Dunia Penuh Gosip - Ragam Dunia Penuh Gosip: Ragam - All Post
Memaparkan catatan dengan label Ragam. Papar semua catatan
Tak sah kalau setiap majlis anugerah tak ada cakap2 belakang oleh peminat industri sendiri. Begitu juga ABPBH 2014 yang telah berlangsung dengan jayanya di Arena Of Star Genting Higland. Bagi keyboard warrior juga tetap akan megembar gemburkan isu2 yang kadang2 tidak begitu serius tapi menarik untuk dibaca oleh penonton. Apa pun jom kita lihat beberapa cakap-cakap tentang ABPBH 2014.

1) Persembahan pembukaan oleh Faizal Tahir memukau semua penonton dan mendapat sorakan gemurah kerana persembahan yang penuh bertenaga selepas lebih 2 tahun menyepi dari industri muzik tanah air.

2) Gabungan pengacara AG, Amy Mastura dan Sherry Alhadad agak tidak seimbang dan kadang2 kusam kerana lawak yang tidak berapa menjadi. Namun Sherry pandai bermain dengan suasana dan kadang2 menceriakan kembali manjlis anugerah berprestij ini. 

3) Kemenangan bagi ketegori Pelakon Komedi Wanita Popular di lihat seperti ada yang tidak kena kerana pemenang tidak begitu menyerlah tahun lepas akibat cuti bersalin. Tetapi lebih kelihatan bakat Jehan Muse pada 2014 melalui program Maharaja Lawak Mega.


4) Namun ibu Didie Alias tetap maintain dengan gaya yang berani pada malam ABPBH 2014 apabila muncul dengan pakaian yang unik berlampu di leher dan juga sekuntum bunga besar di atas kepala yang menjadi trademark beliau tahniah ibu Didie.

5) Persembahan Atilia dan ibunya Salamiah Hassan kelihatan cacat akibat masalah kerosakan microfon yang ketara kerana mereka terpaksa berkongsi satu mic dalam persembahan tersebut. Sepatutnya masalah teknikal kecil2 ini tidak berlaku dalam majlis anugerah besar yang telah di rancang berbulan2 lamanya.

6) Setelah di umumkan memenangi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular, Johan muncul di kaca TV dengan image yang cukup berbeza dan lain apabila rambutnya diubah menjadi lurus. Johan nampak lebih bergaya dengan image tersebut dan semasa ucapannya Johan sempat berseloro tentang gayanya yang seakan sama dengan penyanyi popular Anuar Zain.


7) Gambar Johan bercumbu bersama isterinya selepas diumumkan menang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular menjadi sebaran di media social. Tapi apa salah pasangan suami isteri pun bukan bercumbu lama cuma kucupan mesra sahaja dan kebetulan kamera berada betul2 di hadapan mereka.

8) Juga menjadi viral di media social apabila reaksi spontan Neelofa tidak bersalaman dengan seorang lelaki selepas beliau di umumkan memenangi kategori Pengacara TV Wanita Popular. Lelaki tersebut di lihat berlari ke arah Neelofa untuk bersalaman tetapi tidak di endahkan oleh beliau dan aksi ini di rakamkan oleh kamera secara kebetulan.

9) Adira sekali lagi membuat gempak apabila kelihatan kain yang di pakainya tersangkut semasa beliau mahu keluar dari barisan kerusi artis untuk menerima anugerah Penyanyi Wanita Popular. Adira seperti menahan rasa malu beberapa minit untuk menarik kainya dan juga seperti membuat ulangan kesilapan pada malam Mentor Lagend dimana beliau jatuh di atas pentas.

10) Persembahan artis pada malam itu semuanya memberi persembahan terbaik termasuklah Dato Siti Nurhaliza bersama Dayang Nurfaizah yang menyanyikan lagu Allahyarham Dato Sharifah Aini. Manakala persembahan 4 jejaki yang vokal mantap iaitu Black, Hazama, Akim dan Azlan begitu memukau menyanyikan lagu Tan Sri S.M Salim.


11) Ayda Jebat kelihatan gugup dan gementar semasa membuat persembahan nyanyian lagu Wanita Terbahagian bersama Fina bintang Akedemi Fantasia yang telah lama menyepi tanpa lagu baru.

12) Ramai tidak tahu sebenarnya Sherry Alhadad sesetengah waktu mengacara di atas pentas tanpa memakai kasut tumit tingginya.

13) Shaheizy Sam tahun ini adalah tahun ke 3 beliau di nobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 namun masih kelihatan gugup dan gementar semasa memberi ucapan. Di iringin oleh ahli keluarga meraikan kemenangan di atas pentas dengan penuh keseronokan.