Archive for September 2015

Majalah Maskulin Kini 15 Tahun Diraikan Di Maskulin Cocktail Party @ Starbucks Desa Hartamas

Dulu di kenali sebagai majalah yang pertama berani muncul dengan konsep cara hidup dan gaya lelaki sejati kini Majalah Maskulin telah lebih di kenali dengan mantapnya. Menggunakan tagline 'Tarif Terkini Lelaki Muda' mensasarkan golongan lelaki yang bekerjaya dan juga mahu menampilkan image yang lebih berani. 


Sapa sangka majalah yang menjadi rujukan utama lelaki di Malaysia kini lebih matang dalam menjangkau usia 15 tahun. Bagi meraikan 15 tahun ketrampilan Maskulin di persada penerbitan majalah di Malaysia maka bulan ini di keluarkan edisi bumper khas buat pembaca yang setia.


Dalam edisi ini majalah ini banyak bermain dengan unsur 15 yang merujuk kepada 15 perkara yang menjadi pilihan lelaki dan juga gaya style lelaki. Selain itu juga mereka telah tampil dengan 15 ikon lelaki yang mempunyai pengaruh tersendiri dan boleh dijadikan sumber inspirasi kepada pembaca di luar sana. Anda boleh dapatkan edisi khas ini yang telah berada di pasaran sekarang juga.

Dato AC Mizal dan Sherson Lian Ikon Lelaki Maskulin

Wak Doyok Ikon Lelaki Maskulin

Mejar Dr Faiz Ikon Lelaki Maskulin

Bagi memeriahkan lagi sambutan 15 tahun Majalah Maskulin ini, telah di adakan 'Maskulin Cocktail Party' yang bertempat di Starbucks Desa Hartamas pada 18 Sept 2015. Acara sederhana tapi meriah ini di raikan dengan ramainya kehadiran artis yang juga turut pernah menajadi cover majalah dan juga barisan ikon2 pilihan Maskulin. Party yang bertemakan konsep Hitam Putih semua artis datang dengan gaya dan fesyen tersendiri. 

Pengacara Ayie Ali



Antara mereka yang kelihatan pada malam tersebut adalah seperti penyanyi yang popular dengan lagu 'Marry Me' sapa lagi kalau bukan Mark Adam. Juga pelakon yang kian mencipta nama melalu siri drama Syurga Nur iaitu Azrel Ismail. Pelakon yang semakin sado dan juga kini mempunyai GYM sendiri iaitu Norman Hakim juga turut sama meraikan majlis malam itu. Juga turut di jemput antara ikon lelaki Majalah Maskulin sempena dengan 15 tahun iaitu Wak Doyok dan juga Mejar Dr Faiz.

Mark Adam

Azuan Mazlan, Azrel Ismail dan Safwan Yahya

Hizami Li, Norman Hakim dan Mawardi Yunus

Pada malam tersebut juga buat pertama kalinya pengenalan kepada barisan orang kuat yang baru bagi menghidupkan majalan ini untuk masa2 akan datang. Turut di pekenalkan editor baru majalah ini iaitu En Shahir Abdul Rahim. Beliau selaku peneraju baru begitu excited bagi melihat majalah ini lebih terus maju di masa akan datang dan tampil dengan isu2 lebih segar dan trending.

Editor baru Majalah Maskulin En Shahir

Barisan editorial dan juga ikon lelaki Maskulin

Bagi tetamu yang datang malam itu semua di raikan dengan acara ucapan dan tayangan video khas 15 tahun Majalah Maskulin mecipta nama. Mereka juga di hiburkan dengan dua barisan artis yang satu ini sudah ada nama dalam dunia seni sapa tak kenal kumpulan Sakura Band manakala sorang lagi artis solo ini baru ada satu single yang bertajuk 'Bersumpah Demi Cinta' juga bekas peserta Pencarian Lelaki Maskulin iaitu Sazrin Aizul


Zoey Rahman dan Wak Doyok

Sakura Band

Sazrin Aizul

Semua tetamu di hidangkan dengan makanan enak2 daripada Starbuck Desa Hartamas selaku penaja lokasi bagi majli koktail ini. Tahniah buat Majalah Maskulin yang terus kukuh menjadi majalah no 1 pilihan lelaki Malaysia. Agar terus mencipta fenomena ke atasa industri penerbitan negara dan terus maju jaya selamanya. Selamat ulang tahun ke 15 'Maskulin Towards 15th Anniversary'.

Barisan blogger, editor dan bekas editor Majalah Maskulin

Jangan lupa untuk #Maskulin15 #MaskulinMag #Celebratewithstyle





0 comments:

MV Mikraj Cinta Dato Siti Nurhaliza Memukau Dan International

Sapa tak kenal artis no 1 negara yang masih memegang status itu sehingga ke hari ini. Masih tiada yang mempu menyaingi beliau dalam dunia seni suara. Pernah tersenarai dalam Malaysia Book Of Records sebagai Penyanyi Wanita Paling Banyak Memenangi Anugerah. Antara anugerah yang dimenanginya termasuklah 37 Anugerah Industri Muzik, 23 Anugerah Bintang Popular, 26 Anugerah Planet Muzik, 18 Anugerah Juara Lagu, 4 MTV Asia Awards, 3 World Music Awards, 2 Anugerah Musik Indonesia, 2 Singapore Music Awards dan banyak lagi (sumber wikipedia).


Tu lah dia Dato Siti Nurhaliza yang tidak asing lagi dan kini muncul dengan single terbaru beliau 'Mikraj Cinta' ciptaan oleh Hafiz Hamidun dan lirik oleh Fedtri Yahya. Lagu berdurasi 4 mini lebih ini sungguh memukau bukan sahaja daripada susun atur musik malah juga lirik yang mendalam. Sesuai dengan konsep lagu ini menggabungkan muzik arab dan juga mainan violin yang jelas menjadi penyeri lagu ini.


Di tambah lagi dengan suara merdu Dato Siti Nurhaliza ini pasti ia adalah satu karya paling agung yang dicipta abad ini untuk penyanyi bertaraf international ini. Music Video lagu ini juga telah siap sepenuhnya pada bulan Jun tahun ini. Ia adalah satu lagi bukti kehebatan lagu ini setaraf dengan kedudukannya MV ini di hasilkan pada lokasi yang tertinggi di KL. Berlatar belakangkan Menara Kuala Lumpur dan juga Menara KLCC menjadikan MV ini sangat begitu berjaya.


Diarahkan oleh Zuli dan Aloi, MV ini menggunakan teknologi Dron untuk mendapatkan view keseluruhan pemandangan dari puncak Menara KL dan juga keseluruhan pemandangan KL. MV ini berjaya membawa satu lagi revolisi muzik tempatan ke arah kemajuan dan berteknologi tinggi. Suka tengok MV ini banyak kali pun best tambah2 kalau tengok dalam resolusi HD memang memukau dan juga lagu yang merdu dan suara Dato yang merdu.


Moga lepas ini MV sehebat dan lebih hebat daripada ini dapat di hasilkan di masa akan datang. Tahniah buat Dato Siti Nurhaliza dan crew serta pencipta lagu ini memang semuanya cukup sempurna. Saya peminat Dato Siti Nurhaliza no 1 tau setiap lagu saya minat dan saya hafal. Moga lagu ini boleh menang banyak anugerah nanti tahniah.





0 comments:

Senarai Penuh Pemenang Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 27

Telah di umumkan secara rasmi pemenang bagi setiap categori yang telah di calonkan sebelum ini dan keputusan ini memberi kesan kepada perkembangan industri filem tempatan. Ia akan mencorakkan lagi seni dan warna dalam industri filem kita. Di senaraikan semua pemenang pada malam anugerah dan juga majlis sebelum malam rasmi FFM 27.

Pemenang Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik 

Senarai pemenang FFM 27 :
Filem Box Office - The Journey 
Penyunting Terbaik - Adilan Azemi (Dollah Superstar) 
Sinematografi Terbaik - Erik Yong (The Journey) 
Pelakon Kanak- Kanak Terbaik - Raykarl Iskandar (Lelaki Harapan Dunia) 
Cerita Asal Terbaik - Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia) 
Lakon Layar Terbaik - Mamat Khalid (Amir & Loqman Pergi Ke Laut) 
Pengarah Harapan - Raja Mukhriz (Ophilia) 
Pelakon Harapan Wanita - Dawn Cheong (Cuak) 
Pelakon Harapan Lelaki - Kodi Rasheed (Ophilia) 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Nadiya Nisaa (Terbaik Dari Langit) 
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Amirul Afendi ( Terbaik Dari Langit)
Karyawan Sepanjang Zaman - Othman Hafsham 
Anugerah Khas Juri -
- The Great Lion 
- Amir & Loqman Pergi Ke Laut 
- Terbaik Dari Langit 
Pelakon Wanita Terbaik - Fazura (Manisnya Cinta Di Cappadocia) 
Pelakon Lelaki Terbaik - Lee Sai Peng ( The Journey) 
Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu - Astro Shaw Sdn Bhd ( The Journey)
Pengarah Terbaik - Liew Seng Tat ( Lelaki Harapan Dunia) 
Filem Terbaik - Lelaki Harapan Dunia

Senarai 10 pemenang pada malam perasmian FFM 27 :
Filem Animasi Cereka Terbaik: Ribbit - KRU International Sdn Bhd
Filem Animasi Bersiri Terbaik: Rimba Racer - Glue Studio Sdn Bhd 
Kesan Khas Terbaik: Seventh - Mirage Works 
Anugerah Pereka Kostum/Busana Terbaik: Elaine Ng & Wing Shum - Hungry Ghost Ritual 
Lagu Tema Asal Terbaik: Yuna/Lautan - Lagenda Budak Setan 3 
Penataan Bunyi Terbaik: Winson Poon - Hungary Ghost Ritual
Penataan Seni Terbaik: Tunku Mohd Taufek/ Tunku Tommy Mansur - Lelaki Harapan Dunia
Filem Pendek Terbaik: Cho We Jun - Salvaj
Skor Muzik Asal Terbaik: Oii Su Lyn & Teoh Eng Hooi - Manisnya Cinta Di Cappadocia
Penggiat Belakang Tabir: Mariam Ibrahim






0 comments: