Memaparkan catatan dengan label Tahun Baru Cina. Papar semua catatan
Dalam kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina yang disemai dengan semangat berkongsi dan mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga, eCurve telah membawa warga emas dari Persatuan Rumah Amal Murni, Kajang untuk merasai suasana kempen 'Blossoms of Spring' yang berwarna-warni dan meriah di eCurve baru-baru ini.


Sejurus mereka tiba, para tetamu dibawa masuk ke kawasan Centre Atrium yang telah diubah suai indah menjadi sebuah laman berunsurkan elemen Cina dihiasi tanglung berwarna warni, rekabentuk patung batu singa yang unik dan sebuah pagoda yang tersergam gah.

Persembahan muzikal Spring Sensation Dance yang telah direka tari khas merupakan kemuncak acara pada hari itu. Dengan pakaian yang memukau dan berkilauan dipadankan bersama kipas bercorak bunga, para penari mempersembahkan tarian yang anggun diiringi alunan melodi tradisional dan kontemporari Cina. Sejajar dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina, aksi hebat dan berani yang dipersembahkan oleh kumpulan tarian singa akrobatik turut mengagumi para penonton. Tetamu istimewa ini turut dipersembahkan dengan limau mandarin yang melambangkan tuah bagi tahun baru.


Sebelum acara berakhir, tetamu-tetamu dari Persatuan Rumah Amal Murni turut menerima hadiah dan Ang Pow Tahun Baru Cina dari pihak eCurve sebelum menuju ke Skaters Dim Sum untuk menikmati sesi jamuan Tahun Baru Cina yang lazat.

Pengunjung boleh berkunjung ke Blossoms of Spring dari 31 Disember 2019 sehingga 27 Januari 2020 di Centre Atrium eCurve. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke laman yang dihias indah dengan elemen Cina serta menonton persembahan secara langsung yang menarik, termasuk persembahan tarian singa.


Sepanjang tempoh kempen berlangsung, eCurve turut memberi peluang kepada pengunjung untuk menebus hadiah eksklusif sempena musim perayaan seperti Fortune Candy Container dan paket Ang Pow dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM188 dalam maksimum dua resit. Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat, sementara stok masih ada.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Blossoms of Spring Tahun Baru Cina eCurve? Sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve di 03-7725 0277 atau layari www.ecurve.my atau laman Facebook di www.facebook.com/eCurveMall atau laman Instagram di www.instagram.com/ecurve_official









Bersedia untuk membakar mercun kerana perayaan Tahun Baru Cina bakal menjelma! Pada tahun ini, pengunjung yang pulang ke Malaysia atau sekadar melawat pasti boleh merasai kemeriahan perayaan ini di gateway@klia2 kerana hiasan bunga ‘peony’ di ‘Garden of Prosperity’ menyambut setiap pengunjung dengan ucapan agar semakin sihat, kaya dan bernasib baik pada tahun akan datang. 


Selain pengalaman membeli-belah yang luar biasa, pengunjung turut boleh menyaksikan pelbagai jenis hiasan bunga peony yang menyerikan suasana di gateway@klia2 pada Tahun Baru Cina ini. Tanglung merah yang melambangkan ‘Ong’, rama-rama berwarna-warni dan hiasan lain di dalam rona warna limau mandarin sepanjang 7 Januari 2020 hingga 9 Februari 2020.

Sempena perayaan ini, gateway@klia2 akan menawarkan ganjaran, penebusan, peluang dan aktiviti menarik untuk pengunjung pusat membeli-belah.


Persembahan Tahun Baru Cina 
Tarian Singa: 10, 17, 24, 25, 26 & 31 Januari 
Tarian Bunga Mekar: 11, 12, 18, 19 25, 26, 27 Januari dan 1 & 2 Februari 
Tarian 5 Gendang Maharaja: 12, 19, 24, 26 Januari dan 2 Februari  
Pertukaran Topeng Muka: 11, 18, 25, 27 Januari dan 1 Februari 

Tidak meriahlah Tahun Baru Cina tanpa persembahan ini. Kunjungilah gateway@klia2 dan saksikan Tarian Singa yang dipersembahkan untuk menghalau semangat jahat dan meraikan detik penuh kemakmuran. Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh menyelami budaya Cina melalui Tarian Bunga Mekar, Tarian 5 Gendang Maharaja serta terpukau dengan persembahan Pertukaran Topeng Muka yang dianjurkan khas untuk mereka.


Hadiah dengan Pembelian (GWP)*
Apakah Tahun Baru Cina tanpa barangan istimewa? Rebutlah peluang untuk menebus cenderahati eksklusif Tahun Baru Cina dengan pembelian anda.  

Sampul Ang Pow WCT
Pengunjung pusat membeli-belah yang berbelanja melebihi RM188 ke atas dalam dua resit boleh menebus satu (1) set paket Ang Pow yang dihiasi corak bunga ‘peony’ dalam tiga warna berbeza – merah, jingga dan kuning. Pemegang Kad Kredit HSBC dan ahli WCT Buddy pula hanya perlu berbelanja minimum RM188 dalam dua resit untuk menebus dua (2) set paket sampul Ang Pao. 

Beg Duit Bunga WCT
Pengunjung pusat membeli-belah yang berbelanja RM388 ke atas dalam dua resit boleh menebus satu (1) beg duit bercorakkan bunga eksklusif yang didatangkan dalam dua warna berbeza, merah jambu dan jingga. Pemegang Kad Kredit HSBC dan ahli WCT Buddy pula hanya perlu berbelanja minimum RM288 dalam dua resit untuk menebus.


Pembelian dengan Pembelian (PWP)*
Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa Abalone yang lazat sebagai penyeri makan malam keluarga. Untuk menjadikannya lebih meriah, kami juga menyediakan tawaran eksklusif sebagai pembelian- denganpembelian.

Soon Thye Hang (425 Gram Abalone dalam Tin)
Pengunjung yang berbelanja RM188 ke atas di dalam dua resit boleh membeli sehingga tiga (3) tin Abalone Soon Thye Hang pada harga RM28 (harga asal: RM90). Pengguna HSBC dan ahli WCT hanya perlu berbelanja RM88 untuk menikmati tawaran pembelian-dengan-pembelian ini. Abalone yang lazat ini terhad kepada tiga (3) tin untuk setiap pelanggan, sementara stok masih ada.

*Tertakluk terma dan syarat lain  

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi, sila layari laman web pusat membeli-belah dan platform media social berikut:
Laman Web: www.gatewayklia2.com.my  
Facebook: https://www.facebook.com/gatewayklia2