Dunia Penuh Gosip - Persandingan Dunia Penuh Gosip: Persandingan - All Post
Memaparkan catatan dengan label Persandingan. Papar semua catatan
Majlis resepsi perkahwinan selebriti Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berlangsung meriah di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada malam Minggu semalam.



Dengan kehadiran kira-kira 3,000 tetamu, majlis yang menghimpunkan dua figura daripada latar berbeza itu turut dihadiri tetamu diraja, tokoh politik serta selebriti tanah air dan sahabat handai.

Pada malam bersejarah tersebut, Bella dan Syed Saddiq tampil sedondon menggayakan persalinan songket merah hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim.

Pasangan tersebut kemudian bertukar kepada persalinan kedua bagi acara memotong kek dengan Bella anggun mengenakan gaun putih rekaan Alia Bastamam manakala Syed Saddiq tampil segak dalam sut daripada Hijabistahub.



Majlis resepsi yang mendapat sentuhan perancang acara Reka Teemor itu turut diserikan dengan pelbagai persembahan istimewa daripada barisan penyanyi terkenal tanah air.

Majlis turut diserikan dengan ucapan khas daripada ibu bapa pengantin lelaki sebelum jamuan makan malam bermula.

Antara tarikan utama malam itu ialah persembahan biduanita negara persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza, barisan orkestra pimpinan Datuk Mokhzani Ismail, dan artist tanah air Jaclyn Victor. Selain itu persembahan istimewa dari adik Bella Didi Astillah bersama bapa Bella dengan diiringi lagu Can’t Help Falling In Love.



Dua lagi majlis resepsi bertemakan kenduri rakyat khusus untuk rakyat Malaysia yang akan berlangsung di Muar, Johor pada 25 Oktober dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober. Majlis turut mendapat liputan khas daripada ASTRO secara langsung.