sehingga 60%. Tawaran masa terhad ini adalah sah sehingga 23 Disember 2020*. 


Nikmati sinaran suria dalam hidup anda

Promosi Sun-tastic Getaway ditawarkan dengan harga bermula dari RM689 untuk penginapan dua hari, satu malam bagi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak dengan aktiviti terancang di dalam dan juga di sekitar destinasi Desaru. Pakej ini termasuk penginapan di tiga hotel bertaraf premium – Hard Rock Hotel, The Westin dan Anantara, termasuk kredit sehingga RM100 yang boleh digunakan di dalam pusat peranginan ini.

Pukulan pertama tanpa had

Bagi penggemar golf, Promosi Golf Galore Desaru Coast menawarkan bilik berkatil kembar dengan harga bermula dari RM799 untuk seorang untuk penginapan dua hari, satu malam. Pakej ini termasuk penginapan hotel, permainan golf tanpa had di The Els Club Desaru Coast Ocean Course dan juga akses tanpa had ke padang golf 9 lubang Academy Course dan lapangan sasar.
*Tertakluk kepada terma dan syarat 

Dengan itu, kumpulkan ahli keluarga anda dan kunjungilah Desaru Coast pada hujung minggu Merdeka yang panjang ini untuk menikmati percutian patriotik yang lain daripada yang lain. Tempahan awal adalah disarankan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.desarucoast.com.







Melbourne adalah satu lokasi yang sangat diidamkan oleh ramai orang termasuk saya. Dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam tahun 2017. Plan tahun tu juga untuk pergi berbulan madu ke Melbourne. Kata orang berdua berbulan madu ini menambah kebahagiaan seperti mana yang diceritakan di dalam artikel travel bersama partner ini.


Tapi kena Melbourne? 6 perkara ini yang membawa jiwa dan hati saya terus ke sana tanpa sebarang halangan. 

1) Kekayaan Budaya Dan Seni 

 


Walaupun dibawa arus kemodenan yang cepat di Melbourne ini tapi budaya dan seni mereka tetap utuh dalam jiwa rakyat mereka. Segala kekayaan ini dapat kita lihat bila sampai ker National Gallery of Victoria. Dimana muzium ini adalah lively muzium yang interaktif dan memberi banyak info tentang seni lukisan, kraft dan sebagainya.


Juga paling popular menjadi kunjungan ramai orang adalah Victoria Market yang mana di sini banyak menjual hasil kraf dan juga produk-produk tempatan. Teletah dan juga budaya mereka dapat kita lihat bila berada di sini sangat meriah dan menyeronokan. Jadi datang sini jangan lupa bawa pulang cenderahati dari Melbourne.

2) Panorama Pantai Yang Indah



Melbourne juga tidak jauh daripada kawasan persisir pantai yang memukau dengan air laut yang cantik dan indah. Di kelilingi Selat Bass sana juga dapat memberikan kita kepuasan bermandi manda ditepi pantai. Antara yang popular disebut ramai pelancong adalah Brighton Beach yang memiliki barisan pondok kecil berwarna-warni yang menjadi lokasi untuk bergambar kenangan.


Juga ramai orang datang ker St Kilda Beach dimana di sinilah diabadikan memori sunset indah untuk pasangan romantik seperti saya nanti. Dapat lihat matahari terbenam di tepi pantai juga kehadiran penguin kecil yang mencuit hati bila berada di sana.

3)  Bangunan Bersejarah Yang Bergitu Gah

 


Walaupun sudah dimamah usia di Melbourne ini juga masih berdiri teguh beberapa monument sejarah yang tidak boleh dilupakan. Kehadiran anda ke sini mesti singgah di Flinders Street Station bangunan station keratapi yang berusia 114 tahun. Lokasi simbolik pertemuan pasangan bercinta dan meneruskan kehidupan bahagia bersama.


Satu lagi lokasi bersejarah di sini adalah Shrine of Remembrance iaitu sebuah bangunan yang dibina untuk memperingati pejuang pada perang dunia pertama. Ia menjadi memorial perang terbesar di Australia dan sangat penuh dengan sejarah yang tersendiri. 

4) Teletah Sang Kanggaru Dan Koala Mencuti Hati



Tak sah kalau ker Melbourne ini tidak bertemu dengan Kanggaru yang menjadi haiwan kebanggaan negara mereka. Nak jumpa haiwan ini boleh datang ke Maru Koala & Animal Park atau Gumbuya Park yang menyediakan invoroment seperti habitat asal mereka. Jinak dan boleh diberi makan pasti ia pengalaman yang sangat berbeza.


Juga dapat bermanja-manja dengan Koala haiwan yang agak perlahan tapi sangat-sangat comel. Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan bersama dengan haiwan-haiwan ini seperti memberi makan dan melompat bersama. Berseronok dengan haiwan-haiwan yang jinak ini akan menambah kasih sayang kita pada pasangan.

5) Kemodenan Kota Raya Melbourne

 


Dalam segala keindahan alam juga kebudayaan mereka dan masyarakat yang ramah Melbourne tidak lari dari pembangunan kemodenan. Di sini juga kita boleh kenali segala teknologi yang ada dan juga bangunan yang menarik seperti Eureka Skydeck Tower ni. Kita dapat saksikan keseluruhan bandar Melbourne dari atas menara setinggi 297.3 meter ini.


Bagi rakyat di sini Federation Square adalah lokasi perkumpulan aktiviti pelbagai budaya ada juga terdapat penghibur jalanan. Paling terpegun melihat Yarra Footbridge reka bentuk moden dan canggih jambatan di tengah bandar yang merentasi Sungai Yarra

6) Pakej Percutian Yang Menarik Daripada Traveloka 

 


Paling penting kenapa Melbourne menjadi lokasi pilihan adalah pakej yang ditawarkan di Traveloka.com.my. Dalam satu laman web sahaja semuanya ada dari hotel hingga ker tiket  penerbangan. Paling menarik dalam laman web ini mereka juga menyediakan pakej istimewa mengikut musim seperti musim cuti, cuti perayaan dan sebagainya.


Memang kalau nak bercuti mana-mana Traveloka adalah punca untuk mendapatkan tawaran menarik. Pasti lepas ini tidak akan ada pilihan yang lain. Membuatkan perjalanan anda lebih seronok dan juga lebih bermakna berdua mahupun kalau datang bersama keluarga.


Banyak lagi yang menarik tentang Benua Australia ini anda boleh baca tempat menarik yang telah di ceritakan sebelum ini. Jauh perjalanan luas pemandangan pastinya keindahan negara orang tidak sama dengan negara sendiri. Mengenali negara orang akan membuatkan kita kenal jati diri sendiri. Harap Traveloka dapat merialisasikan impian saya berbulan madu di Melbourne dengan insan tersayang melalui #MyTravelokaEscapade. Terima kasih kepada Traveloka.