Edisi ke-37 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) telah diadakan dengan mengangkat tema ‘SATUKeunggulan’ yang membawa mesej penghargaan terhadap kejayaan artis tempatan yang terus mengangkat bakat Dan kebolehan mereka, bukan sahaja di tanah air, malah menembusi pentas antarabangsa pada era digital yang penuh mencabar.
Namun penganjuran kali ini dilihat tidak kurang sama seperti majlis annual dinner sebuah syarikat sahaja. Tiada lagi gah dan prestij seperti mana penganjuran terdahulu. Ini kerana majlis di adakan dalam dewan hotel yang jauh lebih kecil. Juga pentas yang sangat terhad dan kecil. Serta tahun ini hanya satu tajaan besar sahaja iaitu Daia.
Barisan pemenang juga dilihat berat kearah barisan pekerja Media Prima. Terutama bagi kategori Penyampai Radio Popular dan juuga Pengacara TV popular. Popular ker mereka ada fan club ker?
Kemenangan Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah binti Zakri sebagai Bintang Paling Popular sudah diramal. Ernie bejaya membawa pulang trofi dan juga wang tunai RM30,000 sahaja. Tidak seperti mana pemenang terdahulu hadiah lebih meriah. Beliau mengalahkan senarai top 5 kategori tersebut. Peliknya ada senarai top 5 untuk Bintang Paling Popular, tapi ada yang senarai top 5 tidak menang bagi kategori yang mereka tersenarai.
ABPBH 37 menampilkan kategori 16 kategori utama dan 5 kategori ekstra. Berikut merupakan senarai kategori Utama yang dipertandingkan pada ABPBH 2025 kali ini.
Anugerah bintang paling popular – Ernie Zakri
Anugerah pencapaian sepanjang hayat – Kumpulan Alleycats
Penyampai radio popular – Haiza (Cool FM)
Artis baharu lelaki popular – Jazmy Juma
Artis baharu wanita popular – Umairah
Penyanyi lelaki popular – Hael Husaini
Penyanyi wanita popular – Ernie Zakri
Aktor pembantu filem popular – Adam Lee
Aktres pembantu filem popular – Heliza Helmi
Aktor filem popular – Fattah Amin
Aktres filem popular – Sweet Qismina
Aktor pembantu TV popular – Nazim Othman
Aktres pembantu TV popular – Raja Azura
Aktor TV popular – Zahiril Adzim
Aktres TV popular – Emma Maembong
Artis komedi popular – Joey Daud
Pengacara TV popular – Fiza Sabjahan (WHI)
Berikut pula adakah senarai kategori Ekstra kali ini:
Gandingan Serasi Drama Popular - Shukri Yahaya dan Anna Jobling
Gandingan Serasi Filem Popular - Iedil Dzuhrie Alaudin dan Emma Maembong
Lagu Paling Boom Popular - Nurcinta (Amir Masdi)
Artis Kontroversi Popular - Fattah Amin
Seller Terpaling Popular - Datuk Seri Aliff Shukri dan Ammar Ahyan

0 comments: