Dunia Penuh Gosip - Peringkat Antarabangsa Dunia Penuh Gosip: Peringkat Antarabangsa - All Post
Memaparkan catatan dengan label Peringkat Antarabangsa. Papar semua catatan
Tahniah kepada qari dan qariah Malaysia diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61.


Abdul Khair Jalil memperoleh 93.02 markah dan kemenangan itu membolehkan beliau menerima kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000 yang berlangsung di Pusat Konvesnyen Kuala Lumpur. Tempat kedua milik qari dari Algeria, Yassine Bekouassa, manakala tempat ketiga, Ilyas Lamhayahoui (Maghribi).

Nor Farhatul Fairuzah Panut qariah dari Malaysia pula mendapat 87.05 markah membolehkan beliau juga menerima kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000. Wakil Indonesia, Wardatun Nisa Hasa menduduki tempat kedua, manakala tempat ketiga, Karimah Hayibaraheng (Thailand). RAJA Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyampaikan hadiah kepada johan Qariah Tilawah Al-Quran.

Bagi kategori Hafazan lelaki, peserta dari Sweden, Mohamed Abdi dinobatkan sebagai juara manakala untuk kategori wanita, ia dimenangi peserta dari Niger, Fatouma Ousseni Moussa. 

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang di majlis di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, malam ini. Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.






Alhamdulillah tahniah kepada kedua-dua peserta Qari dan Qariah dari Malaysia setelah dinobatkan sebagai juara Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2018 kali ke 60. Majlis penyampaian hadiah telah belangsung sebentar tadi di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.


Qari Malaysia Abdullah Fahmi Che Nor memperolehi 92.09% markah menewaskan semua peserta lain. Manakala wakil Qariah Malaysia Suhailah Zulkifly memperolehi markah 92.05% diangkat sebagai juara. 

Tempat kedua kategori Qari pula dimenangi peserta dari Iran iaitu Mokhtar Dehghan Estajroudi dan perserta dari Algeria iaitu Salah Eddine Haissam menduduki tempat ketiga. Bagi kategori Qariah pula tempat kedua dimenangi oleh peserta dari Indonesia iaitu Khamisatuddhuha dan tempat ketiga pula dimenangi oleh peserta dari Singapura iaitu Widad.


Bagi kategori Hafazan pula Hafiz dari Bangladesh iaitu Kolim Siddique berjaya menewaskan peserta lain untuk begelar juara manakala tempat kedua milik Walid dari UAE dan tempat ketiga Muzammil dari Sudan. Hafizah pula milik Bilghuss Dar dari Mauritania, tempat kedua Siti Nadhirah wakil negara dan tempat ketiga milik Asyura dari Tanzania.

Majlis ini telah berlangsung dari 7 Mei hingga 12 Mei 2018 dan telah disertai oleh 87 buah negara termasuk Malaysia dengan penyertaan tiga negara baharu iaitu Benin, Niger dan Mecedonia.