Dunia Penuh Gosip - Yayasan Institut Jantung Negara Dunia Penuh Gosip: Yayasan Institut Jantung Negara - All Post
Memaparkan catatan dengan label Yayasan Institut Jantung Negara. Papar semua catatan
Menerusi satu inisiatif yang dimulakan oleh SIMPLYSITI, Presiden dan pengasas jenama kecantikan SIMPLYSITI, Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin bersama dengan Puan Sri Cecilia Lim, isteri kepada Pengerusi Genting Malaysia Berhad hari ini berbesar hati menjemput empat kanak-kanak daripada Institut Jantung Negara yang menghidap sakit jantung bersama keluarga mereka ke Resorts World Genting untuk meluangkan masa sehari penuh keseronokkan di atas awan. Turut menyertai mereka adalah 50 orang berpengaruh dalam media sosial dan media.


Lima kanak-kanak istimewa itu ialah adik Siah Wan Ying, adik Nurul Nsyamimi Binti Ahmad Paridon, adik Auni Insyirah Binti Muhammad Firdaus Hilmi, adik Nur Auni Mardhiyah Binti Ahmad & adik Ramesh Rao. Kesemua mereka baru sahaja pulih daripada rawatan komplikasi jantung di Institut Jantung Negara. Ada dalam kalangan mereka, ia merupakan pengalaman kali pertama menjejakkan kaki ke Resorts World Genting dan program satu hari itu dianjurkan khas buat mereka dan keluarga masing-masing.

Dekat di hati Dato’ Siti Nurhaliza, SIMPLYSITI ditubuhkan oleh artis kesayangan rakyat Malaysia ini dengan niat untuk mengumpul dana bagi memberi kasih sayang dan kegembiraan kepara kanak-kanak kurang bernasib baik. Sejak konsep itu digunapakai pada tahun 2011, SIMPLYSITI telah berjaya mengumpul dana sehingga RM200,000 untuk membiayai 14 pembedahan pesakit jantung kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Setelah berjaya dalam kempennya, SIMPLYSITI telah mewujudkan satu lagi dana bagi membantu lima orang pesakit jantung kanak-kanak, dengan sokongan dari Institut Jantung Negara. Dana penuh yang dibangkitkan oleh kempen ini akan diumumkan pada acara akhir pada awal Februari nanti.


“Kami bersyukur kerana empat pesakit telah pulih baru-baru ini untuk datang ke acara ini. Seorang lagi kanak-kanak masih dalam proses pemulihan dan kami berhasrat untuk membawanya pada masa akan datang. Hari ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Resorts World Genting kerana menaja tempat untuk acara ini. Ia amat bermakna buat kanak-kanak ini dan keluarga mereka kerana ada di antara mereka belum pernah ke sini. Berpeluang menjamu selera di Ed’s Diner dan bermain di SkyTropolis termasuk menonton Imaginatricks bagaikan mimpi jadi kenyataan buat mereka. Di SIMPLYSITI, seluruh jiwa kami sentiasa bersama-sama mereka yang kurang bernasib baik dan kami amat berbesar hati mempunyai rakan kongsi yang sentiasa menyokong kami,” kata Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Tambah Puan Sri Cecilia, ‘Resorts World Genting memiliki pelbagai yang boleh ditawarkan dan pengalaman. Kami lebih daripada gembira kerana diberi peluang ini untuk menjadi tuan rumah dan kami berharap kanak-kanak terbabit bersama keluarga mereka berpeluang merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Apa yang dimulakan oleh SIMPLYSITI DI HATI adalah sesuatu yang terpuji dan kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Dato 'Sri Siti Nurhaliza bagi membantu proses pemulihan kanak-kanak terlibat.’


Seramai 100 orang tetamu menyaksikan dua persembahan di SkySymphony. Seterusnya, mereka menjamu selera di restoran Ed’s Diner dari UK di mana Puan Sri Cecilia Lim menghadiahkan paket ang pow dan beg goodie untuk pesakit jantung dan semua tetatu. Program diteruskan ke SnowWorld dan merasai pengalaman mendebarkan di SkyTropolis. Selepas selesai makan malam di Coffee Terrace, kumpulan itu merasai pengalaman penuh adrenalin di Imaginatricks yang kini merupakan salah satu pertunjukan dengan koreografi terbaik di Malaysia yang merangkumi persembahan akrobatik, tarian, dan nyanyian sebelum bersurai.

Tabung dana SIMPLYSITI yang diwujudkan baru-baru ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Watsons Malaysia sebagai rakan kongsi rasmi, butik Creacion X SIMPLYSITI sebagai butik rasmi, Astro GoShop dan CJ Wow Shop selaku rakan niaga TV rasmi, Shopee selaku rakan niaga online rasmi dan Chatime selaku penaja bersama. Ia juga berjaya  kerana penglibatan para pelanggan yang membeli dan menderma. Kesemua wang yang berjaya dikumpul telah disalurkan kepada Yayasan Institut Jantung Negara.


Untuk maklumat lanjut mengenai SIMPLYSITI DI HATI, Sila hubungi Zati Zainal di 017-6070670  dan layari visit www.rwgenting.com untuk maklumat mengenai Resorts World Genting.