Dunia Penuh Gosip - Popular Dunia Penuh Gosip: Popular - All Post
Memaparkan catatan dengan label Popular. Papar semua catatan
Kalau korang taip jer nama Siti Aafiyah sekarang ni kat Google atau mana-mana laman pencarian pasti akan keluar gambar wajah Comel Pipi Merah. Populariti bayi yang baru sahaja mencecah usia 9 hari jauh lebih daripada artis yang dah bertahun dalam dunia seni. 


Siti Aafiyah adalah cahaya mata pertama penyanyi no 1 Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suami Datuk Seri Khalid yang dilahirkan pada 19 Mac 2018. Populariti ini dizahirkan apabila laman Instagram rasmi milik anak kecil ini telah mencecah lebih daripada 150K pengikut dalam masa tak sampai 2 hari dicipta. 

Laman Instagram rasmi milik anak kecil ini adalah @AafiyahKhalid. Kalau yang lain tu bukan milik rasmi anak kecil ini. Juga kalau nak tengok gambar sepanjang majlis doa selamat, akikah dan tahnik anak kecil ini boleh ke #comelpipimerah.


Majlis yang berlangsung penuh dengan kemeriahan dan keagamaan diadakan pada 25 Mac yang lalu dikediaman mereka sendiri. Begitulah kisah hidup seorang anak kepada penyanyi paling dicintai ramai begitu cepat mencecah populariti. Namun Siti dan suami ada menyatakan tidak mahu mendedahkan anaknya kepada dunia glamor dan seni ini.

Apa pun semoga Siti Aafiyah menjadi seorang anak yang solehah dan berbudi bahasa, sopan santun seperti mana juga ibu dan ayahnya. Seronok tengok video muzik lagu Comel Pipi Merah bila time wajah Aafiyah tengah senyum comel sangat. Korang rasa Aafiyah ni wajah lebih mirip Siti ker atau Datuk K?