Dunia Penuh Gosip - Fattah Amin Dunia Penuh Gosip: Fattah Amin - All Post
Memaparkan catatan dengan label Fattah Amin. Papar semua catatan
Sebelum ini selalu dilihat bersama atas urusan kerja namun kini kita boleh lihat pasangan Fattah dan Amira sebagai suami isteri. Ini setelah selesai majlis akad nikah yang dilafazkan pada tanggal 14 Feb iaitu pada harijadi Fattah yang ke 35.



Majlis pernikahan dan persandingan Fattah Amin dan Amira Othman berlangsung penuh indah dengan kehadiran keluarga, sahabat serta rakan artis terdekat. Amira sah bergelar isteri kepada Fattah hanya dengan sekali lafaz.

Amira menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas tujuh dulang hantaran sebagai simbolik penyatuan cinta mereka. Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.



Saksikan Siaran Langsung Eksklusif Majlis Ijab Kabul Setulus Takdir: Fattah Amira melalui aplikasi Unifi TV 2.0, saluran Inspirasi pada 14 September 2025, jam 8 malam!

Bermula dengan majlis khatam Al-Quran Amira Othman dan pada belah malam pula majlis akad nikah yang sarat emosi hingga ke suasana resepsi yang serba elegan, setiap detik pasangan ini sempat dirakam menjadi kenangan berharga.

Pasangan pengantin tampil anggun dalam persalinan serba putih dengan rekaan busana Rizman Ruzaini yang digayakan oleh Fattah, sementara Amira pula menyerlah keayuan dalam persalinan putih rekaan Teh Firdaus. Lebih menarik, para tetamu yang hadir turut mengenakan busana putih bagi menepati tema yang dipilih.



Majlis turut mendapat sentuhan dekorasi daripada Reka Teemor, dengan pengasasnya, Rozana Mumtaz menjelaskan bahawa konsep Al-Zauj dipilih bagi menzahirkan hasrat pasangan yang mahukan pernikahan berkonsep Islamik serta harmoni.

Al-Zauj membawa makna ‘dua jiwa dipertemukan oleh Allah". Fattah dan Amira memang mahukan konsep Islamik, jadi kami ketengahkan tema ini dengan tambahan elemen senja atau sunset yang diselitkan bersama,” katanya.









Sangat mengejutkan apabila majlis resepsi #Fattzura yang berlangsung hari ini diluar jangkaan. Ini kerana kehadiran peminat adalah diluar sangkaan dan lebih daripada sepertimana yang digembar gemburkan. Ini kerana peminat dari seluruh negara turut hadir seperti Singapura dan Indonesia.


Sebelum ini mereka menjangkakan 5000 peminat akan hadir pada majlis tersebut. Kelihatan juga Fattah Amin dan Fazura sangat secocok dengan pakaian songket bewarna ungu lembut bersama pelamin hiasan Reka Timur menyerlahkan lagi majlis resepsi kali ini. Turut hadir rakan artis yang tidak berkesempatan sebelum ini.



Pada majlis itu juga Fattah dan Fatzura membuat kejutan kepada semua hadiri apabila menyampaikan lagu buat semua peminat. Majlis yang diadakan di Royale Palace Shah Alam ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu pagi untuk sesi bersama rakan terdekat dan petang bersama peminat.


Semoga pasangan dua mempelai yang sangat sepadan sama cantik ini terus kekal hingga Jannah dan mendapat cahaya mata yang comel-comel. Nampak mereka makin bahagian dan makin manja berdua moga terus menjadi inspirasi kepada pasangan diluar sana. 





Itu lah kalau dah nama artiskan macam-macam mereka boleh buat untuk terusk kekal dihati dan minda peminat walaupun terpaksa belakon dan membuat drama. Sehinggakan status dan kahwin atau tunang pun nak didramakan bosanlah. Cukup lah ia drama kat TV sahaja tak perlu nak ke alam realiti. Apa salah terus terang jer.


Tapi Alhamdulillah akhirnya mereka pun telah buat pengakuan tentang status Fattah Amin dan juga Fazura. Baru-baru ni mereka telah selamat menunaikan Umrah bersama-sama dengan keluarga dan ia menguatkan lagi spekulasi tentang hubungan mereka.

Bila pulang sahaja terus mereka buat majlis sidang media untuk menjelaskan kepada media dan peminat tentang status mereka. Ohhhh rupanya baru bertunang sebelum ni media surat khabar dan online kecoh kompang yang mereka kahwin ni hanya untuk dapat trafik sahaja. Tapi hakikat semua itu hanya dusta sahaja.

Fattah Amin dan Fazura telah melangsung majlis pertunangan mereka pada 13 November sebelum mereka berangkat menunaikan Umrah. Majlis yang berlangsung sederhana di rumah keluarga Fazura bertemakan warna purple u oll sweet sangat.

Memang mereka sama padan dan sama cute sangat moga perhubungan mereka ni kekal sampai ke jingjang pelamin dan seterusnya sampai anak cucu. Tahniah buat kedua-dua mereka ni memang korang hebat dari drama sampai ke realiti. Peminat sokong harus diteruskan hubunga mulia ini.








Terbukti kekuatan gabungan Neelofa dan juga Fattah Amin dalam drama Suri Hati Mr Pilot dari tahun lepas terbawa-bawa ke tahun ini apabila mereka berjaya merangkul paling banyak kemenangan dalam Anugerah Meletop ERA 2017 yang telah berlangsung sebentar tadi. 


Anugerah ini telah menobatkan Artis Top Top Meletop lelaki dan wanita kepada pasangan hebat ini. Majlis anugerah AME17 telah berlangsung secara live dari Stadium Melawati Shah Alam dan juga di Astro RIA dan RIA HD. Di hoskan oleh Nabil, Neelofa dan Johan.


Tahniah kepada mereka kerana berjaya membuat fenomena kepada dunia seni tanah air walaupun hakikat ia hanyalah drama sahaja. Juga mengejutkan kekalahan Aiman Tino dalam semua kategori yang dipertandingkan sedangkan viewer youtube mencecah 30juta. Apa sudah jadi kepada peminat Aiman Tino?


Apa pun semua keputusan telah dibuat dan juga kemenangan tiada guna untuk dipertikaikan. Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang dan senarai penuh pemenang pada malam AME17 seperti beritkut.

Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki
Fattah Amin

Anugerah Top Top MeleTOP Wanita 
Neelofa

Pelakon TV MeleTOP - Fattah Amin
Fesyen MeleTOP - Fattah Amin
Bintang Online MeleTOP- Fattah Amin
Hos MeleTOP - Neelofa
Program TV MeleTOP - Taste Selebriti (episod Neelofa)
Drama MeleTOP - Suri Hati Mr Pilot
Artis Lawak MeleTOP - Johan
Penyampai Radio MeleTOP - Johan
Program Radio MeleTOP - JoHaRa Pagi ERA
Lagu MeleTOP - Pencuri Hati (Ayda Jebat)
Penyanyi MeleTOP -  Siti Nordiana
Bintang Filem MeleTOP - Fasha Sandar (Anak Mami Nasi Kandar)
Filem MeleTOP - Munafik
Si Cilik MeleTOP - Yusof Iskandar
Couple MeleTOP - Akim & Stacy
Group / Duo MeleTOP - Dato Siti Nurhaliza & Faizal Tahir (Cinta Digarhayu)
Artis Baru MeleTOP - Khai Bahar