Memaparkan catatan dengan label TV3. Papar semua catatan
Drama Festival Kuala Lumpur 2018 kembali untuk edisi kelima dengan menampilkan tema #MasaUntukDrama. Selain menjadi platform untuk anak-anak muda mengasah bakat mereka melalui bengkel dan juga ujibakat yang diadakan. DFKL juga meraikan penggiat seni yang memartabatkan industri lakonan tanahair pada malam Anugerah DFKL 2018
.

Malam tersebut telah berlangsung malam tadi secara langsung di Putrajaya International Convention Center (PICC) yang mempertandingkan 11 kategori yang dipilih oleh penonton dan peminat. Malam tersebut telah diacarakan oleh Ajak Shiro dan juga Nabila Huda serta penampilan Mark Adam dan Khir Rahman melalui selingan lakonan bersama barisan penyampai dan juga artis jemputan.

Tahniah kepada drama Dekatkan Jarak Kita terbitan JS Picture apabila dinobatkan sebagai Drama Pilihan pada malam tersebut. Juga kepada pelakon Zul Arifin dan Janna Nick apabila dipilih sebagai Aktor Pilihan dan Aktress Pilihan pada malam tersebut. Senarai penuh pemenang seperti di bawah.

Senarai pemenang DFKL 2018:-

Drama Pilihan: Dekatkan Jarak Kita (JS Pictures Sdn Bhd)
Pengarah Pilihan: Heykal Hanifah (Titian Cinta)
Aktor Pilihan: Zul Ariffin (Titian Cinta)
Aktres Pilihan: Janna Nick (Biar Aku Jadi Penunggu)
Pasangan Pilihan: Syafiq Kyle dan Ayda Jebat (Dekatkan Jarak Kita)
Antagonis Pilihan: Syukri Yahya (Andainya Takdir)
Skrip Pilihan: Farhana Fauri (Titian Cinta)
Lagu Tema Pilihan: Sumpah Cintaku (Titian Cinta-Asfan)
Drama Pendek Pilihan: Manikam Dalam Lipatan
Drama Radio Pilihan : Bukan Cinta Biasa (Kool FM)
Drama Pilihan Tonton VIP: Zahir Tak Terucap (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)
Selfie Paling Drama: Ain Edruce






Kalau korang selalu tengok persembahan artis seperti Misha Omar, Anur Zain, Ning Baizura dan banyak lagi wajah Elvira ini sering kelihatan. Beliau ini ada dalam dunia seni muzik tanah air telah lama ada tapi kemunculan beliau hanya kadang-kadang pelengkap persembahan artis. Tapi dengan pengalaman dan juga bakat yang ada kini beliau mampu buktikan menjadi bintang bersinar.


Elvira telah diumumkan sebagai juara Mentor Otai akhir yang telah berlangsung malam tadi. Beliau menewaskan 3 lagi lawan lain iaitu Azee anak didik Zarul yang mendapat tempat kedua, manakala Kak Alina anak didik mentor Siti Sarah di tempat ketiga dan AJ anak didik Tam Spider di tempat keempat. 

Melalui kemenangan ini Elvira dan protege Misha Omar ini berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama trofi juara Mentor Otai. Pada malam akhir beliau membawa dua buah lagu secara solo dan berduet bersama Azlan Typewriter. Persembahan yang bertenaga dan mendapat pujian daripada dua orang juri tetap pada malam tersebut iaitu Edry Abdul Halim dan Mark Adam.

Selepas ini akan terus berkembang bakat dan juga kerjaya Elvira dalam dunia seni ini dan mejadi bintang yang bersinar kerana beliau begitu berbakat. Suara yang lantang dan tinggi adalah kelebihan wanita berusia 38 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur ini. 





Pensonic telah melancarkan Kempen ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ dengan lebih banyak ganjaran-ganjaran hebat sebagai tanda terima kasih kepada para pengguna di atas sokongan mereka. Tahun ini, satu rancangan baru yang menarik, 'Balik Kampung Bersama Pensonic' akan ke udara setiap hari Isnin, jam 6.00 petang mulai 30 April 2018.


Beberapa barisan artis tempatan bersama-sama dengan Chef kegemaran anda Dato Chef Haji Ismail sudah tentu akan membuatkan anda terpaku di hadapan kaca TV.


Di antara artis tempatan ‘hot’ yang akan muncul dalam rancangan ini ialah Hafidz Roshdi, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Amira Othman, Ashraf Muslim, Alif Satar, Erwin Dawson, Nur Risteena, Ruhainies, Ika Nabila dan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


Kali ini, rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ mengabadikan kenangan indah amalan tradisional ‘Balik Kampung’ di Hari Raya. DCH Ismail akan ‘Balik Kampung’ bersama selebriti ke kampung masing-masing dan berbual mengenai kenangan masa lalu. Kemudian, DCH Ismail dan selebriti akan memasak makanan yang mereka gemari di Hari Raya.


Penonton di rumah juga boleh sertai pertandingan Beli, Tonton & Menang setiap minggu selepas menyaksikan rancangan ini yang terdiri dari 8 episod untuk peluang memenangi hadiah yang bernilai RM200,000.00 termasuk Nissan X-Trail dan produk-produk peralatan rumah Pensonic dari 1 April hingga 30 June 2018. 


Pengguna hanya perlu mengikuti langkah-langkah peraduan seperti di bawah:
1. Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit.
2. 'Like' Facebook Pensonic & poster peraduan.
3. 'Share' poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada umum).
4. Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3.
5. PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB.
Para pengguna digalakkan untuk mengikuti (Follow) Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peraduan ini. 


Selain dari Hadiah Nissan X-Trail, Hadiah Istimewa termasuklah:
1. Mesin Basuh Pensonic 8.5kg
2. TV LED 43" Pensonic
3. Pendingin Udara Pensonic.   
4. Ketuhar 45L Pensonic 
5. Pengisar Nutri De Blender Pensonic 
6. Penyaman Udara

Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih dari peserta yang menyertai peraduan mingguan. Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3 setiap Hari Isnin jam 6.00 petang mulai 30 April 2018.


Rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ terdiri daripada 8 episod dimana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah 80 pemenang bagi kesemua 8 episod. Hadiah-hadiah mingguan peraduan akan dinyatakan dalam poster peraduan Beli, Tonton & Menang. Jika anda telah menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang tetapi gagal memenangi sebarang hadiah, jangan putus asa kerana anda masih berpeluang memenangi Hadiah Utama Nissan X-Trail bernilai RM137,000.00!.





Siapa sangka bakat penyanyi Mark Adam teserlah dalam dunia lawak apabila dinobatkan sebagai juara Super Bintang Bersama Bintang (SBBB) 2018. Malam kemuncak SBBB 2018 yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, di sini, diadili juri tetap, Saiful Apek dan juri jemputan, Fasha Sandha. 


Sebaik dinobatkan juara, Mark mengumumkan hasrat memberi RM15,000 setiap seorang kepada Achey, Ajak, Shuk dan Issey yang bersaing dengannya dalam program itu. Niat membahagikan RM60,000 daripada RM100,000 hadiah wang tunai yang dimenanginya pada pentas akhir program realiti itu diluahkan terus setelah diumumkan sebagai pemenang.

Pusingan awal yang dinamakan Arena Bintang Bersama Bintang 2018 adalah medan lawak era baharu yang menonjolkan cabaran enam peserta iaitu Ajak, Issey, Mark Adam, Achey, Shuk dan Abam. Bagaimanapun, Abam menjadi peserta tunggal yang tersingkir pada episod penyingkiran minggu keenam program realiti itu.

Setiap minggu, peserta paling menyerlah dengan sketsa sarat mesej berpeluang membawa pulang RM10,000. 





Ini yang kita mahukan dimana pelapis kepada generasi pencipta dan penyanyi baru untuk terus mewarnai dunia hiburan tanah air. Ini telah dibuktikan apabila 8 buah lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke 32 kali ini adalah penyanyi baru dan dari komposer yang baru. Ini satu petanda baik yang akan tidak mematikan muzik Malaysia.


Tahniah kepada 8 penyanyi baru yang pertama kali menjejak kaki ke peringkat AJL nanti antaranya adalah Syamel yang mana dua lagu ciptaannya dan nyanyiannya berjaya ke peringkat akhir. Lagu Lebih Sempurna dan lagu Aku Cinta duet bersama Ernie berjaya menambat hati juri.


Juga penyanyi baru lain yang layak ker AJL adalah Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Hael Husaini, Salma, Ara dan Khai Bahar. Juga terdapat komposer baru yang pertama kali layak ke peringkat akhir gandingan Gouffran dan Ibnu melalui dua buah lagu iaitu Tergantung Sepi dan Menahan Rindu.


Tapi tidak lupa juga beberapa artis otai yang bakal memberikan saingan hebat kepada semua muka-muka baru ini. Tambahan bila nama Dayang Nurfaizah disebut layak ker peringkat akhir dan juga Hazama. Juga komposer berpengalaman dalam AJL Ajai turut berjaya dengan dua lagu iaitu Separuh Mati Ku Bercinta dan Akhirnya Cinta


Siapa bakal bergelar Juara Lagu ke 32 dan siapa pula bakal memberikan saiangan Vokal Terbaik adakah masih Dayang Nurfaizah lagi. Sama-sama kita nantikan AJL 32 pada bulan Jan 2018 nanti. Tahniah semua yang berjaya lakukan yang terbaik.

Senarai 12 lagu ke AJL32 :-

Haqiem Rusli - Tergantung Sepi
Khai Bahar - Bayang
Wany Hasrita -  Menahan Rindu
Heal Hussaini - Jampi
Ara Johari - Warkah Untukku
Syamel - Lebih Sempurna
Syamel & Ernie - Aku Cinta
Salma - Akhirnya Cinta
Azmi Caliph Busker - Sejati
Altimet - Amboi
Hazama - Aku Yang Sebenar
Dayang Nurfaizah - Separuh Mati Ku Bercinta







Tahniah kepada semua pemenang pada malam Anugerah Skrin yang telah berlangsung secara langsung malam tadi di TV3 yang dipancarkan dari PWTC. Setelah berbulan-bulan semua drama dan filem yang tercalon diadili oleh juri profesional pada malam tadi semua 33 anugerah telah diumumkan.


Dimana sebalum itu pada sesi petang diadakan majlis anugerah prelude yang menyampaikan 13 anugerah kepada mereka yang terlibat dibelakang tabir. Manakala 20 lagi anugerah disampaikan pada malam kemuncak ASK 2017 yang diacarakan oleh gabungan 3 orang pengacara iaitu pelakon Fahrin Ahmad dan 2 orang pelawak Jihan Muse dan Syuk.

Pada malam itu penuh gemilang menobatkan Drama Terbaik kepada drama Pesan Dari Tuhan arahan Eirma Fatimah dari Rumah Karya Citra Sdn Bhd. Juga turut memangi 3 lagi anugerah lain termasuklah anugerah Pengarah Terbaik Drama.

Manakala filem Hanyut arahan U-Wei Haji Saari mengungguli kategori filem apabila membawa pulang 5 anugerah pada malam tersebut. Termasuk anugerah utama Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik Filem serta Pelakon Pembantu Terbaik Filem Lelaki dan Wanita

Paling best adalah kemenangan Sangeeta Krishnasamy dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem yang pernah dimenangi pada FFM yang lepas melalui filem sama iaitu Adiwiraku. Apa pun tahniah kepada pemenang dan persembahan pada malam ASK ini pun sangat menarik terutama persembahan daripa Hael dengan lagu Jampi yang seperti taraf persembahan malam AJL jer tengok.

Senarai penuh pemenang 

Malam Kemuncak ASK 2017

DRAMA TERBAIK
Pesan Dari Tuhan (Rumah Karya Citra Sdn Bhd)

FILEM TERBAIK
Hanyut (Tanah Licin Sdn Bhd)

DRAMA RANTAIAN TERBAIK
My Sweet Lavender (Orangetree Production Sdn Bhd)

PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA
Hasnul Rahmat (Kapcai Ayah)

PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA
Fasha Sandha (Terima Kasih Ramadan)

PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM
Khir Rahman (Rock Bro)

PELAKON WANITA TERBAIK FILEM
Sangeeta Krishnasamy (Adiwiraku)

PENGARAH TERBAIK FILEM
U-Wei Haji Saari (Hanyut)

PENGARAH TERBAIK DRAMA
Eirma Fatima (Pesan Dari Tuhan)

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA
Remy Ishak (Pesan Dari Tuhan)

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK DRAMA
Azizah Mahzan (Terima Kasih Ramadan)

LAKON LAYAR TERBAIK
U-Wei Haji Saari (Hanyut)

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM
Khalid Salleh (Hanyut)

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM
Diana Danielle (Hanyut)

LAKON TV TERBAIK
Eirma Fatima (Pesan Dari Tuhan)

DRAMA KOMEDI TERBAIK
Budak Ijat (Radius One Sdn Bhd)

PELAKON KOMEDI TERBAIK
Ellie Suriaty (Papa Sayang)

RANCANGAN ANUGERAH TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 31 - Zamzuri Zaini

RANCANGAN REALITI TERBAIK
Mentor Milenia 2017 (Akhir) - Khirul Fikry Mustafa

RANCANGAN MAJALAH TERBAIK
Misi-K 2016 (Misi Kemanusian Pulau Cebu Filipna) - Mazlin Nordin & Christine Lee Mei Chin

ANUGERAH BINTANG OLAY
Anim Ezati

Majlis Prelude ASK 2017

VIDEOGRAFI DRAMA TERBAIK
Terima Kasih Ramadan - Mahadi Said

PENYUNTING DRAMA TERBAIK
Terima Kasih Ramadan - S.C Elliot

DRAMA RANTAIAN POPULAR MEDIA SOSIAL
Pergilah Air Mata (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)

RANCANGAN DOKUMENTARI TERBAIK
Jejak Rasul As-Salam (Batu Terapung) - Mohd Fasil Mohd Idris

RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK
Wanita Hari Ini - Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan

RANCANGAN HIBURAN TERBAIK
Melodi Raya - Michelle Wee

LAPORAN KHAS BERITA TERBAIK
Buletin Utama (Ulat Parkir) - Hafizi Rosli

VIDEOGRAFI TERBAIK
Mahligai Cinta - Mohd Adli Maaris

SUNTINGAN TERBAIK
Mana Kawan Adik - Dzulkifli Shaari

PENATAAN CAHAYA TERBAIK RANCANGAN SIARAN LANGSUNG
Anugerah Juara Lagu 31 - Nageswaran Ramanujem

PENATAAN BUNYI TERBAIK RANCANGAN SIARAN LANGSUNG
3 Juara - Nor Azhar Md Amin

REKA BENTUK SET TERBAIK
Rentak Juara Ke-17 Akhir - Siti Nur Mat Arip

MONTAJ TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 31 - Hafiz Mohd Nordin







Selama program ini bermula sejak daripada musim pertama hingga ke musim kedua tidak lepas daripada kontroversi yang dicipta sendiri oleh mereka demi mendapat ranking tinggi. Tapi ia tetap diteruskan sehingga ke tahun ini dan sekarang telah berakhir dan menobatkan juara baru.

Sara Amelia dari Perak telah menjuarai Clever Girl musim ke 2 dan membawa pulang wang tunai RM100,000 serta trofi. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Fadila dari Negeri Sembilan membawa pulang wang tunai RM10,000.


Program ini pada awal menimbulkan kontroversi apabila, salah seorang peserta iaitu Kiera menarik diri dan mendakwa program tersebut bersikap pilih kasih serta memberi jawapan awal kepada peserta pilihan.

Ia bagaikan terbukti apabila minggu lalu salah seorang peserta final iaitu Shazana menjawab soalan yang diajukan Datin Sharifah Shawati sebelum sempat memberi jawapan penuh. Menerusi video yang tular di media sosial, netizen mula mempersoalkan ketelusan program bagi mencari gadis terpintar di Malaysia ini.

CGM juga tidak menggunakan sistem undian baik khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun juri profesional. Sebaliknya, setiap peserta CGM dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan kuiz berdasarkan kepintaran dan pengetahuan semasa pada hari pertandingan setiap minggu.







Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga peserta peringkat akhit program dakwah di TV3 Da'i yang telah masuk musim ke 5 tahun ini. Tahniah sekali lagi kepada Da'i Hakim, Da'i Fahmi dan satu-satunya peserta wanita ke peringkat akhir iaitu Da'i Afiqah. Anda semua memang hebat dan hanya rezeki sahaja penentu pada malam akhir itu.


Akhir segala telah ditentukan tuhan juara milik Da'i Hakim yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai, trofi Da'i dan juga pakej umrah. Progrma ini telah berlangsung di Sri Pentas 2 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, minggu lalu. Difahamkan, rancangan dakwah musim terbaru dalam misi mencari pendakwah pada peringkat akhir Ahad lalu, berjaya meraiah 3.6 juta penonton.

Manakala Da’i Afiqah dan Da’i Fahmi yang telah merangkul tempat kedua dan ketiga. Selain itu, Da’i Aiman telah dipilih oleh penaja utama, Almas Beauty and Health sebagai Da’i Pilihan Almas.

Setiap peserta diberikan masa lima minit untuk dua tema persembahan iaitu Masyarakat Kini dan Bebas. Penilaian pada peringkat akhir itu dilakukan dua juri tetap iaitu Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail.







Malam tadi berakhirnya satu anugerah yang sudah cecah usia 30 tahun penganjurannya dan telah menobatkan bintang paling popular setiap tahun. Anugerah yang memberi peluang kepada pemenangnya untuk start demand dan letak harga mahal lepas itu. Inilah dia Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 yang berlangsung di PICC semalam.


Tahniah buat Bintang Paling Popular 2017 iaitu Fattah Amin setelah diumumkan oleh pengacara paling kelam kabut di dunia Kak Ogy dan juga pengacara pasrah Zulin Aziz dan Faizal Ismail. Nampak sangat stage dikuasai oleh Kak Ogy dan membuatkan pengacara dua orang lagi seperti tempelan sahaja.

Lepas anugerah ini membuktikan populariti tidak dinilai daripada bakat cukup sekadar buat perkara yang viral kemudian terus ada peminat dan akhirnya jadi paling popular. So sebab itu industri kita dilabel sebagai tiada kualiti lebih banyak populariti sahaja. Tapi nak buat macam mana anugerah dah dinobatkan pemenang dan naik pentas.

Jom kita lihat senarai penuh pemenang #ABPBH30

Anugerah Bintang Paling Popular : Fattah Amin
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Ella

Kategori Utama
Artis Baharu Lelaki Popular : Khai Bahar
Artis Baharu Wanita Popular : Sweet Qismina
Pelakon Filem Lelaki Popular : Zul Arifin
Pelakon Filem Wanita Popular : Fazura
Pelakon TV Lelaki Popular : Fattah Amin
Pelakon TV Wanita Popular : Janna Nick
Penyanyi Lelaki Popular : Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular : Siti Nordiana
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular : Akim & The Majistret
Artis Komedi Popular : Zizan Razak
Artis Versatil Popular : Ifa Raziah
Pengacara TV Popular : Neelofa
Penyampai Radio Popular : Radin (ERA)

Kategori Online
Gandingan Serasi Drama : Fattah Amin + Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)
Personaliti Media Sosial : Makhlokmacho
Artis Sensasi : Fattah Amin
Artis Berpengaruh di Laman Sosial : Neelofa








Anugerah setiap tahun tidak pernah miss dan tahu ni telah ceccah usia 30 tahun penganjurannya. Telah banyak menobatkan bintang popular di Malaysia dan telah menaikan banyak nama. Tahun ini giliran siapa pula untuk menang lagi dalam ABPBH3.0. Bakal diadakan secara langsung di TV3 dan di PICC Putrajaya pada 14 Mei 2017.


Tapi tahun ini macam telalu cepat pencalonan untuk pemilihan top 5 mereka. Tak sempat orang ramai nak mengundi sebab tahun ini ia lebih kepada pengundian melalui online tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Adakah kerana masalah ekonomi perjalanan tahun ini juga seperti tidak sempurna kerana tahun ni tak ada sesi jelajah anugerah seperti mana yang dilakukan tahun-tahun lepas.

Apa pun jom kita tengok senarai penuh top 5 yang akan bersaing pada malam anugerah nanti mengikut kategori.


Kategori Utama ABPBH 3.0

Artis Baharu Lelaki Popular
AIMAN TINO
ALVIN CHONG
HAQIEM RUSLI
KHAI BAHAR
TAJUL ARIF
Artis Baharu Wanita Popular
AZIRA SHAFINAZ
ELVINA MOHAMAD
MAWAR RASHID
SWEET QISMINA
WANY HASRITA
Pelakon Filem Lelaki Popular
ALIF SATAR
IZZUE ISLAM
REMY ISHAK
SYAMSUL YUSOF
ZUL ARIFFIN

Pelakon Filem Wanita Popular
ERRA FAZIRA
FAZURA
NELYDIA SENROSE
REEN RAHIM
SITI SALEHA

Pelakon TV Lelaki Popular
AIMAN HAKIM RIDZA
ASHRAF MUSLIM
FATTAH AMIN
SHUKRI YAHAYA
SYAFIQ KYLE

Pelakon TV Wanita Popular
AYDA JEBAT
JANNA NICK
MIA AHMAD
MIRA FILZAH
NEELOFA

Penyanyi Lelaki Popular
AIMAN TINO
ALIF SATAR
FAIZAL TAHIR
KHAI BAHAR
TOMOK

Penyanyi Wanita Popular
AMIRA OTHMAN
AYDA JEBAT
SITI NORDIANA
STACY
WANY HASRITA

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular
AKIM & THE MAJISTRET
BUNKFACE
FORTEEN
KHALIFAH
PROJECTOR BAND

Artis Komedi Popular
ABAM
ISSEY
JEP
JOHAN
ZIZAN RAZAK

Artis Versatil Popular
ALIF SATAR
DIDIE ALIAS
IFA RAZIAH
ZIZAN RAZAK
ZULIN AZIZ
Pengacara TV Popular
ALIF SATAR
MIRA FILZAH
NABIL AHMAD
NEELOFA
ZIZAN RAZAK

Penyampai Radio Popular
DJ LIN (SURIA)
HAIZA (KOOL)
IKHWAN (KOOL)
JOHAN (ERA)
RADIN (ERA)

Kategori Online ABPBH 3.0

Gandingan Serasi Drama
Alif Satar + Siti Nordiana (Dia Semanis Honey)
Fattah Amin + Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)
Raja Afiq + Niena Baharun ( Sayangku Kapten Mukhriz)
Sharnaaz Ahmad + Ayda Jebat ( Awak Sangat Nakal)
Shukri Yahaya + Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)
Gandingan Serasi Filem
Awie + Erra Fazira (Warna Cinta Impian)
Izzue Islam + Juliana Evans (Alif 7 Dimensi)
Keith Foo + Fazura  (Langit Cinta)
Syamsul Yusof + Nabila Huda (Munafik)
Zahiril Adzim + Shera Aiyob (Juvana 3)

Personaliti Media Sosial
Luqmanpodolski
Makhlokmacho
Mat Luthfi
Nizam Rahman
Vivy Yusof

Artis Sensasi
Adira
Elly Mazlein
Fattah Amin
Neelofa
Uqasha Senrose

Artis Berpengaruh di Laman Sosial
Ayda Jebat
Datuk Siti Nurhaliza
Neelofa
Nora Danish
Zizan Razak





Berakhir sudah program Mentor Milenia akhir malam tadi apabila peserta paling muda dari Sabah protege Akim iaitu Elica dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Elica menewaskan 3 lagi peserta akhir iaitu Usop, Along dan Sheera. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000, sebuah trofi dan juga percutian ke London


Tempat kedua pula milik protege Hazama iaitu Usop yang berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 dan juga trofi. Ramai peminat dan penonton berharapkan Usop boleh menjadi juara namun persembahan yang tidak bergitu mantap dan pemilihan lagu yang kurang tepat menjadi punca kekalahan beliau. 

Manakala ditempat ketiga milik protege Tomok iaitu Along yang membawa pulang wang tunai RM20,000 dan juga trofi. Di tempat keempat pula milik protege Black iaitu Sheera membawa pulang wang tunai RM10,000 dan juga trofi. 

Peserta akhir diadili juri tetap dan jemputan yang mewakili 50%, manakala selebihnya juri awam sebanyak 20% dan 30% undian online penonton. Peserta akhir Mentor Milenia 2017 membuat dua persembahan solo dan duet dengan penyanyi jemputan antaranya Siti Nordiana, Misha Omar, Hael dan Salma.





Tahniah kepada Drama 7 Hari Mencintaiku mendominasi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) apabila memenangi enam daripada sembilan anugerah yang dipertandingkan. Anugerah DFKL 2017 yang bertemakan #CeritaKita disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam tadi.


Program diacarakan oleh Rita Rudaini, Sherry Al Hadad dan AG, anugerah yang memasuki tahun keempat penganjurannya turut dihiburkan dengan Elyana, Dayang Nurfaizah dan Sissy Imann.

Berikut senarai penuh pemenang Anugerah DFKL 2017:
Aktor Pilihan: Shukri Yahaya (7 Hari Mencintaiku)
Aktres Pilihan: Mira Filzah (Cinta Si Wedding Planner)
Drama Pilihan: 7 Hari Mencintaiku
Pengarah Pilihan: Jamal Khan (7 Hari Mencintaiku)
Penulisan Skrip Pilihan: PGRs Team (7 Hari Mencintaiku)
Antagonis Pilihan: Izzue Islam (Patahnya Sebelah Sayap)
Pasangan Pilihan: Shukri Yahaya dan Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)
Lagu Pilihan: Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah (7 Hari Mencintaiku)
Drama Pilihan Tonton VIP: Meh Sandar Pada Aku






Kini telah 4 tahun pengajuran DFKL bagi mencungkil bakal baru dalam dunia drama di Malaysia. Tahun ini menyaksikan ia lebih mantap dan lebih hebat dengan aktiviti yang dirancang sepanjang penganjurannya. Pasti tahun ini lebih menekankan kepada kualiti dan juga hasil karya yang terbaik melalui bengkel, sesi perkongsian idea dan juga ujibakat.


Salah satu program sepanjang DFKL adalah majlis anugerah. Anugerah DFKL diadakan bagi mengiktiraf drama-drama yang bersiaran sepanjang tahun 2016. Tugas anda sebagai penonton menentukan drama dan artis kesayangan anda dinobatkan sebagai pemenang Anugerah DFKL, sila lengkapkan undian sekarang. Tarikh Tutup Undian adalah pada 20 Mac 2017 jadi undi sekarang juga di https://www.dfkl.com.my.

Kemuncak DFKL 2017 akan diakhiri dengan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 yang akan diadakan secara langsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Anugerah gilang gemilang ini akan menemui penonton pada 9 April 2017, Ahad jam 9 malam di TV3. Siapakah bakal juara kita saksikan malam kemuncak DFKL 2017.






Tahniah kepada Dayang Nurfaizah kerana buat pertama kali begelar juara dalam majlis anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu 31 semalam. Dayang menerusi lagu Lelaki Teragung ciptaan Natasyah dan lirik oleh Iman Imran menewaskan 11 lagi lagu yang turut bertanding.


Majlis anugerah yang ditayangkan secara langsung di TV3 dan juga Tonton live streaming juga di GSC Melaka mendapat perhatian ramai. Ini kerana kebanyakan peserta gandingan muka baru dan juga lama yang telah otai dalam AJL. Namun persaingan hebat diberikan oleh semua peserta pada malam tersebut.


Dayang juga turut menang melalui kategori Vokal Terbaik untuk kali ketiga berturut-turut yang membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000. Manakala kumpulan Khalifah menang kategori Persembahan Terbaik melalui undian penonton. Senarai penuh pemenang pada malam akhir Anugerah Juara Lagu ke 31. 

Juara (RM50 ribu) - Dayang Nurfaizah (Lelaki Terakhir)
Naib Juara (RM35 ribu) - Hafiz/Misha Omar (Terimaku Seadanya)
Tempat ke3 (RM20 ribu) - Projector Band (Sudah Ku Tahu)
Vokal Terbaik (RM12 ribu) - Dayang Nurfaizah (Lelaki Terakhir)
Persembahan Terbaik (RM12 ribu) - Khalifah (Hang Pi Mana)


Tahniah kepada semua pemenang dan juga tidak kurang hebatnya persembahan semua peserta lain yang memberikan saingan. Namun apakan daya bukan rezeki menyebelahi peserta lain. Paling best persembahan Akim & Majistret, Hazama dan juga Hafiz bersama Misha memang memukau.





Anugerah yang julung kalinya diadakan ini mengiktiraf artis dalam dunia hiburan ini melalui pilihan peminat mereka. Anugerah Melodi anjuran bersama TV3 dan disokong oleh TV9, portal video Tonton, Kool FM, HOT FM dan Studio 8 telah ditayangkan secara langsung pada 10 Disember 2016 bertempat di Dewan Tun Dr Ismail PWTC Kuala Lumpur.


Kemenangan juga banyak yang telah diramalkan dan tahniah buat semua barisan pemenang pada malam tersebut. Barisan pemenang telah ditentukan melalui undian sepenuhnya penonton di www.anugerahmelodi.com.my. Di senaraikan semua pemenang mengikut 10 kategori yang dipertandingkan. 

Personaliti Filem Melodi - Zizan Razak
Personaliti Muzik Melodi - Ayda Jebat
Personaliti Drama Melodi - Fattah Amin
Personaliti Pengacaraan Melodi - Neelofa
Personaliti Komedi Melodi - Jep Sephatu
Personaliti Sukan Melodi - Dato' Lee Chong Wei
Personaliti Pasangan Sensasi Melodi - Akim & Stacy
Personaliti Media Sosial Melodi - Ayda Jebat
Personaliti Fesyen Melodi - Nazim Othman
Personaliti Sensasi Melodi 2016 - Ayda Jebat

Anugerah Khas
Personaliti Luar Negara Melodi 2016 - Afghan
Personaliti Drama Korea Paling Berpengaruh - Park Bo-Gum




Berlangsung secara langsung di TV3 dari PICC Putrajaya rancangan Anugerah Skrin 2016 menobatkan juara setiap kategori. Barisan pelakon dan juga mereka yang berada dibelakang tabir diiktiraf dengan karya terbaik mereka. Seperti mana semua tahu kemenangan calon diluar jangkaan dan tidak pernah terfikir akan menang.



Kalau dah rezeki tak kemana juga seperti mana kemenangan Namron yang dinobatkan sebagai Pelakon Drama Lelaki Terbaik. Beliau yang telah lebih 10 tahun dalam dunia lakonan katanya tidak pernah menerima apa-apa anugerah dan ASK adalah anugerah pertama yang beliau menang. Juga mengejutkan kemenangan Pelakon Filem Wanita Terbaik yang diramalkan sebelum ini adalah milik Nabila Huda tetapi sebaliknya dimenangi oleh Maya Karin melalui Filem Nota.

Saksikan senarai penuh pemenang pada malam gemilang ASK 2016 :

Kategori Drama 

 

Drama Terbaik - Fatin
Pengarah Terbaik - Razaisyam Rashid (Fatin) 
Videografi Terbaik - Idham Mad Din (Fatin) 
Lakon TV Terbaik - Siti Jasmina Ibrahim (Rekah)
Pelakon Lelaki Terbaik - Beto Khushairy (Ramadhan Berteduh Syawal)
Pelakon Wanita Terbaik - Tiz Zaqyah (Cermin Kasih)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Jalil Hamid (Calon Syurga)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Fazlina Ahmad Daud (Cermin Kasih)
Drama Rantaian Terbaik - Wadi
Penyunting Terbaik - Izhar Masuri (Rekah) 
Drama Rantaian Popular Media Sosial - Kau, Aku, Kita
Drama Komedi Terbaik - Mak Cun 2
Pelakon Komedi Terbaik - Erma Fatima (Mak Cun 2)

 

Kategori Filem 

 

Filem Terbaik - Redha
Pengarah Terbaik - Syamsul Yusof (Munafik) 
Lakon Layar Terbaik - Wan Hasliza (Love Supermoon)
Pelakon Lelaki Terbaik - Namron (Redha) 
Pelakon Wanita Terbaik - Maya Karin (Nota) 
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Hushairi Bin Husain (Polis Evo)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Fauziah Ahmad Daud (Langit Cinta)

 

Kategori Bukan Drama

 

Dokumentari & Majalah Terbaik - Wira Beret Semerah Hati (Majalah 3)
Bual Bicara Terbaik - Halaqah 2016 (Terlepasnya Ikatan Dajjal)
Rancangan Hiburan Terbaik - Buskestra
Laporan Khas Berita Terbaik - Pertemuan Semula Highland Tower (Berita TV9)
Rancangan Realiti Terbaik - Let’s Cycle 2
Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Juara Lagu 30 

 




Buat julung kalinya, program infotainmen paling popular, Melodi mempersembahkan acara berprestij iaitu Anugerah Melodi 2016! Acara anugerah sensasi tanahair yang paling dinantikan ini bakal memberikan pengiktirafan kepada para aktivis seni tanahair yang pastinya memberikan impak hebat dalam pesada hiburan tempatan!


Mampukah anugerah ini menyaingi anugerah lain yang telah lama tertapak dalam industri atau hanya anugerah suka-suka sahaja. Korang boleh mula mengundi semua pencalonan akhir ini melalui dalam talian. Pastikan artis kesayangan anda menang mengikut kategori yang telah dicalonkan. Anugerah ini bakal berlangsung pada 10 Disember 2016 secara langsung di TV3.


Senarai penuh pencalonan Anugerah Melodi 2016.

PERSONALITI SENSASI MELODI 2016 (*Anugerah Utama / Ultimate Award)
1) Sharnaaz Ahmad
2) Mira Filzah
3) Janna Nick
4) Ayda Jebat
5) Zizan Razak

PERSONALITI FILEM MELODI
1) Shaheizy Sam
2) Zizan Razak
3) Shamsul Yusof
4) Nabila Huda
5) Bront Palare

PERSONALITI MUZIK MELODI
1) Yuna
2) Faizal Tahir
3) Akim Ahmad
4) Ayda Jebat
5) Shila Amzah

PERSONALITI DRAMA MELODI
1) Saharul Ridzwan
2) Mira Filzah
3) Janna Nick
4) Fattah Amin
5) Amyra Rosli

PERSONALITI PENGACARAAN MELODI
1) Awal Ashaari
2) Fauziah Dato Ahmad Daud
3) Alif Satar
4) Neelofa
5) Datuk Rosyam Nor

PERSONALITI SUKAN MELODI
1) Datuk Lee Chong Wei
2) Pandelela Rinong
3) Abdul Latif Romly
4) Ridzuan Puzi
5) Muhammad Ziyad Zolkifli

PERSONALITI KOMEDI MELODI
1) Abam
2) Achey
3) Mark Adam
4) Ebby Yus
5) Jep

PERSONALITI PASANGAN SENSASI MELODI
1) Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
2) Awal Ashaari & Scha Alyahya
3) Zain Saidin & Rozita Che Wan
4) Yusry & Lisa Surihani
5) Akim & Stacy

PERSONALITI MEDIA SOSIAL MELODI
1) Nelydia Senrose
2) Nora Danish
3) Emma Maembong
4) Ayda Jebat
5) Zizan Razak

PERSONALITI FESYEN MELODI
1) Wak Doyok
2) Nazim Othman
3) Rozita Che Wan
4) Fazura
5) Zahirah Mcwilson






Media Prima terus komitment dalam memberikan yang terbaik dalam semua ptogram tv penyiarannya. Masih meneruskan Anugerah SKRIN tahun ini walaupun mendapat pencalonan yang kurang. Ini kerena Astro dan RTM tiada menghantar pencalonan tahun ini dan hanya program tv media prima sahaja yang bertanding.


Terdapat kategori Drama Rantaian Popular Media Sosial, Drama Terbaik, Filem Terbaik, Penerbitan Dalaman dan Teknikal. Seperti biasa 10 drama yang tercalon dalam kategori drama terbaik dan siapa bakal merangkul anugerah utama itu. 

Senarai pencalonan Anugerah SKRIN 2016.

DRAMA RANTAIAN POPULAR MEDIA SOSIAL
1) MENONGKAH KASIH
2) SATU CINTA
3) KAU, AKU, KITA 

PENERBITAN DALAMAN DAN TEKNIKAL

DOKUMENTARI & MAJALAH TERBAIK
1) Projek Da’I Ep 2 : Projek Buku Mewarna-Da’i Hidayu & Adik Rose     
2) Ramadan Sana Sini: Oman
3) Op Maritim Ep 1     
4) Sounds Of Muslims: Komotini, Greece
5) Majalah 3: Wira Beret Semerah Hati     
6) Hijab Stalista Ep 2: China

BUAL BICARA TERBAIK
1) Singgah Sahur 2016     
2) Halaqah: Terlepasnya Ikatan Dajjal
3) Wanita Hari Ini: Istimewa Hari Bapa     
4) Nasi Lemak Kopi O: Walimatul Urus Anzalna Nazir
5) Malaysia Hari Ini   
 
RANCANGAN HIBURAN TERBAIK
1) Ye Ke Raya?     
2) Lari: Lari Mencari Mr X
3) Muzik-muzik Separuh Akhir Ep3-Ep6     
4) Ke Indonesia Ke Kita
5) Jawatankuasa Kampung Kalut     
6) Buskestra

LAPORAN KHAS BERITA TERBAIK
1) Buletin Utama: Nasib Dr. Gigi     
2) Berita TV9: Highland Towers
3) Buletin Utama: Lorong Kecemasan     
4) Berita TV9: Miskin Bandar
5) Buletin Utama: Cerai Muda     
6) Berita TV9: Awasan Harga (Ikan Kuala Selangor)

RANCANGAN REALITI TERBAIK
1) Mentor Milenia: Akhir    
2) Clever Girl: Akhir    
3) Da’I Musim Ke 3: Pentas Akhir     

RANCANGAN ANUGERAH TERBAIK
1) Anugerah Juara Lagu 2015    
2) Anugerah Skrin 2015    
3) Drama Festival Kuala Lumpur 2016

MONTAJ TERBAIK
1) Dunia Tersembunyi     
2) Halaqah 2016
3) Qari Jr 2016     
4) Ramadan Sana Sini   
5) Sounds Of Muslims

SUNTINGAN TERBAIK
1) Jejak Rasul As Salam     
2) Sounds Of Muslims: Komotini, Greece
3) Menjadi Diriku Azmil     
4) Ramadan Sana Sini: Oman
5) Projek Da’I     
6) Ke Indonesia Ke Kita

VIDEOGRAFI TERBAIK
1) Menjadi Diriku Azmil     
2) Sounds Of Muslims: Komotini, Greece
3) Majalah 3 Ep 25: Surat Dari Banding/ Ramadan Di Samudera/ Ramadan Di Ruang Angkasa     
4) Ke Indonesia Ke Kita
5) Jejak Rasul As Salam ( Ukhuwah Muslim Tanah Tinggi)     
6) Ramadan Sana Sini: Oman

PENATAAN CAHAYA TERBAIK RANCANGAN SIARAN LANGSUNG 
1) Anugerah Juara Lagu 30    
2) Anugerah Bintang Popular 29    
3) Mentor Milenia Final     

PENATAAN BUNYI TERBAIK RANCANGAN SIARAN LANGSUNG

1) Anugerah Juara Lagu 30    
2) Anugerah Bintang Popular 29    
3) Konsert Festival AJL 30

DRAMA TERBAIK
1) KU HARAMKAN SUSU ITU
2) KHILAF SEORANG ISTERI
3) RAMADAN BERTEDUH SYAWAL
4) PONDOK ITU RUMAHKU
5) FATIN
6) CALON SYURGA
7) BILA TIBA SAATNYA
8) ANAK IBU BUANGAN IBU
9) CERMIN KASIH

FILEM TERBAIK
1) NOTA
2) REDHA
3) SHOWDOWN
4) MUNAFIK
5) PELEPAS SAKA
6) MAT MOTO- KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
7) LANGIT CINTA
8) ISTERI UNTUK DIJUAL
9) MAT MOTO
10) KERANDA TOK WAN TERBANG
11) BANGLO BERKUNCI
12) JUVANA-TERPERANGKAP DALAM KEBEBASAN
13) LOVE SUPERMOON
14) BADI
15) REMBAT
16) JWANITA
17) GIRLFRIEND KONTRAK
18) POLIS EVO
19) BRAVO 5
20) JEJAK WARRIORS
21) CCTV



Program realiti berkonsepkan dakwah islamiah Dai Pendakwah Nusantara musim ke empat kini sudah menutup tirai pada Ahad 9 Oktober 2016 bertempat di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral Shah Alam. 3 peserta akhir bersaing pada malam tersebut untuk merebut gelaran juara.


Rezeki milik Dai Niezal yang telah dipilih oleh barisan juri pada malam tersebut. Anak kelahiran Terengganu ini membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, trofi, pakej umrah untuk 2 Orang dan hadiah iringan tajaan Almas. Tempat kedua pula milik Dai Nasrul dan ketiga milik Dai Saiful yang masing-masing membawa pulang hadiah RM5,000 berserta hadiah iringan tajaan Almas.

Tahniah TV3 sekali lagi berjaya melahirkan pendakwah melenia yang akan terus memperjuangkan sunnah Rasullullah di dunia akhir zaman ini. Moga lepas ini program tv lain juga turut mengikut jejak ini untuk meramaikan lagi pendakwah di negara kita. 




 

Program yang pada mulanya mendapat cemuhan dan kutukan darpada netizen kerena peserta yang tidak dapat menjawab soalan mudah kini telah sampai kekemuncak. Bermula daripada 14 peserta yang mewakili 14 buah negara kini telah sampai keakhir dengan 4 peserta sahaja. Secara langsung telah di tayangkan di TV3 pada malam tadi.


4 peserta yang beraksi diakhir adalah Fatin dari Kelantan, Arina dari Selangor, Mary dari Pahang dan Jane dari Perak. Namun tuah berpihak kepada Fatin Nuraisya Mohd Hanipha atau Fatin muncul juara edisi pertama program berkonsep kuiz, Clever Girl Malaysia (CGM) terbitan TV3, malam ini. 

Fatin yang mengenepikan tiga lagi pencabarnya iaitu Arina Mohd Fairin Lum dari Selangor; Mary Josephine Muhammad Houston (Pahang ) dan Lam Wai Chuin (Perak) membolot wang tunai RM100,000 beserta trofi. Arina yang diumumkan naib juara menerima wang tunai RM10,000. Hadiah disampaikan pengacara CGM Alif Satar. Program yang disiarkan sejak 13 Mac lalu selama 10 minggu diwakili 14 peserta kesemuanya yang mewakili setiap negeri di negara ini dan setiap minggu menyaksikan episod penyingkiran bagi peserta yang mendapat markah terendah. 


Malah rancangan itu juga tidak menggunakan sistem undian baik khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun juri profesional, sebaliknya setiap peserta CGM dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan kuiz berdasarkan kepintaran dan pengetahuan semasa pada hari pertandingan setiap minggu.