Dunia Penuh Gosip - Usop Mentor Dunia Penuh Gosip: Usop Mentor - All Post
Memaparkan catatan dengan label Usop Mentor. Papar semua catatan
Penyanyi kelahiran program realiti Mentor Usop 24 tahun, sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim, 25, dalam majlis pernikahan di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang, jam 10 pagi, hari ini.


Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Ustaz Harun Idris bersaksikan bapa Nur Fatihah, Md Hashim Nordin dan bapa Usop iaitu Muhammad Noor Ismail.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor berkata, dia berharap peminat serta orang ramai yang mengenalinya dapat mendoakan kebahagiaannya dengan Nur Fatihah sehingga akhir hayat.

Dalam majlis itu, Usop menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 dan seutas gelang emas buat Fatihah.

Usop turut menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan dan dibalas sembilan dulang. Majlis persandingan bagi pihak perempuan akan berlangsung malam ini di Pulau Pinang manakala majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 13 Februari ini di Kulim, Kedah. Usop dan Fatihah bertunang pada 4 November tahun lalu selepas dua tahun berkenalan.