Dunia Penuh Gosip - Herbalife Malaysia Dunia Penuh Gosip: Herbalife Malaysia - All Post
Memaparkan catatan dengan label Herbalife Malaysia. Papar semua catatan
Sistem imun kita hanya diamanahkan satu tugas: membantu badan kita mempertahankan diri dan pulih daripada penyakit. 



Diet tidak sihat dengan kandungan kalori yang tinggi daripada gula, daging, dan produk tenusu lazimnya dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti obesiti (kegemukan) dan penyakit metabolik. Pemakanan seperti ini juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan ketara dalam sistem imun, dan menjadikannya lebih lemah. 

Amalan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat boleh menggugat sistem pertahanan imun kita, sebagaimana penakluk asing boleh menembusi sesebuah kubu. Ini juga boleh mendedahkan badan kita kepada penyakit baharu dan berulang.

Dr. Kent L. Bradley M.D., MBA, MPH – Ketua Pegawai Kesihatan dan Pemakanan, Herbalife 


Menurut laporan World Obesity Atlas 2023, Malaysia dijangka mencatatkan lonjakan kadar obesiti dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak. Menjelang 2035, dianggarkan bahawa 41% dewasa akan mengalami obesiti. Perangkaan ini memperlihatkan keperluan segera untuk menambah baik tabiat pemakanan dalam usaha untuk menguatkan sistem imun kita. 

Mengapa Sistem Imun Adalah Pertahanan Terbaik Kita? 

Badan kita ibarat kubu yang direka cipta dengan baik. Setiap hari, badan kita secara senyap mempertahankan diri daripada pelbagai ancaman dan bahaya menerusi sistem pertahanan berlapis. Sistem ini mampu mempertahankan dan memulihkan badan dalam setiap cabaran yang mendatang. 



Sel-sel kita adalah seperti tentera pelindung, setiap satu dengan peranan khusus untuk dimainkan bagi membantu badan kita mempertahankan diri. Jika tidak berjaya, sel-sel akan memulihkan badan apabila perlu. Sebab itulah pemakanan sangat penting. Sel kita memerlukan nutrien yang diperolehi dalam bentuk: 
Makronutrien
Mikronutrien
Fitonutrien

Di bawah tiga kategori umum ini, kita boleh memahami kepentingan khusus protein, lemak asas sihat seperti omega-3, kuasa serat untuk menyokong mikrobiom kita, dan juga vitamin, mineral dan nutrien berasaskan tumbuhan untuk memastikan badan kita berada dalam keadaan optimum.

Kisah Benar Tentang Kesan Pemakanan Yang Baik 

Walaupun kekurangan zat jarang menjadi masalah di negara-negara maju, ramai orang di negara-negara sedang membangun tidak mendapat vitamin asas yang secukupnya dalam jangka panjang. Pada 1976, seorang doktor mata yang berkhidmat di Indonesia berusaha mengurangkan bilangan kanak-kanak yang buta akibat kekurangan Vitamin A. Beliau juga mendapati bahawa mereka yang diberikan Vitamin A juga tidak meninggal dunia akibat jangkitan umum seperti campak atau cirit-birit. 



Pemerhatian ini telah membawa kepada pelbagai kajian dan akhirnya cadangan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi penggunaan Vitamin A tambahan secara universal. Bank Dunia mengisytiharkan bahawa pengambilan Vitamin A tambahan adalah salah satu daripada intervensi kesihatan yang paling menjimatkan kos. 

Penemuan tersebut mengajar kita bahawa tidak kira sama ada Vitamin A, D, atau C, mineral seperti Magnesium atau Zink, atau antioksidan daripada tumbuhan atau protein – sel-sel kita memerlukan keseimbangan nutrien yang sewajarnya untuk menjalankan tugas yang sepatutnya. 

Amalan diet yang seimbang dengan vitamin, mineral dan nutrien yang secukupnya sambil mengekalkan gaya hidup sihat ialah cara hidup terbaik untuk memastikan sistem imun berfungsi dengan baik dan melakukan apa yang sepatutnya: iaitu mempertahankan badan anda.





Dunia kita telah berubah secara drastik sejak pandemik. Bekerja dari rumah telah menjadi norma baharu bagi ramai orang dan media sosial, e-mel dan kesibukan memenuhi tuntutan hidup seharian menyebabkan kita lebih tertekan. 



Membebaskan diri daripada teknologi dan menghubungkan semula diri kita dengan keindahan alam pada hakikatnya boleh memulihkan tenaga minda. Mendaki di tengah-tengah keindahan alam ialah cara yang sihat untuk menghirup udara segar, lebih-lebih lagi di Malaysia yang mempunyai banyak laluan mendaki yang boleh dijelajahi. Beberapa kajian mendapati bahawa terdapat manfaat sebenar keluar rumah dan berjalan menyusuri denai untuk kesihatan secara umumnya. 

Berikut adalah 4 manfaat berjalan mendaki terhadap kesihatan anda: 

1. Membina Kepadatan Tulang

Mendaki adalah sejenis senaman yang memikul beban, bermaksud tulang dan otot anda bekerja lebih keras menentang graviti. Pergerakan seperti ini membantu badan anda membina atau mengekalkan kepadatan tulang, yang sangat penting apabila usia kita meningkat. 



Kajian mendapati kepadatan tulang merosot kira-kira satu peratus setahun selepas usia 40 tahun. Aktiviti mendaki boleh memberikan kesan positif untuk menangani masalah ini.  Piramid Aktiviti Fizikal Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengesyorkan senaman fizikal 30 minit sehari, seperti berjalan kaki pantas dan mendaki, 5 hingga 6 kali seminggu. 

Sebagai bonus tambahan, aktiviti mendaki memberi anda dos Vitamin D daripada pendedahan kepada cahaya matahari. Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium, yang kita perlukan untuk kesihatan tulang.

2. Meningkatkan Kualiti Tidur

Mendaki sambil mendekati alam bukan sahaja mendorong anda tidur sebentar untuk pulih selepas penat berjalan, tetapi kajian terbaharu mendapati aktiviti ini juga boleh meningkatkan kualiti tidur secara keseluruhan. 



Dalam satu kajian pada 2017 yang diterbitkan dalam Current Biology, penyelidik daripada Universiti Colorado Boulder Kenneth Wright mengukur kitaran tidur subjek sebelum dan semasa aktiviti perkhemahan hujung minggu. Dalam aktiviti tersebut, apabila peserta terdedah kepada cahaya semula jadi sahaja (bukan elektronik), paras melatonin mereka meningkat, dan jam dalaman mereka berganjak lebih awal. Kajian mendapati berada dalam persekitaran semula jadi membantu kita beralih kepada kitaran tidur yang semula jadi. 

3. Meningkatkan Kebahagiaan

Senaman fizikal menggalakkan pembebasan endorfin, bahan kimia dalam otak yang mencetus perasaan positif. Bagaimanapun aktiviti mendaki boleh menceriakan perasaan kita lebih daripada berjalan kaki biasa mengelilingi taman perumahan.



Penyelidik Universiti Stanford Gregory Bratman telah membuat kajian yang menugaskan 60 orang kepada kumpulan yang berjalan kaki selama 50 minit di sekitar kawasan hutan kecil atau kumpulan yang berjalan kaki di atas jalan berturap. Hasil penyelidikan mendapati mereka yang berjalan kaki dalam persekitaran semula jadi mengalami kurang keresahan dan tidak berfikir secara berlebihan, dan juga emosi yang lebih positif berbanding pejalan kaki di sekitar kawasan bandar. 

Anda mahu menambah keceriaan semasa bersenam? Ajaklah seorang dua kawan untuk mendaki bersama anda. Interaksi sosial, terutamanya dengan insan yang rapat dengan anda, adalah ramuan penting untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan. 

4. Mengatasi Kemurungan

Vitamin D daripada cahaya semula jadi di luar yang amat penting untuk kesihatan tulang juga membantu menentang kemurungan. Menurut satu tinjauan kritikal terhadap 61 kajian, terdapat hubung kait antara kemurungan dan kekurangan Vitamin D. Mereka yang mempunyai tahap Vitamin D paling rendah mempunyai risiko kemurungan paling tinggi. Malah mereka yang mengalami kemurungan mempunyai paras Vitamin D yang lebih rendah. 



Gejala kekurangan Vitamin D termasuk: 
Kelesuan
Kerap jatuh sakit
Penyembuhan luka yang perlahan dan/atau kesakitan otot 
Kemurungan

Peserta kurang mengalami gejala kemurungan selepas menerima rawatan bagi kekurangan Vitamin D. 
Dalam satu lagi kajian, para penyelidik Stanford mendapati bahawa mereka yang berjalan kaki sambil menikmati keindahan alam semula jadi selama 90 minit mencatatkan peningkatan aktiviti korteks prafrontal subgenual, iaitu bahagian otak yang dikaitkan dengan kemurungan dan keresahan apabila tidak diaktifkan. Kajian mendapati aktiviti mendaki memberikan kesan positif terhadap perasaan atau mood kita. 

Mengapa Kita Patut Mendaki Bersama Rakan-Rakan: Peranan Sokongan Sosial 

Senaman memang diketahui mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan mental, tetapi satu kajian baru-baru ini mendapati kesan positif menyertai satu kumpulan untuk bersenam untuk mencapai matlamat anda. Pertubuhan National Institutes of Health telah menemui pelbagai kajian yang menghubungkaitkan manfaat sokongan sosial dengan kesihatan dan kesejahteraan. 

Mendaki alam semula jadi secara berkala bukan sahaja menguatkan jantung, paru-paru dan otot, tetapi juga minda kita. Malah berjalan bersama rakan-rakan juga membawa pelbagai manfaat. Sekiranya anda sampai ke puncak bukit atau destinasi yang ditujui, berhenti seketika untuk menikmati pemandangan dan menghayati segala usaha anda untuk meningkatkan kesihatan dan kebahagiaan anda.









Azam tahun baharu bukan sahaja boleh ditetapkan oleh individu tetapi juga sesuai untuk perniagaan. Selepas menempuh tahun yang penuh dengan peluang dan cabaran, banyak syarikat tidak sabar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2023 dan menuju ke tahun yang lebih cerah.



Memulakan tahun baharu memberi kita masa untuk bermuhasabah, belajar dan berkembang maju untuk menjadikan tahun 2024 lebih berdaya maju bagi diri kita dan malah syarikat kita. Perkara paling penting ialah kita mengambil iktibar daripada 2023 dan mengguna pakai apa yang kita pelajari dalam cabaran yang mungkin kita hadapi pada 2024. Berikut adalah beberapa pengajaran yang ingin kami kongsi bersama para pengedar bebas kami di seluruh dunia untuk membantu mereka melangkah maju dan meluaskan perniagaan masing-masing. 

Bergerak Tangkas dan Kekalkan Sikap Positif  

Walaupun pelbagai cabaran dihadapi dalam tempoh beberapa tahun lepas, masih ada sebab untuk kita bersikap optimistik. Banyak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia telah mencari cara untuk mempelopori inovasi dan memastikan perniagaan mereka terus beroperasi dan berkembang maju, malah tiada sebab pertumbuhan tidak boleh diteruskan pada tahun baharu yang mendatang. Bagi separuh pertama 2023, tinjau selidik Indeks Sentimen PKS oleh SME Bank mencatatkan bacaan positif. Sikap yakin tentang masa depan sesungguhnya satu cara yang baik untuk memulakan tahun baharu dan pancarkan keyakinan tersebut kepada pasukan dan pelanggan anda. 




Semak Semula Apa Yang Berkesan Untuk Anda

Satu cara yang menarik untuk memulakan tahun baharu ialah mengimbas kembali apa yang berkesan pada tahun 2023. Adakah anda telah menemui cara untuk mengurangkan kos atau menyelaraskan proses-proses anda? Adakah anda telah menambah baik perkhidmatan pelanggan dengan menyediakan penyelesaian teknologi? Mungkin anda telah menemui cara yang baharu dan inovatif untuk berhubung dengan lebih ramai pelanggan. Sesetengah pemilik perniagaan melaporkan bahawa mereka berjaya menjalin hubungan yang lebih erat dengan pelanggan apabila mereka berkongsi maklumat yang lebih peribadi tentang cara mereka menghadapi cabaran semasa. Terus manfaatkan apa yang berkesan untuk mengembangkan perniagaan anda. 




Jangan Lupa Untuk Merancang

Ramai usahawan memulakan perniagaan mereka untuk mengatasi rintangan yang wujud dalam syarikat-syarikat besar. Di samping kebebasan untuk menjadi bos anda sendiri, mereka lazimnya bercita-cita untuk membebaskan diri mereka daripada sesi perancangan yang tidak pernah berakhir. Bagaimanapun, setiap perniagaan, sama ada besar atau kecil boleh mendapat manfaat daripada rancangan perniagaan. Luangkan masa pada tahun baharu untuk menulis matlamat bagi perniagaan anda pada 2024 dan juga menggariskan tindakan yang munasabah untuk mencapai matlamat tersebut. Tulis apakah sumber yang anda perlukan untuk mencapai objektif dan menetapkan jadual untuk mencapai matlamat tersebut. Apabila selesai, jangan hanya simpan dokumen tetapi kongsi dengan pasukan anda. Jangan lupa untuk semak semula setiap suku tahun untuk melihat di mana anda telah mencapai dan terlepas sasaran yang ditetapkan untuk matlamat ini. 

Mencari Peluang Perniagaan Baharu

Seperti kata pepatah Inggeris, “Apabila satu pintu tertutup, satu lagi pintu akan terbuka.” Walaupun keadaan nampak mencabar, jangan lupa bahawa kita sedang memperbaiki diri dalam segala aspek, dan kadangkala kemajuan, walaupun kecil, sudah memadai buat kita. 

Steven Chin, Pengarah Kanan/Pengurus Besar, Herbalife Malaysia dan Singapura

Pada tahun yang mendatang, para usahawan boleh terus mencari cara baharu untuk mengendalikan perniagaan masing-masing. Tanya diri anda apakah yang diperlukan oleh pelanggan daripada anda dan bagaimana anda boleh menyediakan produk atau perkhidmatan tersebut dengan cara yang terbaik. Sebagai penyedia produk pemakanan dan kesejahteraan, kami tahu bahawa pengguna di seluruh dunia kini semakin tercari-cari penyelesaian yang meningkatkan kesihatan. Para pengedar bebas kami menganjurkan webinar dalam talian, sesi senaman luar dan berkongsi maklumat kesihatan berharga menerusi e-mel dan risalah berita. 

Tulis Nota Untuk Kekalkan Hubungan Positif

Bilakah kali terakhir anda mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan pembekal yang menyokong perniagaan anda selama ini? Permulaan tahun baharu ialah masa yang paling sesuai untuk bertanya khabar dan mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka. Minta mereka berkongsi dengan anda matlamat mereka pada tahun baharu dan tanya bagaimana anda boleh membantu mereka. Cuba bayangkan perasaan anda jika anda menerima surat peribadi – lebih baik jika ditulis dengan tangan – daripada sesebuah syarikat. Sebagai pemilik perniagaan kecil, anda boleh berhubung dengan mereka yang menjadi pelanggan perniagaan anda secara terus. Anda seharusnya meluangkan masa untuk berhubung secara positif untuk mengeratkan lagi hubungan.


Sememangnya permulaan tahun baharu adalah detik istimewa buat kita semua. Kita berpeluang bermula sekali lagi dengan langkah kanan. Kita boleh belajar daripada kesilapan kita dan menyusuri pencapaian kita. Usahawan paling berjaya sentiasa mempelopori inovasi, mencari cara baharu untuk membina hubungan dengan pelanggan dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Tahun ini ialah masa terbaik untuk mencorakkan masa depan kita dengan penuh yakin.