Dunia Penuh Gosip - Tiga Janda Melawan Dunia Dunia Penuh Gosip: Tiga Janda Melawan Dunia - All Post
Memaparkan catatan dengan label Tiga Janda Melawan Dunia. Papar semua catatan
Lebih dua tahun kita tidak disajikan sebuah filem yang begitu menarik dan juga penuh dengan segala element ini kerana kekangan daripada pandemik. Tiba tahun ini ada sebuah filem yang bakal menemui penonton dan peminat movie komedi di Malaysia. Walaupun kalau tengok pada tajuk movie ini macam seakan berat kisah keluarga dan juga kehidupan. Tapi sebenarnya ia tidak dan jauh dari apa yang kita andaikan.



Filem 'Tiga Janda Melawan Dunia' bakal menemui peminat filem tempatan bermula 19 Mei 2022 di semua pawagam di Malaysia terutama. Garapan dari pengarah muda iaitu Hyrul Anuar dan terbitan Multimedia Entertainment, Directors Think Tank, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media. Pengarah ni selalu menghasilkan TVC dan sebab itu ada juga beberapa babak dalam filem ini dipengaruhi dengan iklan yang pandai digarabkan oleh pengarah ini. Kalau korang nak kenal siapa Hyrul Anuar tu beliau yang viral dalam drama sitkom Gila-Gila sebagai Aca budak yang suka tanya soalan mengarut pada orang kampung cari lah sendiri. 

Sikit sinopsis filem ini bukan spoiler tau. 

Ia mengisahkan tiga kehidupan janda yang mempunyai kisah silam yang sangat tragis dalam hidup dan kini menjadi kawan baik. Tiga janda lakonan hebat Khatijah Tan sebagai Midah, Normah Damanhuri sebagai Rohayu dan Raja Azura sebagai Ani yang mengilhamkan perisa vape jenama  mereka sendiri iaitu MRA. Ia adalah untuk mengumpul wang yang mencukupi bagi membeli tiket konsert terakhir artis kegemaran mereka Aiman Zalini lakonan Norman Hakim. Juga tidak kurang menampilkan pelakon bakat baru yang mampu menyerlah dalam dunia lakonan iaitu seperti Ellyza Azizi sebagai Ana anak kepada Midah dan Abbas Mahmood sebagai Fikri seorang pembantu makmal dan kekasih kepada Ana. 



Pelbagai halangan yang dihadapai suka duka dan sedih juga ada dalam cerita ini tapi lawak mereka bersahaja sangat menjadi. Penat gelak dalam pawagam sepanjang menonton filem ini sampai habis memang menarik tidak bosan. Boleh bagi ranking 9/10 daripada apa yang ditonton sendiri. 

Cuma ada beberapa perkara yang kurang sikit dalam filem ini adalah mereka memartabatkan unsur Vape yang kurang bagus dikalangan rakyat Malaysia. Dalam usaha kerajaan mahu mengurangkan penghisap Vape di negara kita sepertimana penghisap rokok. Mungkin boleh gantikan dengan element lain yang lebih baik dan menarik. Tapi mungkin juga penulis skrip dan pengarah ni nak menarik minat anak muda menonton jadi di julang Vape tu dalam cerita ini. 



Juga ending pada cerita ini sedikit tergantung pada last aksi. Kalau korang nak tahu macam mana pengakhirannya korang kena pergi tonton nanti bermula 19 Mei 2022 ini disemua pawagam. Support lah filem tempatan kita.