Perkahwinan Mewah Yuna Dan Adam Selamat Pengantin Baru | Dunia Penuh Gosip

Perkahwinan Mewah Yuna Dan Adam Selamat Pengantin Baru

Penyanyi Yunalis Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna, 32, selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Adam Yuosof Mohamed Sinclair, 34, tepat 7 petang tadi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.



Yuna yang manis dalam persalinan rekaan Hatta Dolmat menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 11 dulang. Manakala mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan. Majlis yang diadakan secara tertutup dihadiri 300 tetamu membabitkan keluarga dan rakan terdekat dari Malaysia dan Amerika Syarikat.


Keesokkan harinya pula telah diadakan majlis bersama media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bagi berkongsi lanjut mengenai pernikahan mereka.



Majlis resepsi pula diadakan pada Ahad ini di hotel ternama di Kuala Lumpur. Terdahulu Yuna dan Adam bertunang pada 5 Ogos lalu.






0 comments: