Dunia Penuh Gosip - Qu Puteh Dunia Penuh Gosip: Qu Puteh - All Post
Memaparkan catatan dengan label Qu Puteh. Papar semua catatan
Malam ni sampai kemuncak program realiti Qu Puteh Bintang Bersama Bintang yang di taja penuh oleh produk Pamoga dan Qu Puteh. Malam yang penuh meriah dan juga lawak jenaka yang sungguh lain daripada lain membuatkan malam akhir ini menjadi saingan hebat. 4 kumpulan yang berjaya menempatkan diri peringkat akhir iaitu Titan, Cilok, Bocik dan satu peserta solo Achey. Kesemua peserta di berikan dua tugasan untuk di selesaikan pada malam akhir ini.


Namun sebelum ini Achey telah memenangi sebanyak 3 kali hadiah wang tunai RM10,000.00, kumpulan Titan 2 kali dan kumpulan Bocik juga 2 kali, tapi kumpulan Chilok baru menang sekali sahaja. Wang tunai itu adalah juara mingguan yang telah di pilih oleh 80% markah dari juri profesional dan juga 20% undian penonton di rumah. Itu semua tidak mampu mejaminkan bahawa mereka bakal menjadi juara keseluruhan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang.

Namun semua kuasa Yang Maha Esa kerana siapa sangka kumpulan yang selama ini hanya Under Dog sebelum ini telah muncul sebagai juara akhir Qu Puteh Bintang Bersama Bintang pada malam tadi. Kumpulan Chilok akhirnya telah di umumkan sebagai juara yang membawa pulang wang tunai RM50,000.00 sekali gus menafikan 3 lagi peserta lain. Keputusan yang memang mengejutkan bukan sahaja penonton malah juga kelihatan di wajah juri profesional yang mengadili mereka iaitu Dato Vide, Ajai dan juga Kak Ogy.

Kumpulan Chilok Juara Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Achey pula telah di pilih sebagai pemenang untuk tugasan khas melalui rakaman Youtube yang membawa pulang wang tunai RM3,000.00 dan juga kumpulan Titan tempat kedua membawa pulang wang tunai RM2,000.00. Ternyata bukan populariti yang membawa kepada kemenangan peserta akhir tetapi juga lawak yang berkualiti dan juga undian penonton di rumah banyak membantu mereka sebagai juara.

Tahniah buat kumpulan Chilok yang telah mencilok di saat akhir dengan menewaskan peserta lain yang juga menjadi pilihan ramai orang termasuk juri profesional. Selepas ini adakah akan ada lagi program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang yang mengabungkan peserta daripada program Bintang Mencari Bintang. Harap ada lagi program yang telah melahirkan ramai juga pelapis pelawak negara tapi harap tak recycle peserta2 dari program lain. Nanti kita akan ketandusan pelawak yang bekualiti di luar sana asyik2 muka yang sama jer bosan.








Masih kencang lagi di telinga dan juga di media tentang majlis Anugerah Juara Lagu ke 29 yg telah berlangsung baru2 ini. Tapi lagi kencang tentang kisah dua ikon yg cukup popular di Malaysia ini. Sapa lagi kalau bukan Datuk Chef Wan dengan Dato Vida. Semua ini bermula apabila celebriti chef ini telah memuat turun status di Instagram yg memberi tahu beliau jelak dengan ulangan yg terlalu kerap daripada penaja.

Penaja pula sapa lagi kalau bukan pemilik wanita putih ini Dato Vida yg menjadi penaja utama dalam AJL 29. Kalau sapa2 tonton majlis tu pasti akan tgk setiap 15 minit adakan ada iklan, malah siap ada sesi promosi di belakang pentas produk Qu Puteh ini. Pengacara juga seringkali mengulangi kata2 hikmah ini "Qu Puteh Qu Puteh... Barulah Putih...".  Kerana isu ini juga Chef Wan tidak menonton anugerah itu sehingga habis dan menutup tv kerana bosan dengan promosi itu.


Kisah ini belarutan sehingga pengasas produk kecantikan itu membidas segala tomahan dan juga kritikan daripad penonton AJL 29, termasuk membidas kenyataan Chef Wan. Apa pun harap kes ini selesai dengan baik antara dua pihak. Tapi belum sempat isu ini damai Chef Wan kini telah di masukan ke wad kerana jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut akaun Instagram anak beliau Serina Redzuawan menyatakan ayahnya di masukan ke wad hari ini akbitan kesihatan semakin menurun. Namun ramai pula yg menyatakan dan meluahkan perasaan atas gambar yg di muat turunkan itu. Ada sesetengah menytakan bahawa ini adalah balasan untuk seorang yg mulut celupah dan juga mungkin ini tanda untuk beliau dan kena minta maaf dengan org yg di kutuknya.

Apa pun kita doakan kesihatan yang baik kepada Datuk Chef Wan dan juga moga hubungan beliau dengan pengasas Qu Puteh Dato Vida semakin baik. Lagi baik kalau Dato Vida perli melawat Chef Wan di hospital sebagai tanda mereka tidak bergaduh dan saling berkawan. Apa pun sakit ni menghapuskan dosa2 kecil tapi kalau dosa2 terhadap manusia ni tak boleh terampun melainkan kita minta maaf dengan org yang kita katakan itu.