Dunia Penuh Gosip - Video Muzik Dunia Penuh Gosip: Video Muzik - All Post
Memaparkan catatan dengan label Video Muzik. Papar semua catatan
Setelah melancarkan album terbaru beliau ManisfestaSITI2020 kini artis popular dan juga ikon no 1 Malaysia kesayangan semua kini mengeluarkan muzik video terbaru untuk lagu Siapa Tak Mahu. Sebelum ini video muzik lagu dalam album yang sama iaitu 7 Nasihat mencecah 2.2 juta tontonan dan manakala lagu video muzik Aku Bidadari Syurgamu lebih 11 juta tontonan.





Adakah muzik video terbaru yang menampilkan gaya dan keberanian TokTi dengan fesyen ala diva serta juga makeup yang lebih berani mampu menarik tontonan jutaan seperti mana sebelum ini. Muzik video yang baru sahaja sejam dilancarkan dalam laman Youtube rasmi Dato Siti pada malam tadi telah mendapat lebih 100ribu tontonan.




Muzik video arahan daripada Ghazi Maslan ini juga turut menampilkan dua orang pelakon hebat tanah air iaitu Mira Filzah dan Hun Haqeem. Lagu ini ciptaan tiga orang hebat dalam industri iaitu John Jeevasingam, Ikhwan Fatanna dan Omar K. Ia juga menjadi lagu pop seperti mana lagu Dato Siti sebelum ini iaitu Ku Mahu. Terus menyokong dan juga mengulangi lagu ini beberapa kali nak lihat bagaimana TokTi dengan gaya lain yang lebih segar.


Lirik penuh Siapa Tak Mahu

Kata orang
Kalau dah sayang
Jangan kau mudah
Nak naik berang

Dalam cinta
Kena berjaga
Jangan kau mudah
Ingin buruk sangka

Tanya sama hati, apalah yang dicari
Nanti jawab hati, hanya cinta abadi

Chorus
Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu

Siapa yang tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu

Kata orang
Kalau nak senang
Jangan berkira
Dengan pasangan

Salah faham
Jangan diundang
Luahkan kata
Jujurlah caranya

Tanya sama hati, apalah yang dicari
Nanti jawab hati, hanya cinta abadi

Ulang Chorus

Bulat air kerana pembentung
Bulat sayang kerana disanjung
Baik acuan, cantik kuihnya
Baik budi begitulah kasihnya

Ulang Chorus




Sebelum ini Iqa Nizam pernah muncul beberapa kali dalam industri dengan lagu beliau seperti Air Mata Kesetiaan, lagu duet bersama Thomas Arya iaitu Izinkan dan juga Satu Hati Sampai Mati. Kini Iqa muncul kembali dengan single terbaru beliau bertajuk Angan Merintih ciptaan El Hadam sepenuhnya. Artis kelahiran Indonesia ini juga telah menghasilkan video muzik rasmi untuk lagu ini yang boleh ditonton di Channel Youtube InsictechMusicland.



Dalam video musik itu juga turut menampilkan pelakon lelaki iaitu Fimie Don. Lagu ini juga turut boleh didengari di platfrom digital lain seperti di bawah ini. 

Aktifkan nada pemanggil ini dengan cara berikutnya MUAT TURUN NADA DERING

Maxis CallerRingtones -- Dial *131*669926# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1373151# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*738750# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 10051619 dan hantar ke 28383
Album : Iqa Nizam - Angan Merintih
℗ & © 2020 INSICTECH MUSICLAND SDN BHD
Publishing: MEDIA ASIA PRODUCTION SDN BHD

Lirik penuh untuk lagu Angan Merintih

ANGAN MERINTIH
ARTIS : IQA NIZAM
LAGU / LIRIK:  EL HADAM

Verse 1:
Telah Tercipta, Saat Dirasakan Tiba
Menjunjung Nikmat Bahgia Tanpa Duga
Namun Terselit Sesuatu
Yang Menyakitkan Tanpa Segan Silu

Pre chorus:
Mana Mungkin, 
Ku Kan Menjadi Sasaranmu Lagi
Kerana Ku Tahu Kau Hanya Membuatku
Ku Berangan Dalam Beradu-!!!

Chorus 1:
Disaksikan Bulan Indah Cantik Mengambang
Temani Hatiku Sepinya Dibunuhmu
Bicara Katamu Membuatku Akur
Kisah Tersimpan Hanya Mimpiku

Verse 2:
Biar Sakit Dalam Diri Ku Sendiri
Takku Biar Mereka Menangis Untukku
Kerana Ku Yakin Disebalik Kisahku 
Tersimpan Harga Tiada Ternilai







Akhirnya release single terbaru Dato' Sri Siti Nurhaliza untuk OST filem Dendam Pontianak. Kasihku Selamanya membuatkan ramai peminat merinding dan meremang bulu roma mendengarkan single ini. Membuktikan bahawa vokal Siti tiada tandingan dalam lagu ini dapat lihat kekuatan dengan arrangement music yang kuat dan begitu memainkan emosi. 


Dipertambah lagi dengan susunan lirik lagu yang sangat puitis dan menusuk kedalam kalbu siapa yang mendengarnya. Lagu ini ciptaan oleh Aubrey Suwito dan lirik ditulis oleh Ad Samad. Muzik video official telah boleh ditonton di Youtube setakat ini telah lebih 100K viewer semenjak 4 hari di muat turun disana. 

Lirik penuh Kasihku Selamanya

Sayangiku sayangku
Seperti sayangnyaku padamu

Kutagih kasihmu
Kuraih darimu semangat
Cinta paling agung

Telah ku katakan kepadamu
Engkau dan aku s'lamanya
Biarpun berakhir masa
Terhenti nyawa kumasih
-Kan mencinta

Telah kau berjanji kepadaku
Setiamu selamanya
Akulah satu-satunya
Yang akan kau
-Cinta

Sayangiku sayangku
Sayangi hanya aku
sayangku

Kudendam rindumu
Ku-idam darimu kasmaran
Cinta paling pijar

Telah ku katakan kepadamu
Engkau dan aku s'lamanya
Biarpun berakhirmasa
Terhenti nyawa kumasih
-Kan mencinta

Telah kau berjanji kepadaku
Setiamu selamanya
Akulah satu-satunya
Yang akan kau
-Cinta

Ku di dalam kerasukan
Kau begitu…


Lagu ini juga boleh dimuat turun di Spotify juga di aplikasi yang lain. Filem Dendam Pontianak pula akan mula bertemu peminat filem tanah air bermula 29 Ogos 2019 nanti. Melibatkan barisan pelakon yang hebat seperti Remy Ishak, Fazura, Hisham Hamid dan ramai lagi. Tak sabar menantikan filem ini akan keluar kerana dengar lagu pun dah seram apatah lagi filemnya.








Jarang kita dapat lihat artis dari 3 buah negara bregabung dalam stu lagu. Kalau ada pun mungkin kadang-kadang jer. Tapi kali ini Dato' Sri Siti Nurhaliza dari Malaysia, Nissa Sabyan dari Indonesia dan Taufik Batisah dari Singapura muncul dengan gandingan melalui lagu Ikhlas. Projek ini telah lama dirancang dan siap sepenuhnya masa bulan Ramadhan yang lalu.


Tapi ia sudah mula dimuat turun di laman Youtube pada raya kedua. Kini muzik video itu telah mendapat lebih daripada 600ribu tontonan dan akan terus meningkat apabila mendapat tontonan peminat 3 selebriti ini daripada 3 buah negara. Ternyata ramai yang memuji kehebatan gabungan ini dan meninggalkan komen yang memberangsangkan.


Lagu hasil dari idea dan kreativiti 3 orang komposer hebat iaitu John Jeevas, Ikhwan Fatanna & Omar K. Video klip ini telah dirakamkan di Taman UPM Serdang. Kalau dengar pada bait-bait lirik ini membuat kita insaf dan ikhlas kepada kurnia dari yang Maha Esa.

Lirik :

Nissa : Sedingin salju
            Selembut bayu
            Menenangkan hatiku
Taufik: Cahaya malam
            Terangi alam
            Memuji kebesaran
Siti : Saat gembira
        Hari bahagia
        Nikmat disyukuri bersama
        Tabah berdoa
        Mohon afwahNya
        Moga dirahmati semua

Pelita hati yang terbuka
Sahut kemenangan akhirnya
Setelah ku harungi dugaanNya
Ikhlaskan jiwa dan setia
Ku laung namaNya dengan cinta
Bergema keagungan di dunia

Taufik : Gema suara
             Syahdu irama
             mewarna suasana
Nissa :  Lautan rindu
             Berombak pilu
             Membawaku padamu

Siti :  Saat gembira
          Hari bahagia
          Nikmat syukuri bersama
          Tabah berdoa
          Mohon afwahNya
          Moga dirahmati semua

Chorus 

Pelita hati yang terbuka
Sahut kemenangan akhirnya
Setelah ku harungi dugaanNya
Ikhlaskan jiwa dan setia
Ku laung namaNya dengan cinta
Bergema keagungan di dunia

Bridge 
Ku yakin akan ada hikmah
Di sebalik segala resah
Ku besyukur atas nikmatMu Yang Esa

Chorus

Kalau sambil nak tidur dengar lagu ni memang rasa sangat mendayu dengan kemerduan suara Biduanita Malaysia Dato' Sri Siti Nurhaliza dimantapkan lagi dengan kelunakan suara Nissa Sabyan serta Taufik Batisah. Satu gandingan yang menjadi dan sangat dinantikan. Moga kerjasama ini dapat diteruskan dengan banyak lagi artis lain agar ukhwah antara 3 negara terus terjalin Tahniah semua.








Kepada anda yang memang suka menyanyi dan juga suka cover lagu artis baru ini apa kata cuba untuk mencabar diri menyanyikan lagu terbaru daripada kumpulan Demeises Band yang bertajuk '1000 Tahun' ini. Lagu baru ini telah ada video muzik rasmi di laman Youtube boleh tonton terus di sana. Lagu ini ciptaan sepenuhnya komposer popular iaitu Benk.


Saya telah mencabar diri untuk mencuba menyampaikan lagi ini. Walaupun nampak macam mudah sahaja tapi lagu ini penuh dengan emosi dan memerlukan kita menghayati dan juga kawalan vokal supaya tak sumbang dan pitch lari hehehe. Tapi saya juga sebagai penyanyi amatur baru pertama kali cuba sila kecam ok wakakakaka.




Anda boleh dapatkan lirik penuh lagu 1000 Tahun ini di blog Mahamahu. Cover lagu ni sampai habis sepanjang lebih kurang 4 minit lebih lagu ni. Paling penting part tinggi tu mampu ke nak tarik hehehehe. Anda juga boleh aktifkan nada pemanggil lagu terbaru dari Demeises Band seperti di bawah ini :-

1000 Tahun (Demeises)»»
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*615980# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1350714# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*313555# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 8498649 dan hantar ke 28383

Chorus»»
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*615981# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1350715# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*313556# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 8498650 dan hantar ke 28383

Verse»»
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*615982# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1350716# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*313557# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 8498651 dan hantar ke 28383

Terbitan : Insictech Musicland Sdn Bhd
Album : Demeises - 1000 Tahun    

Maklumat lanjut info lagu dan detail boleh layari :- 

Online Music Store: http://www.i-musicland.com/

Dapatkan lagu terbaru ini di semua platform digital yang ada :-

Tahniah kepada penyanyi No. 1 negara setelah kelahiran anak beliau makin murah rezeki dan menyanyi makin sedap dan mantap. Ini terbukti melalui lagu terbaru beliau iaitu Anta Permana. Lagu dan lirik ciptaan oleh Heal Husaini dan Ezra Kong. Sebab tu kalau korang dengar betul-betul lagu ini guna earphone ada sedikit bit muzik daripada lagu popular Heal iaitu Hajat.


Namun bagi saya lagu ini sangat dinantikan dan sangat begitu unik kerana menggabungkan banyak eliment dalam sebuah karya agung. Kalau perasan ada cantuman antara rentak pop, tradisional dan juga instrumental. Satu yang sangat dinantikan bagi peminat Dato' Sri Siti Nurhaliza seluruh Asia Tenggara.

Saksikan muzik video rasmi yang diarahkan oleh Rifaiee Omar tak silap ni pengarah muda yang sebelum ni mengarahkan video muzik Alyah.


Agak mengecewakan kerana ramai yang komen kurang suka dan tak kurang juga yang mengkritik untuk muzik video ini tapi tetap puji untuk nyanyian Tok Ti yang memukau. Lirik penuh lagu Anta Permana yang membawa maksud tidak terkira atau infiniti. 

Bicara minda
dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan~ bagaikan hangat mentari
cinta yang sejati

Jauh di mata dekat di hati
jika dirindu jangan curangi
Ke mana~ ke mana kan terbawa pergi
Terduga diuji

*Chorus

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Sedangkan lidah tergigit jua
inikan pula cinta manusia
Melayang~ melayang
dibawa pawana
iringi cintamu

Ulang Chorus*

Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar~ Biarkan cinta ANTA PERMANA






Tanggal 23 Mac 2018 sepatutnya menjadi kenangan terindah dalam hidup Sufian Suhaimi dan bekas tunangnya kerana ia merupakan tarikh sepatutnya mereka bernikah. Namun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan takdir menentukan segalanya selepas Sufian dan Elfira sah putus tunang


Namun Sufian tidak pernah putus asa dan pada tarikh ini beliau telah melancarkan single terbaru yang meletop-letop di Youtube sebelum ini. Lagu dengan tajuk 'Di Matamu' sebelum ini mendapat perhatian dari peminat dan ramai orang telah cover lagu ini hingga mendapat ratusan ribu view.

Jam 9 pagi lagu ini bersama muzik video rasmi telah dilancarkan dan telah berada di Youtube. Mengejutkan apabila muzik video itu mendapat lebih daripada 500ribu viewers walaupun baru beberapa jam berada diplatform tersebut. Ramai netizen memuji akan lagu yang telah sempurna dengan arrangement muzik yang sedap serta bait lirik yang menyentuh perasaan. 


Ramai juga mengaitkan lagu ini dengan kisah dulu beliau bersama dengan bekas tunangnya yang tidak kesampaian. Juga ada yang berkata muzik video itu seperti menyatakan seseorang yang pernah menjadi penyeri hidup Sufian satu masa dulu. 

Apa pun Sufian life must go on dan perdulukan apa orang kata kita tahu apa yang kita buat. Jangan pandang belakang lagi harap lagu ini dapat memenangi anugerah nanti baru mereka sedar. Selamat maju jaya. 






Penyanyi kegilaan ramai Anuar Zain telah melancarkan album solo terbarunya selepas lima tahun tidak muncul. Dalam disidang majlis pelancaran album solo terbaru beliau baru2 ini di Le Meridien, Kuala Lumpur.


Lagu yang dijangka bakal hitz dalam album ini adalah "Andianya Takdir" dan video muzik offical lagu ini juga telah dapat ditonton di Youtube. Setakat ia telah dimuat turun dalam tempoh 5 hari telah mendapat tontonan sebanyak 300ribu.



Terdapat tujuh lagu lain yang dimuatkan dalam album terbaru ini iaitu Kembali, Cinta Takkan Berakhir, Kerana Aku Cinta, Hujan (nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Arshad), Belahan Hati, Kembali Padamu Ilahi dan Selamat Malam.

Jangan lupa dapatkan album yang mampu buat anda menangis di semua cawangan Mydin. Buat mereka yang berada di luar negara, janganlah bersedih, anda juga boleh dapatkan secara online menerusi Lazada.






Kalau sebut tajuk lagu "Sudah Ku Tahu" pasti ramai orang dapat meneka sapa penyanyi lagu ini. Kumpulan Projektor Band mula mencipta populariti selepas lagu ini mendapat perhatian peminat muzik tempatan. Lagu ini mula didendangkan di semua corong radio dan juga telah menjadi rebut anramai orang untuk dinyanyikan secara karaoke dalam applikasi SMULE.


Sebelum ini artis seperti Khai Bahar, Siti Nordiana juga turut menyanyikan lagu ini yang boleh ditonton di Youtube. Juga official lirik video untuk lagu ini telah mendapat tontonan lebih dari 9 juta views sejak ia mula dimuat naik di laman tersebut. Namun kini kumpulan ini dan pihak syarikat rakaman mereka telah mula mengeluarkan official video muzik untuk lagu "berhantu" ini.


Sejak di muat naik di laman Youtube kemarin official video muzik ini telah di tonton lebih dari 200ribu views sehingga hari ini. Dalam video muzik ini juga kelihatan penampilan sulung Eka Sharif sebagai pelakon wanita. Sapa tak kenal Eka Sharif yang juga mula mencipta nama melalui applikasi SMULE yang turut berduet bersama Khai Bahar



Video muzik yang berkonsepkan kisah percintaan mat motor yang di tinggalkan kekasih di rakamkan sekitar Banting Selangor. Bagi korang yang nak tonton video penuh boleh tonton di sini memang menyantuh hati. Tapi ada yang boleh di perbaiki untuk video muzik ini agar ia bertaraf antarabangsa sepertimana hebatnya lagu ini. Kalau di tonton secara keseluruhan video muzik ini kelihata seperti hasil kerja palajar praktikal (#jangansentap). Good luck.









Lama sebelum ini kita tidak mendengar cerita dan kisah tentang artis yang dulu popular dengan lagu Bunga-bunga Cinta. Misha Omar yang dulu juga pernah popular dengan lagu Pulangkan dan juga Angin Syurga pada tahun 2012. Agak lama menyepi setelah berumah tangga pada tahun 2014 bersama pasangan pilihan Firos.


Kali ini Misha Omar telah kembali dengan lagu baru tapi lagu kali ini duet bersama Hafiz Suip. Lagu Terimaku Seadanya ciptaan sepenuhnya oleh komposer popular iaitu Ajai. Official video muzik lagu ini juga telah berada di youtube sejak 22 Jan 2016 lagi dan telah di tonton 6 ribu orang. 


Misha juga tahun ini lebih banyak menonjol di kaca tv melalui beberapa program seperti Juara Parodi dan Seiras Seirama di Astro. Adakah tahun 2016 ini akan melonjak semula nama Misha Omar seperti mana pada tahun 2002 dahulu. Mampukan Misha Omar mengembalikan sengatnya kepada kerinduan peminat2nya. Terus menyokong artis tempatan.







Sapa tak kenal artis no 1 negara yang masih memegang status itu sehingga ke hari ini. Masih tiada yang mempu menyaingi beliau dalam dunia seni suara. Pernah tersenarai dalam Malaysia Book Of Records sebagai Penyanyi Wanita Paling Banyak Memenangi Anugerah. Antara anugerah yang dimenanginya termasuklah 37 Anugerah Industri Muzik, 23 Anugerah Bintang Popular, 26 Anugerah Planet Muzik, 18 Anugerah Juara Lagu, 4 MTV Asia Awards, 3 World Music Awards, 2 Anugerah Musik Indonesia, 2 Singapore Music Awards dan banyak lagi (sumber wikipedia).


Tu lah dia Dato Siti Nurhaliza yang tidak asing lagi dan kini muncul dengan single terbaru beliau 'Mikraj Cinta' ciptaan oleh Hafiz Hamidun dan lirik oleh Fedtri Yahya. Lagu berdurasi 4 mini lebih ini sungguh memukau bukan sahaja daripada susun atur musik malah juga lirik yang mendalam. Sesuai dengan konsep lagu ini menggabungkan muzik arab dan juga mainan violin yang jelas menjadi penyeri lagu ini.


Di tambah lagi dengan suara merdu Dato Siti Nurhaliza ini pasti ia adalah satu karya paling agung yang dicipta abad ini untuk penyanyi bertaraf international ini. Music Video lagu ini juga telah siap sepenuhnya pada bulan Jun tahun ini. Ia adalah satu lagi bukti kehebatan lagu ini setaraf dengan kedudukannya MV ini di hasilkan pada lokasi yang tertinggi di KL. Berlatar belakangkan Menara Kuala Lumpur dan juga Menara KLCC menjadikan MV ini sangat begitu berjaya.


Diarahkan oleh Zuli dan Aloi, MV ini menggunakan teknologi Dron untuk mendapatkan view keseluruhan pemandangan dari puncak Menara KL dan juga keseluruhan pemandangan KL. MV ini berjaya membawa satu lagi revolisi muzik tempatan ke arah kemajuan dan berteknologi tinggi. Suka tengok MV ini banyak kali pun best tambah2 kalau tengok dalam resolusi HD memang memukau dan juga lagu yang merdu dan suara Dato yang merdu.


Moga lepas ini MV sehebat dan lebih hebat daripada ini dapat di hasilkan di masa akan datang. Tahniah buat Dato Siti Nurhaliza dan crew serta pencipta lagu ini memang semuanya cukup sempurna. Saya peminat Dato Siti Nurhaliza no 1 tau setiap lagu saya minat dan saya hafal. Moga lagu ini boleh menang banyak anugerah nanti tahniah.