Ikon muzik serantau, Datuk Seri Siti Nurhaliza, kembali mencuri perhatian dengan single terbaharu berjudul 'Kumbang Bunga', hasil duet bersama penyanyi tersohor Indonesia, Lesti.
Lagu berjudul Kumbang Bunga ciptaan Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh ini menjadi single pertama daripada album terbaharu Siti Nurhaliza sekali gus melambangkan persahabatan serta keharmonian dua negara serumpun yang disatukan melalui bahasa muzik.
Kumbang Bunga membawa makna signifikan sebagai gabungan tiga irama utama iaitu inang, dangdut dan masri dalam garapan kontemporari tradisional.
Lagu itu dihasilkan bagi menyantuni peminat muzik dari pelbagai lapisan usia, melangkaui generasi serta menarik minat golongan muda untuk terus mendekati muzik berteraskan warisan.
Menurut Siti Nurhaliza, beliau tertarik dengan melodi Kumbang Bunga sebaik pertama kali mendengarnya dan mencadangkan agar elemen dangdut yang sinonim dengan latar muzik Lesti turut dimasukkan ke dalam gubahan lagu ini.
Muzik Video rasmi:
Lirik Penuh:
[Dato Sri Siti]
Alunan Bayu Menyapa Lembut
Suara Latar:
~Aha.. Ha Haa Ha ~
Ahai Tenangnya Disambut
~ Aha.. Ha Ha Haaa~
Berangan rangan kasih menjemput
Ahai Nama Pun Disebut
Mekarnya Cinta Dibaca Restu
Ketika Kumbang Menghinggap ke Bunga
Tercipta Satu Perjalanan Indah
Melamar Hati yang Mahu Dicinta
Paras Rupa yang Sepadan
Tinggallah kudibuai Rasa
Bagai Dunia ini Dimilikinya
Janji Kedua duanya Bahagia
Pada Restu dan Ikatan
Kasih Rasmi Tuhan
~ Kasih Rasmi Tuhan~
[Lesti]
Bang Rindu Itu Punya Obat
Jika Pingin Masuk Cepat..
Datang Bunga Mangga Bawah Dulang
Bawa Hati Dia Pulang
Mekarnya Cinta
Dibaja Restu
Ketika Kumbang Menghinggap Ke Bunga
Tercipta Satu Perjalanan Indah
Melamar Hati yang Mahu Dicinta
Paras Rupa yang Sepadan
Tinggallah kudibuai Rasa
Bagai Dunia Ini Dimilikinya
Janji Kedua duanya Bahagia
Pada Restu dan Ikatan
Kasih Resmi Tuhan
Pilih yang Mana
Pilih Pilih Yang Mana
Dikau Berkenan
Ooo...
Pilih si Dia
Pilih si Dia
Yang Engkau Berkenan
Ho..aaaahhh...
Ikatan yang Direstui Tuhan
Ahai Kasih Rasmi Tuhan
Ikatan yang Dikasihi Tuhan
Ahai Kasih Resmi Tuhan
{Suara Latar}
Jika Kumbang Menghinggap ke Bunga
[SITI ]
Ke Bunga...
Tercipta Satu Perjalanan Indah
Melamar Hati yang Mahu Dicinta
Paras Rupa yang Sepadan
Tinggallah kudibuai Rasa
Bagai Dunia Ini Dimilikinya
Janji Kedua duanya Bahagia
Pada Restu dan Ikatan
Kasih Resmi Tuhan
Kasih Resmi Tuhan
Kasih Resmi Tuhan
Kasih Resmi
Kasih Resmi Tuhan
Follow Us