Konsert Tradisional Gema Bumantara Dato Sri Siti Nurhaliza Dibanjiri Lebih 63,000 Penonton | Dunia Penuh Gosip

Konsert Tradisional Gema Bumantara Dato Sri Siti Nurhaliza Dibanjiri Lebih 63,000 Penonton

Konsert Tradisional Gema Bumantara berlangsung di TM Stadium Nasional Bukit Jalil malam Sabtu lepas berjaya menarik kehadiran lebih 63,000 peminat.



Konsert berkenaan menjadi hadiah istimewa buat peminat selain usaha meraikan dan mengangkat semula keindahan muzik tradisional agar terus kekal relevan merentas generasi.

Ini sekali gus menjadi konsert solo pertama Siti di lokasi ikonik itu yang mengetengahkan sepenuhnya konsep muzik tradisional dan warisan Nusantara. Dato Sri Siti Nurhaliza menyampaikan lebih 30 buah lagu tradisional pada malam tersebut. Juga segment tribute kepada figura yang telah menaikkan dan mengembangkan bakat nyanyian lagu tradisional beliau iaitu Almarhum Pak Ngah.



Menerusi rangkaian gabungan lagu joget serta rangkaian lagu popular Sayang Musalmah, Mohon Kasih dan Hati Yang Rindu dipersembahkan dengan konsep teater. Sebelum itu penonton dihiburkan dengan Joget Kasih Tak Sudah dan Joget Menanti Kasih

Memasuki babak seterusnya, elemen wayang kulit ditampilkan dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri menjadi Tok dalang dengan menggunakan nama Mek Ti dan turut menampilkan dialek Kelantan dengan lagu pendek Adek Saye Abe Sore.



Sebelum menyampaikan lagu Walinong Sari, penampilan khas pelakon jelita Izara Aishah terus memukau penonton dengan silat bunga silat yang ditampilkan.

Menariknya, konsert berkenaan turut dimeriahkan dengan artis undangan membabitkan penyanyi jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, Haziq Rosebi serta dua penyanyi dari Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar. Penampilan istimewa juga pada malam konsert adalah pelakon Zharif Ghazzi yang membawa Dato Sri Siti di atas beca mengelilingi stadium.







0 comments: